lagu 50an sehingga 90an

 4.0. Lagu-lagu 50-an sehingga 90-an

Pengenalan

Lagu-lagu atau muzik era 50-an sehingga 90-an adalah muzik yang dicipta dan dimainkan pada sekitar tahun 1950 sehingga 1990. Lagu –lagu pada setiap era ini mempunyai fungsi yang lebih kurang sama. Di samping sebagai hiburan pada masa itu ia juga banyak menyelitkan unsur-unsur nasihat. Namun peranan muzik dan genre muzik berubah mengikut era. Genre muzik yang mengikut perkembangan zaman mempengaruhi melodi dan genre muzik tersebut. Lagu-lagu 50-an umpamanya dimainkan pada awal tahun 1950  sehingga awal 1960. Dan kemudian beralih kepada era 60-an pada sekitar awal tahun 1960-an. Dan seterusnya begitu juga dengan lagu 70-an yang dimainkan pada tahun awal 1970 sehingga akhir 1970. Kemudian disambung kepada muzik 80-an yang bermula pada tahun 1980 dan berakhir pada awal 1990. Manakala tahun 1990 bermula satu genre pop 90-an yang memuatkan pelbagai genre muzik seperti rock, pop dan r&b.

Secara umumnya, muzik era 50-an sehingga 90-an masih mempunyai lirik yang bermakna seperti pantun, nasihat, cerita pendek. Jika muzik tradisional dan lagu rakyat mempunyai bait-bait lirik yang menyelitkan pantun, jenaka dan nasihat lain pula cirinya dengan muzik 50-an sehingga 90-an. Liriknya bagaikan satu cerita yang pendek, ringkas, padat dan bermakna meskipun korusnya yang diulang-ulang. Selain menyampaikan mesej, ia juga adalah satu luahan perasaan penulis lirik dan ada di antaranya adalah kisah pengalaman sebenar milik penulis. Penulisan lirik pada lagu-lagu era ini tidak terbatas dari aspek penggunaan kosa kata, makna dan diksi. Apa yang penting adalah ketetapan elemen-elemen muzik yang terkandung dalam sesebuah lagu itu.

4.1. Lagu era 50-an
Antara lagu 50-an yang sangat terkenal pada masa itu adalah “Tanggal 31” yang pernah dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman. Sebenarnya lagu ini dicipta oleh Ahmad CB atau nama sebenarnya Ahmad Chass Barra dan pernah menyanyikan lagu ini pada rakaman pertama. Beliau telah merakamkan lagu ini pada tahun 1957 sempena kemerdekaan Tabah Melayu kali pertama. Tetapi nama pencipta dan penyanyi asal ini hampir dilupakan kerana kuatnya populariti Sudirman pada era 80-an . Lagu ini lebih kepada unsure patriotisme  yang pada masa itu Malaysia menyambut kemerdekaan pertama. Semangat dan kegembiraan rakyat TM pada masa itu membuak-buak sehingga mencetuskan lagu-lagu bercorak patriotik ini. Sehingga sekarang lagu ini masih bermain di keroncong radio. Lagu-lagu lain yang terbit pada masa ini adalah seperti  :

Ø  Ala canggung nyanyian Rosiah Chik
Ø  Belo-belo-nyanyian Saloma dan Ahmad CB.
Ø  Bertepu ramai-Nona Asiah dan Jasni
Ø  Mata keranjang-Raja Azmi
Ø  Lagak berani-Aziz Satar dan Momo Latiff
Ø  Anakku Sazali, Malam bulan dipagar bintang, yang mana satu, perwira- Pabila larut malam-karya P.Ramlee
Ø  Sua sue kemuning-P.Ramlee(soundtrack Do Re Mi)

ramlee_biola.gif
Lagu 50-an masih dipengaruhi unsur-unsur klasik yang kuat. Kalau kita dengar lagu-lagunya di radio, terdapat satu melodi klasik yang sukar digambarkan. Penggunaan alat muzik seperti saxophone dan violin banyak digunakan dalam muzik era 50-an. Tambahan pula pada masa itu karya P.Ramlee banyak gunakan saxophone dan viola.

Lagu P.Ramlee paling saya gemar adalah Sua Sue Kemuning dan Malam bulan dipagar bintang. Kedua-dua lagu ini sememangnya mempunyai melodi yang indah. Lagu sua sue kemuning banyak menyelitkan jenaka sesuai dengan babak cerita Do Re Mi. Manakala lagu Malam bulan dipagar bintang mempunyai lirik yang sangat indah. Bait-bait liriknya cukup bermakna. Meskipun lagu ini pendek, namun alunan melodinya mampu membuaikan fikiran. Lagu ini banyak menggunakan piano, akordian, gitar, ukulele, biola dan tamborin. Pengaruh muzik pada era ini banyak mempamerkan rentak Melayu Asli, langgam, joget, inang, zapin, masri dan keroncong.

4.2. Lagu/muzik 60-an

Masuk era 60-an pada tahun 1960, muzik telah bertukar corak. Muzik pop yeah yeah dan gaya retro mendapat perhatian pada masa ini. Ianya menjadi hiburan kepada muda-mudi pada masa itu dan lagu-lagunya masih menjadi siulan pada masa kini.
Lagu-lagu yang popular pada era 60-an pula adalah seperti:
Ø  Kembali padaku-Jeffry Din
Ø  Ku kembali-A.Halim
Ø  Waspada-Aziz dan Salomakau ilhamku-P.Ramlee
Ø  Sumpah setia-Ahmad Daud dan Saloma
Ø  Oh Fatimah-A.Ramlee
Ø  Selamat tinggal pujaan –S.Jibeng
Ø  Dara pujaan-L.Ramlee
Ø  Suzana(1964)- M.Osman

elvis-costume-431x300.jpgMuzik pada era ini banyak dipengaruhi unsur pop. Mungkin ianya pengaruh daripada luar Negara seperti Elvis Presley yang sangat popular di Barat yang banyak mencetuskan irama pop ini. Selain itu kumpulan The Beetles yang menjadi kegilaan di Amerika telah mencetuskan fenomena pop yeah yeah di Malaysia. Pakaian yang lebih kurang sama iaitu berseluar besar menjadi konsep gaya retro pada masa itu. Ada juga rentak rock and roll pada masa ini. Blues melayu juga telah wujud pada masa ini yang mempunyai rentak unik. Lagu Suzana nyanyian M.Osman dipercayai lagu pertama yang mempunyai pengaruh pop yeah yeah di Malaysia.

Peranan lagu lebih kepada hiburan muda-mudi pada masa itu. Lagunya lebih rancak iaitu pop dan banyak menggunakan alat muzik seperti gitar dan drum. Lagunya banyak rentak kugiran juga seperti lagu Oh Fatimah. Irama twist juga banyak menguasai kebanyakkan lagu pada era itu. Lagu P.Ramlee “bunyi gitar” banyak mencetuskan fenomena era pop ini dan ianya terus berkembang sekitar awal 80-an.  Pembikinan lirik juga sangat bermakna dan indah. Nyanyian lagu juga jelas dan sedap didengar. Penggunaan lirik lagu yang meleret sukar didengar pada masa ini. Ia juga banyak lirik tentang cinta umumnya dan menggunakan nama perempuan.

4.3. Lagu/muzik era 70-an

Pada era70-an, muzik lebih kepada genre rock dan irama pop masih jelas kedengaran. Namun peranan muzik dan lirik masih sama dengan era-era sebelumnya. Alat muziknya banyak menggunakan gitar dan drum. Konsep rock yang berunsurkan irama keras dan berat kerana gabungan bunyi gitar dan drum dikombinasikan dengan suara yang lantang. Kebanyakkan muzik rock melibatkan pitching yang tinggi. Lagu rock sangat dominan dengan artis kumpulan seperti Amy Search dan Wings pada masa itu di Malaysia. Manakala di Barat, deep blue, Roxxete dan kiss sangat popular. Ada nama-nama lain lagi yang lebih popular yang berkonsepkan rock.  Lagu-lagu yang popular pada era 70-an pula adalah seperti:

Ø  Yang mana satu-Fauziah Ahmad Daud
Ø  Untuk peminatku-D.J.Dave
Ø  Jatuhnya lelaki-Anita Sarawak
Ø  Kasih yang takkan berakhir-Addie Ahmad
Ø  Kau sumber ilhamku-Sharifah Aini
2506023241_76953003fb_o.gif

Kumpulan kiss dari USA

4.5. Muzik 80-an
Lagu-lagu yang popular pada era 80-an pula adalah seperti:

Muzik pada era 80-an sangat diminati sehingga sekarang. Genre rock terus berkembang pada masa ini dan ditambah lagi dengan rentak blues. Rentak blues yang berasal dari benua Afrika terus berkembang pada era ini. Bait-bait lirik yang banyak menyelitkan tentang perasaan dan cinta menguasai lagu era ini. Alat muzik banyak menggunakan gitar, kibod, drum dan chimes yang banyak digunakan pada muzik era ini. Lagu jiwang mula popular pada masa ini dan kurang unsur nasihat. Ianya menjadi hiburan semata-mata dan banyak dikeudarakan di keroncong radio dan televisyen.

Ø  Istilah cintaku-Bumiptera Rockers
Ø  Belaian jiwa-Carefree
Ø  Menaruh harapan-Zaiton Sameon
Ø  Kerna terpaksa-Francisca Peter

4.6. Lagu 90-an.
kru.JPG

                                                    Kumpulan KRU

Lagu era 90-an lebih kepada irama balada dan perlahan. Ianya juga banyak kepada penulisan lirik mengenai kisah cinta. Semuanya tentang cinta, rindu dan kasih sayang. Lirik lagu yang meleret dan kurang bermakna semakin banyak. Pada masa ini artis-artis baru banyak menceburkan diri dalam dunia muzik. Alat muzik kibod banyak digunakan. Alat muzik seperti biola dan trompet sukar kedengaran. Irama rap dan R&B banyak mempengaruhi muzik era ini. Kemudiannya muzik memulakan genre elekronika yang rancak hasil bunyi kibod. Antara artis yang mencetuskan fenomena yang jelas pada masa ini adalah KRU dan 4U2C. selepas itu banyak kumpulan yang meniru genre rap dan R&B ini sehingga sekarang.
 Lagu-lagu yang popular pada era 90-an pula adalah seperti:
Ø  Puncak kasih- Ziana Zain
Ø  Pasrah-Erra Fazira
Ø  Cindai-Siti Nurhaliza
Ø  Awas-KRU
Ø  Angin bayu-Feminin

Refleksi

Saya menerima tugas ini pada sebulan yang lepas. Walaupun pensyarah telah memberi masa yang banyak tetapi saya masih tidak sempat menyiapkannya dengan sempurna. Saya membuat tajuk lagu-lagu 50-an sehingga 90-an. Tajuk ini agak susah dan saya terpaksa mencari pelbagai sumber. Ironinya bahan yang dicari tiada dan saya terpaksa mengolah isi-isi yang diberi secara kritikal. Inilah penyelesaian yang saya lakukan.

Saya juga pening kepala kerana soalan tugasan yang bertukar-tukar. Ini mebuatkan saya hilang arah dan kurang memberi tumpuan kepada tugasan muzik. Tambahan pula, tiada taklimat yang diberi selepaas kami menerima kertas tugasan KKBI. Soalan sangat mengelirukan menyebabkan kami sekelas tidak memahami tugasan spesifik. Setelah mencari bahan untuk konsep muzik, saya mendapat tahu tugasan pertama yang diberi beberapa bulan lepas mahu dihantar pada esok hari. Alangkah terkejutnya saya. Namun begitu saya berusaha mencari bahan di internet. Banyak bahan-bahan yang memberi pengetahuan baru kepada saya. Saya akui sedikit sebanyak pengetahuan yang kurang relevan dengan tugasan dapat digunakan pada masa yang lain.

Walaupun tugas ini agak mencabar jika dibandingkan dengan individu lain, saya merasakan satu kepuasan dalam diri saya dalam melaksanakan tugasan. Saya juga telah menemui pensyarah untuk bertanyakan tentang soalan ini. Respon beliau baik meskipun bimbingan yang diberikan sekejap sahaja. Saya terus faham dan balik ke rumah untuk menyiapkannya. Alhamdulillah kolaborasi yang yang baik bersama rakan-rakan dan pensyarah membantu saya menyiapkan tugasan ini. Kerjasama kumpulan sangat baik dan mudah untuk bekerjasama.

jangan lupa komen.tq

ulangkaji pra 3107-sesi 6

 SPOT SET 2
BAHAGIAN A (20 markah)

BAHAGIAN A: OBJEKTIF

1. D                  11.B
2.B                    12.A
3.C                    13.B
4.B                    14.A
5.A                    15.C
6.D                    16.B
7.B                    17.B
8.D                    18.D
9.D                    19.D
10.A                 20.B

Jawab semua soalan.

1. Konsep sosial didefinisikan sebagai
(A) kebolehan berkomunikasi.
(B) fahaman tentang perasaan dan hasrat orang lain.
(C) kebolehan berkomunikasi daripada informasi serta apa yang tersedia ada.
(D) satu proses apabila kanak-kanak berhubung dengan orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan budayanya.

2. Menurut Erikson (1963), kanak-kanak pada peringkat inisiative versus guilt sudah mengenal atau tahu tentang peraturan kelakuan. Pada peringkat ini guru prasekolah perlu mengambil tindakan
(A) memberi tugasan yang bersifat penyelesaian masalah.
(B) memberi kepercayaan dan keyakinan kepada kanak-kanak.
(C) memupuk perasaan selamat, disayangi dan diberi perhatian.
(D) memberi kelonggaran kepada kanak-kanak untuk menyemaikan sikap bersaing dalam kalangan kanak-kanak.

3. Bandura (1986) mengatakan bahawa melalui proses peniruan, kanak-kanak akan membentuk suatu idea bagaimana tindakan dilaksanakan dan apakah kesannya. Pilih proses-proses peniruan tersebut
I meniru secara langsung
II meniru secara tidak langsung
III peniruan melalui persekitaran
IV tiruan melalui sekatlakuan dan taksekatlakuan
V tiruan melalui elisitasi apabila melihat perlakuan orang lain
(A) I, II dan III sahaja
(B) II, III dan IV sahaja
(C) I, II, IV dan V sahaja
(D) I, III, IV dan V sahaja

4. • menolong di dalam kelas dan di rumah
    • menjalankan aktiviti permainan mudah bersama rakan
    • meminta kanak-kanak membentuk peraturan di dalam kelas
Cadangan aktivit-aktiviti di atas sesuai bagi perkembangan
(A) emosi.
(B) sosial.
(C) kognitif.
(D) bahasa.

5. Antara pernyataan di bawah, yang manakah tidak benar tentang pengajaran yang bukan berasaskan jantina?
(A) Kanak-kanak perlu diberikan aktiviti berasaskan kebolehan dan Keupayaan.
(B) Kanak-kanak perlu melalui proses penilaian yang sama dan dinilai dengan adil.
(C) Aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu melibatkan semua kanak-kanak.
(D) Mereka diberikan peluang yang sama untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

6. Menurut ahli psikologi Sandra Anselmo, terdapat dua jenis tingkah laku prososial iaitu kerjasama dan pengorbanan. Pengorbanan merujuk kepada
(A) persaingan yang menggalakkan pemikiran saya.
(B) saat seseorang bertingkah laku negatif ketika menerima bantuan.
(C) kebolehan memahami diri sendiri dan menggalakkan pemikiran Kita.
(D) tingkah laku yang menguntungkan orang lain dan bukan pihak yang melakukan tindakan terse

7. Prinsip utama tingkah laku prososial ialah kefahaman terhadap diri sendiri, orang lain dan kebolehan untuk memahami emosi orang lain. Pilih manakah yang paling tepat dengan pernyataan diatas. Tingkah laku Prososial Tindakan
A bekerjasama merungut jika bertukar-tukar kumpulan
B empati membantu kawan memakai tali kasut
C bantu orang memberi bantuan sekiranya diperlukan
D murah hati memilih rakan sebaya untuk berkongsi alat mainan

8. Izwan merupakan seorang murid prasekolah yang menunjukkan tingkah laku agresif. Dia seronok melihat orang lain mengalami kesusahan dan penderitaan. Pernyataan di atas menunjukkan tingkah laku
(A) disruptif
(B) destruktif
(C) kebimbingan
(D) permusuhan nyata

9. Main peranan dan stimulasi merupakan salah satu kaedah atau teknik yang dapat digunakan semasa melaksanakan aktiviti di kelas prasekolah. Apakah kepentingan aktiviti tersebut terhadap perkembangan sosial kanak-kanak prasekolah ?
(A) Menambahkan perbendaharaan kata.
(B) Meniru tingkah laku rakan untuk berlakon.
(C) Menerima pujian dan ganjaran daripada guru.
(D) Memahami perasaan dan pandangan orang lain.
10. Cikgu Shimah sering menghadapi masalah mengemas pusat pembelajaran selepas sesuatu aktiviti selesai dijalankan. Masalah tersebut dapat diatasi dengan cara
(A) menjadikan aktiviti berkemas sebagai rutin harian.
(B) membenarkan murid-murid melihat sudut pembelajaran.
(C) meminta murid-murid membawa alat permainan dari rumah.
(D) mengemaskan sendiri bahan-bahan selepas murid-murid menggunakannya.

11. Emosi seseorang berkembang
(A) sebelum lahir.
(B) sepanjang hayat.
(C) berperingkat-peringkat.
(D) sejak lahir hingga alam remaja.

12. Kecerdasan emosi merujuk perkara-perkara berikut :
I mengenali emosi sendiri
II boleh membezakan antara kepentingan diri dan orang lain
III mengenal pasti faktor-faktor yang menjadi punca kepada timbulnya sesuatu perasaan
IV kebolehan mengenal pasti emosi orang lain dengan memberikan tumpuan kepada tingkah laku bukan verbal
V individu yang matang kecerdasan emosi sukar bergaul dan menahan tekanan yang diterima dari persekitarannya
(A) I, II dan III sahaja
(B) II, III dan IV sahaja
(C) I, II, IV dan IV sahaja
(D) I, III, IV dan V sahaja

13. Farid seorang kanak-kanak berumur 6 tahun.Dia mempunyai emosi yang cepat berubah dan sering berperasaan takut menghadapi situasi baru.Perasaan cemburunya juga semakin bertambah.Sungguhpun begitu Farid suka bergaul dengan kawan-kawan yang sebaya dengannya. Apakah yang boleh dilakukan oleh Cikgu Ali bagi memupuk perkembangan emosi Farid?
(A) Komentar positif yang terhad.
(B) Pujian dan ganjaran yang berterusan.
(C) Ancaman dan kritikan yang sesuai dengan tingkah laku.
(D) Perhatian dan layanan yang sama rata untuk semua kanak-kanak.

14. Mengurus emosi dengan baik dapat membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan di kelas prasekolah. Semua pernyataan di bawah menekanan kepentingan mengurus emosi dengan baik di bilik darjah kecuali
(A) kerunsingan sosial dan kesepian dapat dipertingkatkan.
(B) peningkatan empati dan sifat sensitif terhadap perasaan orang lain.
(C) dapat menyelesaikan masalah hubungan dengan cara yang lebih baik.
(D) dapat menunjukkan perasaan marah dengan cara yang berpatutan tanpa berlawan.

15. Guru prasekolah meminta murid-muridnya membuat pelbagai mimik muka seperti orang marah, gembira, sedih, takut, hairan dan sebagainya di hadapan cermin. Aktiviti di atas membolehkan kanak-kanak
(A) mengurus emosi sendiri.
(B) mengurus emosi orang lain.
(C) mengenali pelbagai jenis emosi.
(D) mengenali dan memahami emosi sendiri.

16. Perkembangan sosioemosi kanak-kanak turut mempengaruhi perkembangan kognitif mereka. Aspek utama yang menggalakkan perkembangan sosioemosi kanak-kanak ialah
(A) konsep pemikiran yang positif.
(B) hubungan dengan rakan sebaya dan individu lain.
(C) keupayaan mengawal fizikal daripada aktiviti lasak.
(D) kecenderungan terhadap muzik dan pergerakan lembut.

17. Beberapa orang kanak-kanak prasekolah didapati mempunyai konsep kendiri negatif, kurang berkomunikasi dengan kawan semasa aktiviti kumpulan dan sentiasa mengasingkan diri. Tindakan yang boleh dilakukan oleh seorang guru untuk membantu meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam kalangan kanak-kanak tersebut ialah
I mewujudkan interaksi positif dalam kalangan kumpulan kecil kanak-kanak
II membimbing dan memberi motivasi yang wajar dengan membetulkan tingkah laku mereka
III memberikan layanan dan perhatian yang lebih bagi meningkatkan keyakinan diri
IV memberi peluang kanak-kanak mengambil watak yang penting dalam aktiviti lakonan
V menggalakkan kanak-kanak berkawan dan bergaul denganr akan sebaya yang tertentu sahaja
(A) I, II dan III sahaja
(B) II, III dan IV sahaja
(C) I, II, IV dan V sahaja
(D) I, III, IV dan V sahaja

18. Cikgu Nurul berbincang dengan murid-murid tentang aktiviti permainan luar.Mereka memilih permainan Musang Kejar Ayam.Berikut adalah perbualan antara guru dan kanak-kanak prasekolah.
Murid Aini : Cikgu asyik dia sahaja jadi musang. Saya juga hendak jadi musang
Cikgu Nurul : Ya, sekarang giliran kamu pula.
Apakah ciri yang perlu dimiliki oleh guru tersebut?
(A) Tiada perasaan janggal.
(B) Bertindak mengikut rasa hati.
(C) Menyediakan persekitaran yang baik.
(D) Bertindak mengikut keperluan kanak-kanak.

19. Setelah menjalankan ujian diagnostik, Cikgu Lili mendapati tiga orang kanak-kanak di kelas prasekolahnya mempunyai masalah pertuturan yang serius.Tindakan awal yang perlu dilakukan oleh Cikgu Lili ialah
(A) mengatasi masalah itu sendiri.
(B) menunggu dan melihat perkembangan selanjutnya.
(C) memberi rawatan yang diperlukan serta menyediakan laporan perubatan.
(D) menyediakan laporan dan berbincang dengan ibu bapa kanak-kanak bagi mendapatkan rawatan.
20. Membimbing tingkah laku kanak-kanak merupakan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh guru. Salah satu strategi yang popular ialah strategi pengurusan konflik. Strategi pengurusan konflik ialah
(A) role model , memahami kesan , shaping
(B) talk it out, model resolusi, do something else
(C) modifikasi tingkah laku, time out, peneguhan positif
(D) menggunakan I message, sistem token, peneguhan positif

BAHAGIAN B
(40 markah)

1. Komponen Perkembangan Sosioemosi dalam pendidikan prasekolah merupakan satu proses berinteraksi dan mengadaptasi diri dalam masyarakat.

(a) Empat komponen sosioemosi :
i.   Mengurus dan memahami emosi diri sendiri
ii.  Mencapai emosi positif
iii. Memberi kemahiran sosial
iv. Membina keyakinan                                     (4 markah)

(b) Berdasarkan teori Erik Erikson, huraikan ciri-ciri perkembangan emosi beserta contoh.

Asas Kepercayaan lawan asas Ketidakpercayaan
i. rasa kepercayaan wujud
ii.membina kepercayaan secara peringkat
iii. membina ketidakpercayaan jika keperluannya tidak dapat dipenuhi
iv. ketidakpercayaan akan membentuk tingkah laku positif.                     (2 markah)

Autonomi lawan Keraguan
i. keinginan membuat sesuatu dengan daya usaha sendiri
ii.merasa malu jika tidak diberi kuasa
iii. merasa malu di depan orang
iv. merasa takut melakukan sesuatu                                                      (2 markah)

Inisiatif lawan bersalah
i. belajar cuba untuk berdikari
ii. peka kepada yang betul dan yang salah
iii. ada inisiatif untuk melakukan sendiri
iv. membina sikap negatif jika merasa serba salah                                 (2 markah)

2. Kemahiran prososial adalah salah satu perkembangan sosio-emosi kanak- kanak.

(a) Senaraikan lima ciri kanak-kanak yang mempunyai kemahiran prososial?
1. Mematuhi peraturan bilik darjah .
2. Bersopan santun dan mengamalkan kata-kata positif dalam kelas.
3. Suka menolong kawan dan guru .
4. Menunjukkan sikap tolreansi sesama rakan .
5. Boleh berkongsi alat permainan .
6. Mempunyai variasi dalam emosi ( gembira, sediah , suka , duka dll)
7. Pendengar yang baik .
8. Lain-lain jawapan yang sesuai dengan situasi prososial                       (5 markah)

(b) Nyatakan lima faktor yang mempengaruhi perkembangan dan pembelajaran seseorang kanak-kanak
1. galakan daripada ibu bapa, keluarga dan pihak sekolah
2. mewujudkan sub-budaya berkawan yang positif dan dinamik
3. mempunyai rakan sebaya yang baik
4. mempunyai jiran dan masyarakat keliling yang perihatin
5. wujud kematangan dan personality yang terbimbing
6. sosio-ekonomi keluarga yang mantap
7. Lain-lain jawapan yang munasabah                                                   (5 markah)

3. Tingkah laku bermasalh timbul disebabkan kekurangan keupayaan individu kanak-kanak dalam proses adaptasi atau pun akomodasi. Akibatnya ia menggangu emosi dalam aktiviti kehidupan individu dan seterusnya dalam proses interaksi.

a. Berdasarkan kenyataan di atas, cadangkan lima faktor yang boleh menimbulkan keadaan pergantungan berlebihan.
1. Ibu bapa yang mengamalkan perlindungan melampau (over – protection)
2. Pelajar yang kurang berkeyakinan
3.Konsep kendiri pelajar yang lemah
4.Pendekatan pengajaran yang lebih berpusat kepada guru
5.Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang terlalu sukar untuk dijalani oleh para pelajar.Murid banyak bergantung kepada guru
6.Ibu bapa yang bersikap autokratik di mana tidak memberi peluang kepada anak untuk membuat keputusan

b. Huraikan lima pendekatan yang digunakan oleh Lee Canter (1976) berdasarkan Assertive Discipline Model (Model disiplin asertif) bagi mengatasi tingkah laku bermasalah dalam kalangan kanak-kanak prasekolah.
1. Guru menegaskan perlakuan bertanggungjawab.
2. kawalan tegas yang berpatutan menjamin kebebasan individu .
3. Guru menentukan persekitaran optima untuk pembelajaran
4. guru membantu perkembangan kanak-kanak , dalam masa yang sama mengurangkan tingkah laku kendiri yang bermasalah
5. Sokongan daripada guru bagi kanak-kanak untuk menunjukkan tingkah laku yang bersesuaian.
6. Guru Menyediakan rancangan disiplin yang jelas menerangkan tentang harapan dan kesan.
7. Suasana penyayang dan menyokong adalah sesuai untuk meningkatkan pembelajaran.       (5 markah)

4.Pendidikan Prasekolah memberi ruang kepada kanak-kanak untuk berinteraksi dengan persekitaran sosial yang sihat dan terancang bagi memudahkan menggunakan komunikasi berkesan bagi menyelesaikan masalah.

(a) Berdasarkan pernyataan diatas, cadangkan empat faktor yang menyebabkan kanak-kanak menghadapi konflik dalam kelas prasekolah.
1. penggunaan pendekatan dan strategi mengajar yang kurang sesuai
2. keadaan fizikal bilik darjah yang yang kurang selesa
3. Perhubungan guru dan kanak-kanak yang kurang baik dan mesra.
4. sahsiah guru yang kurang meyakinkan kanak-kanak – guru kurang pengalaman
5. kesihatan kanak-kanak yang kurang baik
6. Lain-lain jawapan yang munasabah                                                                           (4 markah)

(b) Nyatakan tiga aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk membantu memperkembangkan komunikasi kanak-kanak semasa guru bercerita kepada mereka.
i. Menyoal kanak-kanak mengenai emosi watak-watak dalam cerita.
ii Bertanyakan tentang perasaan mereka terhadap peristiwa dalam cerita.
iii Main peranan tentang peristiwa dalam cerita.
iv Guru bercerita dengan menunjukkan perasaan gembira, takut, sedih dan sebagainya.
v Jawapan lain yang munasabah                                                                                              (6 markah)

Bahagian C       (40 markah )

Jawab dua soalan.

1. (a) Seorang kanak-kanak mempunyai masalah suka mengasingkan diri dan tidak mahu libat dalam aktiviti kelas dan kumpulan.

Huraikan dengan contoh-contoh yang sesuai lima teknik bimbingan yang boleh di gunakan oleh guru di kelas prasekolah.
1. Guru menjadi model – tingkah laku guru menjadi ikutan kanak-kanak.
2. memilih aktiviti yang sesuai dengan kebolehan dan keupayaan
3. Membentulkan tingkah laku murid yang salah dengan menunjukkan tingkah laku yang betul.
4. Menyediakan peraturan bilik darjah yang sistemetik.
5. Token ekonomi – beri hadiah
6. Jawapan-jawapan lain yang munasabah                                                                    (10 markah)

(b) Kesedaran dan pemahaman tentang ras dan budaya perlu dipupuk sejak kanak-kanak berada di prasekolah lagi.
Berdasarkan kenyataan di atas, huraikan dengan contoh yang sesuai bagaimana seorang guru prasekolah dapat mengintregrasikan pengajaran dan pembelajaran tentang ras dan budaya dalam Komponen Sosio-emosi.
1. berhati-hati terhadap sikap, kelakuan dan pernyataan guru mengenai bangsa supaya tidak menyinggung perasaan sesuatu kaum.
2. elakkan prejudis semasa memilih bahan-bahan pengajaran
3. gambar-gambar yang didapati di dalam kelas mestilah menggambarkan perpaduan kaum.
4. gunakan bahan-bahan bercetak, filem, video sebagai bahan tambahan buku teks untuk merangsang perpaduan
5. gunakan teknik pembelajaran koperatif dan kumpulan untuk menggalakkan perpaduan

2.Memahami kecerdasan intelek (IQ) dan kecerdasan emosi (EQ) kanakkanak di peringkat prasekolah amat penting ke arah pembentukan muridmurid yang bijak dan mempunyai emosi yang stabil.

(a) Berdasarkan pernyataan di atas, bincangkan lima elemen penting kecerdasan emosi (EQ) menurut teori Daniel Goleman.

1. memahami emosi sendiri
2. kebolehan mengenalikan emosi
3. memotivasikan diri
4. menyedari emosi orang lain
5. mengendalikan hubungan dengan orang lain.                                      (10 markah)

(b) Bincangkan lima cara bagaimana guru dapat membantu kanak-kanak prasekolah memperkembangkan dan menguruskan kecerdasan emosi.

1. bina asas kepercayaan dalam bilik darjah
2. mengelolakan banyak aktiviti kumpulan
3. bincangkan strategi-strategi yang sesuai mengawal emosi
4. bantu kanak-kanak menyedari emosi sedniri dan meluahkan perasaan dengan cara yang betul
5. wujudkan suasana interaksi yang kondusif dalam bilik darjah
6. gunakan ganjaran sebagai galakan dan motivasi pembelajaran
7. Jawapan-jawapan lain yang munasabah                                                        (10 markah)

3.Dalam konteks profesionalisme keguruan, selain daripada guru perlu memahami tugas dan tanggung jawab serta sikap dan tingkah lakunya, seorang guru prasekolah yang profesional perlu menguasai kemahiran-kemahiran tertentu.

Jelaskan lima peranan guru penyayang dengan memberi contoh-contoh yang sesuai.

1. Guru sebagai fasilitator: fleksibel, amal P&P yang aktif, reflektif
2. Guru sebagai instruktur: interaksi secara langsung, mudah & terancang
3. Guru sebagai penyelia bahan permainan: keselamatan, mengkategorikan
4. Guru sebagai pengurus: sistematik, utamakan keperluan semasa, anjal
5. Guru sebagai pemerhati: tahu perkembangan, lebih objektif, penilai
6. Guru sebagai perancang: rancang P&P, sedara keperluan, tidak terlalu rigit
7. Guru sebagai peranan reflektif: dapat bimbing rakan sejawat, berkongsi
8. Guru sebagai penilai: dapat amalkan penilaian yang authentik, sistematik
9. Jawapan-jawapan lain yang munasabah                                                        (20 markah)

jangan lupa komen.tq

ulangkaji pra 3107-sesi 4