Falsafah Barat(Pendidikan)

Falsafah Pendidikan Barat
Falsafah Pendidikan Barat mengandungi unsur-unsur falsafah tradisional dan juga aliran moden. Di antara falsafah pendidikan tradisional yang utama ialah perenialisme dan essensialisme. Manakala, falsafah pendidikan moden yang berpengaruh ialah progresivisme, rekonstruktivisme, dan eksistensialisme.
Perenialisme
Perenialisme berasas daripada falsafah tradisional yang banyak dipengaruhi oleh fahaman idealisme Plato (427-347 SM) dan Aristotle (384-322 SM). Sebagai aliran falsafah pendidikan moden, perenialisme ini adalah dipelopori oleh R. M. Hutchins (1899-1977), Mortimer J. Alder (I802-?) dari Amerika Syarikat, dan Jacques Maritain (1882-1973) dari Perancis.
Mengikut ahli-ahli perenialisme, oleh kerana pengaruh materialisms, pragmatisme dan fahaman sains, nilai moral dan rasional manusia semakin merosot. Untuk menyelamat tamadun manusia daripada kelenyapan, fungsi asas pendidikan hendaklah mengutamakan perkembangan potensi rasional individu, menolong mereka menemui prinsip-prinsip mutlak, dan daripada itu, memahami dunia yang sebenar. Maka, tugas utama dalam proses pendidikan ialah mendisplinkan mental dan jiwa pelajar, di samping mengembang potensi menaakul. Sehubungan ini, membaca bahan-bahan tulisan agung dari masa lampau merupakan tugas yang penting bagi seseorang pelajar. Ahli perenialisme berpendapat, melalui pembacaan tulisan-tulisan cendekiawan zaman lampau, pelajar dapat bersemuka secara tidak langsung dengan pemikiran mereka dan mempelajari cara memikir seperti mereka. Maka, tugas pendidikan ialah memupuk kelakuan moral, menguasai alat pembelajaran, melatih pelajar dalam 3M, iaitu membaca, menulis dan mengira, serta mengingat petikan-petikan daripada karya-karya agung sebagai asas kehidupan yang rasional dan matang pada masa depan. Di samping itu, mereka berpendapat pula bahawa pendidikan kemanusiaan, termasuk agama, ialah mata pelajaran yang penting dan hendaklah dipelajari terlebih dahulu daripada pendidikan sains.
Essensialisme
Essensialisme pula berasas daripada falsafah tradisional. Pandangan pendidikan ahli-ahli essensialisme banyak dipengaruhi oleh falsafah idealisme dan realisme. Falsafah pendidikan essensialisme ini adalah dipelopori oleh William C. Bagley (1874-1946) dari Amerika Syariklat pada tahun 1938. Penyokong-penyokong essensialisme ialah Thomas Briggs, Frederick Breed dan Issac L. Kandel. Selepas Russia berjaya menghantar satelitnya ke angkasa lepas pada tahun 1957, essensialisme semakin diutamakan sebagai pertimbangan asas dalam inovasi kurikulum sekolah.
Ahli-ahli falsafah pendidikan essensialisme, seperti James B. Conant (1893-1978) dan Hyman George Rickover (1900-?), berpendapat fitrah manusia sebenarnya kekurangan nilai-nilai murni yang sempurna. Sama ada dapat dibaiki untuk menjadi insan yang baik adalah bergantung kepada pengaruh kebudayaan masyarakat, iaitu melalui latihan intelek dan mental untuk membentuk personaliti dan mental mereka ke tahap keharmonian dan penyempurnaan. Mengikut mereka, guru memainkan peranan yang utama dalam proses pendidikan, membantu pelajar memperolehi keperluan dan kualiti kehidupan orang dewasa, agar mereka dapat berjaya hidup dalam masyarakat secara terus menerus. Guru hendaklah mengamalkan sikap pimpinan demokratik, mengambil inisiatif untuk menjalankan tugas sebagai pengajar, kreatif membentuk iklim kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran, dan mahir menggunakan teknik peneguhan ataupun ganjaran dan denda. Sehubungan ini, guru hendaklah mempunyai kelayakan akademik yang berpatutan, emosi stabil, dan juga memahami psikologi perkembangan kanak-kanak dan remaja. Mengikut ahli-ahli essensialisme, ilmu diperolehi dengan berkesan adalah bergantung kepada kerajinan dan tumpuan perhatian pelajar. Minat bukan kunci kejayaan dalam pembelajaran. Minat boleh dipupuk selepas berusaha bersungguh-sungguh daripada bimbingan guru secara terus-menerus. Pelajar hendaklah memahami dan mematuhi kewibawaan dan pimpinan guru. Di dalam bidang kurikulum, ahli-ahli essensialisme menyarankan kurikulum sekolah hendaklah dibentuk berdasarkan keperluan masyarakat; bahan-bahan pelajaran hendaklah disediakan secara rapi dan logikal; aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang secara sistematik dan mengikut sekuen yang sesuai; dan kriteria kenaikan darjah hendaklah ditetapkan secara rapi mengikut pencapaian peperiksaan. Di dalam peringkat sekolah rendah, pendidikan 3M, (iaitu membaca, menulis dan mengira) merupakan perkara-perkara yang asas diikuti dengan mata pelajaran tambahan seperti sejarah, ilmu alam, sains dan bahasa asing. Mata pelajaran yang kurang penting ialah pendidikan seni, pendidikan jasmani dan muzik. Di sekolah menengah, pendidikan membaca dan menulis yang lebih khusus hendaklah diperkembangkan, diikuti dengan mata pelajaran arithmetik, algebra, geometri, trigonometri dan kalkulus, fizik, kimia, biologi dan geologi. Seperti sekolah rendah, mata pelajaran yang kurang penting ialah pendidikan seni, pendidikan jasmani dan muzik, ditambah dengan mata pelajaran vokasional dan aktiviti luar bilik darjah (iaitu aktiviti kokurikulum).
Ahli-ahli essensialisme pula menyarankan nilai-nilai masyarakat termasuk nilai-nilai sosial, kebudayaan, politik, cerdekiawan dan penulisan yang terkenal hendaklah diajar sepanjang peringkat persekolahan. Sehubungan ini, guru hendaklah mempunyai kelayakan dan kemahiran dalam bidang nilai-nilai masyarakat tradisi dan masyarakat moden.
Progresivisme
Progresivisme berasas daripada falsafah naturalisme dan pragmatisme. Falsafah naturalisme adalah dipelopori oleh Jean J. Rousseau (1712-1778: Perancis), Heinrich Pestalozzi (bangsa Swiss : 1746-1827) dan Freidrich Froebel (bangsa Jerman : 1782-1852), semasa zaman reformasi di antara tahun 1712hingga 1860.
Mengikut Rousseau, kelahiran manusia adalah suci dan semula jadi seperti kain putih, dan coraknya pada masa depan adalah dipengaruhi dan ditentukan oleh alam sekitarnya. Maka, Teori Pembelajaran Semula Jadi, yang berasaskan daripada falsafah pendidikan Rousseau ini, menekankan hasil pembelajaran seseorang adalah dipengaruhi dan ditentukan oleh alam sekelilingnya. Teori pembelajaran ini bercanggah dengan memaksa pelajar belajar seperti yang disarankan dalam Teori Disiplin Mental. la sebaliknya menyarankan agar menunggu timbul minatnya terhadap pembelajaran. Maka, Teori Pembelajaran Semula Jadi menekankan keberkesanan pembelajaran bergantung kepada kesediaan pembelajaran seseorang, yang telah menjadi salah satu prinsip pengajaran dan pembelajaran yang utama dalam masakini.
Naturalisme merupakan teras falsafah pendidikan Rousseau. Beliau menegaskan, untuk membentuk manusia yang ideal, kita harus ; melaksanakan pendidikan bercorak naturalisme. Di dalam alam sekitar, mengikut kajian beliau, kedudukan orang dewasa dengan kanak-kanak adalah berlainan. Oleh itu, di dalam aspek pendidikan, kedua-dua kumpulan mereka hendaklah dipandang berlainan. Tambahan pula, kanak-kanak hendaklah diajar cara yang sesuai mengikut peringkat perkembangan umur mereka. Kanak-kanak akan menjadi mangsa sekiranya mereka dipaksa belajar mengikut pendidikan orang dewasa.
Manakala, pragmatisme adalah dipelopori oleh John Dewey (1859-1952), William H. Kilpatrik (1871-1965), Boyd H. Bode (1873-1953), dan Harold V. Rugg (1886-1960) dari Amerika Syarikat.
Falsafah pragmatisme adalah dilahir daripada andaian bahawa ilmu pengetahuan dapat diperolehi melalui cara perhubungan manusia dengan alam sekitarnya. Ahli falsafah yang menggunakan pendekatan pragmatik ini berpendapat bahawa sesuatu idea, prinsip atau fakta hanya boleh dikatakan benar dan bermakna apabila idea, prinsip atau fakta itu telah diuji secara objektif serta saintifik, dan membawa hasil yang memuaskan. Dengan perkataan lain, kebenaran sesuatu idea, prinsip atau hukum bergantung kepada hasil yang diperhatikan secara objektif dalam sesuatu penyelidikan yang dijalankan.
Ahli-ahli falsafah pragmatisme, seperti Pierce dan John Dewey, berpendapat pula bahawa cara yang paling berkesan untuk memperolehi ilmu pengetahuan ialah menggunakan kaedah penyelesaian masalah. Mengikut mereka, usaha mencari penyelesaian sesuatu masalah dilahir daripada keperluan dan minat. Aktiviti menyelesaikan masalah akan dapat dilaksanakan dengan berkesan apabila timbulnya keperluan dan minat untuk menyelesaikan masalah tersebut. Di bawah konteks pendidikan, pendekatan pragmatik pula menjadi sesuatu kaedah mengajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dengan penggunaan kaedah penyelesaian masalah, pelajaran akan menjadi lebih mudah, lebih menarik dan lebih bermakna kerana pelajaran adalah dirancang mengikut keperluan dan minat pelajar.
Kemunculan aliran progresivisme pada tahun 1930-an adalah bertujuan menentang pendidikan tradisional yang disifatkan sebagai pasif dalam pembelajaran, kerana ia mengutamakan kemahiran mengingat dan latihan yang rapi. Lantaran ini, John Dewey dan ahli-ahli progresivisme yang lain menyarankan progresivisme untuk menentang aliran perenialisme, khasnya mengritik autoriti guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di dalam fahaman progresivisme, pelajar merupakan peranan utama dalam pembelajaran. Mereka berpendapat segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang berdasarkan minat, keperluan dan kebolehan pelajar. Mereka menggambarkan pelajar sebagai individu yang berpengalaman, bermotivasi kendiri dan mempunyai naluri ingin tahu. Oleh itu, mereka harus diajar dengan pendekatan kajian sosial, projek, penyelesaian masalah dan ujikaji. Guru yang berkesan adalah guru yang memainkan peranan sebagai pembimbing dan penasihat dengan membimbing pelajar menggunakan kaedah inkuiri dan penemuan untuk memperolehi ilmu pengetahuan melalui usaha diri sendiri. Sehubungan ini, pcrkara-perkara yang hendak disampaikan patutlah berlandaskan minat pcngalaman dan kebolehan pelajar.
Mengikut Dewey, pendidikan di sekolah merupakan sebahagian kehidupan harian pelajar. Maka, sekolah bukan sahaja tempat untuk memperolehi ilmu pengetahuan, tetapi juga sesuatu tempat untuk pelajar bckerja dan hidup secara bermasyarakat. Sehubungan ini, beliau menyarankan mata pelajaran seperti Kemahiran Hidup diperkenalkan dan tlipelajari dengan kaedah praktik di dalam bengkel sekolah, demi memupuk kemahiran daya cipta di kalangan pelajar.
Sebagai masyarakat kecil, sekolah hendaklah berperanan untuk mendorongkan kerjasama di kalangan anggota-anggotanya di samping mengamalkan kepimpinan demokratik dalam hal pengurusan dan pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dengan perkataan lain, ahli-ahli progresivisme menyokong penggunaan strategi kolaboratif dan koperatif dalam aktiviti-aktiviti pendidikan. Guru hendaklah menggalakkan pelajar mengambil inisiatif sendiri dan menggunakan kaedah kerja praktik dan pengalaman sedia ada untuk memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran menyelesaikan masalah. Ilmu sains sahaja merupakan ilmu yang sebenar. Oleh itu, proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah dilaksanakan berdasarkan langkah-langkah kajian sains, termasuk aplikasi prinsip "membuat sambil belajar". Kaedah sains merupakan kaedah koperatif, dan di bawah aplikasinya dalam kehidupan bermasyarakat ialah sesuatu kaedah bersifat demokratik. Ini bermakna, mengikut mereka, sekolah hendaklah beroperasi sebagai organisasi yang bercorak demokratik.
Rekonstruktivisme
Rekonstruktivisme merupakan falsafah pendidikan yang dipecahkan daripada aliran fahaman progresivisme dan menjadi suatu falsafah sendiri. Pelopor utama aliran fahaman rekonstruktivisme ialah George S. Counts (1899-1974) dam Harold O. Rugg (1886-1960), kedua-duanya adalah penyokong pragmatisme John Dewey.
Ahli-ahli rekonstruktivisme berpendapat falsafah pendidikan progresivisme hanya sesuai digunakan dalam masyarakat yang stabil; oleh itu, adalah perlu mengadakan sesuatu falsafah 'krisis' seperti rekonstruktivisme untuk menyelamat kebudayaan masyarakat yang kian diancam dan menghadapi masalah keruntuhan. Tambahan pula, mengikut mereka, progresivisme terlalu mementingkan pendekatan dan proses pendidikan, hingga mengabaikan objektif dan hasilnya. Mereka berpendapat, tugas utama pendidikan hams mengandungi objektif eksplisit, iaitu membentuk "Order Baru Masyarakat" sebagai objektif yang ideal, membaiki masyarakat, merealisasikan demokrasi untuk masyarakat dan sarwa jagat, demi membawa kebajikan dan kesejahteraan untuk manusia.
Aliran fahaman rekonstruktivisme mula menjadi perhatian di dalam tahun 1950-an, apabila Theodore Burghard Hurt Brameld (1904-?) menggabungkan teori progresivisme dengan behaviorial sains sebagai asas rekonstruktivisme. Beliau berpendapat pengalaman sebenarnya ialah hasil interaksi manusia dengan elemen-elemen dalam alam persekitaran dan alam sosial, di mana pengalaman individu merupakan tempat utama dalam proses interaksi tersebut. Nilai berubah mengikut perubahan masyarakat. Nilai yang tertinggi akan dapat dicapai apabila individu dan masyarakat memperolehi kepuasan dalam peringkat penyempurnaan. Sehubungan ini, sekolah seharusnya menjadi sesuatu organisasi yang mengamalkan prinsip rekonstruktivisme. Hal ini memerlukan pelajar mematuhi segala prinsip tingkah laku yang ditentukan dan berusaha mempertingkatkan kualiti pembelajaran mereka. Mengikut mereka, teori progresivisme yang menyarankan kaedah penyelesaian masalah tidak mempunyai objektif dan nilainya, dan cara yang berkesan untuk mengkaji masalah sosial ialah teknik perbincangan, yang akan dapat mencapai matlamat penyelesaian masalah sosial, dan seterusnya membentuk masyarakat sosial yang harmoni dan sempurna. Maka, teori rekonstruktivisme, di dalam usaha membina masyarakat baru, menumpukan usaha kepada perkembangan ekonomi dan kebajikan sosial manusia. Mereka percaya bahawa sekolah boleh memainkan peranan membentuk semula masyarakat yang harmoni dan sempurna. Maka, peranan guru bukan sahaja menyampaikan ilmu pengetahuan, tetapi juga, yang lebih pentingnya, membawa isu-isu sosial yang penting untuk dibincang dan diselesaikan secara usahasama. Ringkas kata, teori rekonstruktivisme menekankan teknik perbincangan dan penggunaaan kemahiran berjikir kritis dan kreatif dalam penyelesaian masalah. Untuk mencapai matlamat pendidikan ini, bahan-bahan pelajaran hendaklah distrukturkan secara sistematik dan bersepadu. Mata pelajaran kemanusiaan hendaklah menjadi fokus utama dalam rancangan kurikulum sekolah, agar membentuk pelajar yang berperikemanusiaan, berlandaskan kebudayaan masyarakat yang ideal.
Eksistensialisme
Aliran fahaman eksistensialisme merupakan falsafah pendidikan Barat yang berasaskan naturalisme Rousseau dan mazhab humanis, adalah dipelopori oleh Carl Rogers (1902-1987), dengan mengutamakan pembelajaran kendiri dan bukan ilmu pengetahuan. Ahli-ahli eksistensialisme berpendapat pelajar tidak patut mengorban individualiti mereka untuk memperolehi ilmu pengetahuan. Maka, pembelajaran yang berkesan harus mempunyai makna kepada individu yang berkenaan. Hanya melalui cara ini, pelajar barulah berupaya bertindak berdasarkan ilmu pengetahuan dan kefahamannya dalam situasi mengikut masa dan keadaan yang sesuai. Mereka menekankan kurikulum yang menjadi fokus utama hendaklah dipindahkan daripada perkara alam dunia kepada dunia personaliti. Ini bermakna bahan pembelajaran, cara belajar, kuantiti pembelajaran dan nilai-nilainya hendaklah ditentukan oleh pelajar sendiri. Pemilihan dengan tepat atau silap adalah tanggungjawab pelajar sendiri. Guru hendaklah menghormati pandangan dan pemilihan pelajar dan tidak patut memaksa pelajar menerima nilainya. Permainan yang mempunyai unsur kreatif dan pendidikan seni mengandungi nilai etika dan estetik yang tinggi, kerana kedua-duanya membongkar konflik di antara individualiti dengan alam persekitaran, mencetuskan perasaan dan emosi pelajar, dan oleh itu, membolehkan pelajar mengembangkan potensi mereka dengan sempurna. Maka, sekolah hendaklah menyediakan peluang untuk pelajar menemui kendiri diri dan memupuk kemahiran berfikir secara reflektif untuk menilai diri serta keupayaan disiplin diri. Amalan falsafah pendidikan eksistensialisme banyak didapati daripada sekolah-sekolah terbuka di Amerika Syarikat, Taiwan, Jepun dan model Sekolah Summerhill di United Kingdom.

GAJAH


APABILA BILA BULAN TERANG BERSERI,  
SEEKOR GAJAH KELUAR MENARI,
LENGGOK KE KANAN, DAN LENGGOK KE KIRI,
JEMPUT SEEKOR, KELUAR MENARI.

TANGAN SAYA


ANGKATLAH TANGAN KANAN,  
ANGKATLAH TANGAN KIRI,
GOYANGKAN TANGAN KANAN,
GOYANGKAN TANGAN KIRI,
TUNJUKKAN KAKI KANAN,
TUNJUKKAN KAKI KIRI,
HENTAKKAN KAKI KANAN,
HENTAKKAN KAKI KIRI.

RAMA-RAMA



DARI ULAT JADI KEPOMPONG,                                                  
TIDUR NYENYAK DALAM KELONGSONG,
CUKUP MASA KELONGSONG PECAH,
POM! POM! JADILAH RAMA-RAMA YANG INDAH,
RAMA-RAMA TERBANG MERATA,
HISAP MADU DI POHON BUNGA
SUNGGUH CANTIK ANEKA WARNA,
TAPI SAYANG HIDUP TAK LAMA,

IKAN KEKEK



"IKAN KEKEK"

IKAN KEKEK MAK ILOI, ILOI,

IKAN GELAMA MAK ILAI, ILAI,

SUNGGUH CANTIK ADIKKU AMBOI,

TAPI KETAWA MENGILAI-NGILAI.

IKAN KEKEK MAK ILOI, ILOI,
IKAN GELAMA MAK ILAI, ILAI,

KALAU ADIK NAK JADI PANDAI,

MARI BELAJAR, JANGANLAH LALAI.

IKAN KEKEK HOI !,

IKAN KEKEK.......

KERETA KECIL WARNA MERAH


"KERETA KECIL"

BAPAKU PULANG DARI KOTA,
BAPAKU BELIKAN KERETA,

KERETA KECIL WARNA MERAH,

BOLEH KU BAWA KE SEKOLAH,

PON, PON, PON, PON, PON, PON, PON,

KERETA KECIL KU BERBUNYI,

MARILAH ADIK MARI NAIK,

BOLEH KU BAWA KE RUMAH NENEK.

Air pasang pagi


AIR PASANG PAGI
SURUT PUKUL LIMA,
NYONYA BANGUN PAGI
SIRAM POKOK BUNGA,
POKOK BUNGA MELUR
TANAM TEPI KOLAM,
ITIK BERTELUR
AYAM MENGERAM\
CIK BABA JATUH DALAM PARIT
CIK AMINAH KETAWA JERIT-JERIT
NAMPAK ISTERI CANTIK
TERPELOSOK BAWAH DAPUR