1.0.
Pendahuluan
Isnstict atau naluri adalah suatu anugerah
kepada hidupan seperti manusia dan haiwan. Hubungan manusia sesame manusia yang
juga dipanggil hablumminnanas terjalin sejak zaman Nabi Adam lagi. Begitu juga
hubungan yang terjalin antara ibu dan anak yang mempunyai talian sangat rapat.
Keadaan ini menjadikan ibu dan anak mempunyai satu naluri atau perasaan yang
sukar dirungkaikan. Perkara ini juga dikenali sebagai ‘sangkutan’.
Terdapat banyak definisi yang menerangkan
konsep ‘sangkutan’. Berikut adalah beberapa pendapat tokoh yang memberi
definisi sangkutan:
Kajian Lorenz ini pula telah diteruskan
oleh John Bowlby. Bowlby yang terkenal dengan kajian ethologi berpendapat
bahawa ‘sangkutan’ adalah:
Terdapat beberapa teori lain yang melambangkan hubungan anak dan
ibu bapa iaitu Ainsworth. Beliau berpendapat bahawa :
Saya juga menemui satu fakta hebat iaitu
kaitan proses sangkutan pada alam prasekolah. Hasil pembacaan saya, (Laibel
& Thompson,2000) menyatakan:
Jadi
di sini saya dapat membuat infrens tentang konsep sangkutan adalah mengenai
hubungan ibu dan anak sejak dari kandungan lagi. Hubungan yang melibatkan
sentuhan, emosi, mental yang membangkitkan naluri antara ibu dan anak akan
membentuk kasih sayang. Satu kajian di Eropah membuktikan kesan sangkutan
antara orang-orang tua dan bayi pramatang menunjukkan kuasa sentuhan. Dalam
kajian ini, orang-orang tua digalakkan membelai dan mengusap bayi pramatang.
Didapati bayi pramatang tersebut cepat melalui proses pematangan kulit bayi dan
pengurangan kedutan di kulit orang-orang tua ini. Kedua-dua pihak mendapat
kelebihan daripada proses sangkutan.
Dalam tugasan ini, saya akan menghuraikan
bagaimana sangkutan boleh berlaku antara ibu bapa, kanak-kanak(murid
prasekolah) dan guru prasekolah. Pendekatan pengurangandan ketakutan dan
pendekatan atau hubungan guru dan ibu bapa.
2.0.
Rumusan tentang pengurusan pendekatan
pengurangan ketakutan dan pendekatan guru dan ibu bapa.
Pengurusan pendekatan pengurangan
ketakutan lebih berfokus kepada cara untuk mengurangkan ketakutan dalam
kalangan kanak-kanak. Kanak-kanak terdedah dengan pelbagai perkara baharu dan
orang ramai serta persekitaran yang bervariasi. Mereka memerlukan keyakinan dan
keberanian untuk menghadapi hari-hari seterusnya. Justeru,peranan ibu bapa dan
guru adalah sangat besar dalam membantu mereka menghadapi hari dewasa dengan
baik dan sempurna.
Ibu
bapa adalah insan yang paling hampir dengan kanak-kanak. Ibu pula adalah insan
yang lebih hampir daripada bapa. Dari sejak dalam kandungan lagi, ibu
memberikan ransangan kepada bayinya untuk memupuk pengetahuan awal perkembangan
bayi. Sehinggalah bayi itu lahir, ikatan ibu bapa dan anak akan terus
berkembang. Aktiviti menukar lampin, menyusu anak, mengurut anak dan sebagainya
adalah antara contoh ‘attachment’ yang memberi kesan kepada kedua-dua pihak
ini.
Kelebihan dan kekurangan sangkutan atau
‘attachment’ akan memberi kesan kepada anak umumnya. Antara kesan kelebihan sangkutan
adalah ketakutan yang bermaksud kanak-kanak akan menghadapi satu fenomena
enggan berjauhan dengan ibu bapa. Kekurangan sangkutan juga akan menyebabkan
kanak-kanak tidak yakin kepada diri sendiri serta self-esteem yang rendah.
Hasil
pembacaan dari internet dan buku saya ingin merumuskan di sini bahawa, terdapat
beberapa pendekatan yang dapat mengurangkan ketakutan kanak-kanak dan
pendekatan atau hubungan guru dengan ibu bapa. Orang dewasa boleh mengurangkan
ketakutan kanak-kanak dengan cara menyentuhnya mereka dengan cara lembut di
samping menyelami perasaan mereka. Orang dewasa umumnya ibu dan bapa haruslah
mengeluarkan tutur kata yang baik serta nada yang lembut. Ibu bapa dan guru
boleh menyentuh bahagian bahu, kepala(mengusap) sambil mengeluarkan kata-kata
semangat. Berikan keyakinan kepada mereka agar sentiasa berfikiran positif.
Aktiviti
rutin kanak-kanak hendaklah dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Aktiviti rutin
yang dimaksudkan adalah seperti makan, mandi, bermain dan tidur. Ramai ibu bapa
yang berpendapat bahwa waktu adalah waktu untuk ibu bapa berehat daripada
melayan kerenah anak-anak. Ini bermakna ibu bapa telah melepaskan peluang
mendekati anak pada waktu ini. Ibu bapa perlu menemani anak seblum tidur dengan
cerita tauladan, sirah Nabi dan penerapan nilai-nilai murni. Jangan sesekali
menceritakan sesuatu perkara yang boleh membuatkan mereka takut seperti cerita
hantu dan tahyul. Kesannya mereka akan takut untuk tidur seorang, takut gelap,
tidak yakin dengan diri sendiri dan ada yang sehingga menyebakan kencing malam
kerana takut ke tandas.
Bercerita
sebelum anak tidur dapat mendekatkan diri anda dengan anak serta mengurangkan
rasa takut. Jangan memarahi anak dengan suara yang lantang dan memekik kerana
ini hanya akan menambah rasa takut mereka kepada sesuatu benda. Peluklah anak
jika mereka sedih, bimbang dan takut. Mereka akan lebih merasa dekat dan
selamat dengan orang dewasa jika dipeluk erat dan mesra. Kanak-kanak juga
dahagakan pujian dan perhatian. Pujilah mereka dengan kejayaan yang mereka
lakukan. Berilah semangat seperti “kamu boleh,Aiman. Cikgu percaya kamu boleh
melakukannya”. Ini dapat meningkatkan self esteem mereka daripada mengeluarkan
kata-kata seperti ini “Takkan lah benda senang macam ini tak boleh buat. Bodoh
betul Aiman ni!”. Kata-kata seperti ini hanya merendahkan harga diri mereka
serta menyebabkan mereka takut untuk melakukan sesuatu meskipun perkara yang
betul. Mereka akan takut dimarahi atau ditertawakan. Selain itu, ibu bapa dan
guru haruslah menyelami fikiran dan perasaan kanak-kanak ini. Cungkillah
sebanyak mana masalah dan perasaan yang dialami dengan cara bertanya, menilai
hasil kerja dan melihat interaksi sosial mereka melalui bermain contohnya.
Jangan memaksa mereka menceritakan tentang apa yang ditakuti oleh mereka.
Sebaliknya gunalah cara yang lebih halus seperti memberi mereka kertas dan
pensil untuk menconteng. Di sinilah mereka akan bercerita melalui lukisan. Dan
kemudian minta mereka bercerita teantang lukisan tersebut. Berilah pujian
tentang lukisan itu dan berilah mereka ganjaran seperti masak makanan
kegemarannya atau membawa mereka berjalan-jalan. Selain itu, aktiviti senaman
dan pergerakan fizikal dapat memberikan keyakinan kepada kanak-kanak. Saya
pernah menonton rancangan “Nona” yang mengupas aktiviti renang dan pemainan
kasut roda untuk kanak-kanak. Permainan
ini adalah untuk membina semangat dan keberanian mereka terhadap perkara yang
mereka takuti seperti jatuh. Begitu juga aktiviti air yang dikenali sebagai
“water confident”. Aktiviti ini adalah aktiviti lanjutan selepas kanak-kanak
diajak untuk masuk ke dalam air dan menyelam. Orang dewasa dan jurulatih khas
akan mengajar dan mengawasi pergerakan mereka. Kanak-kanak trauma dan takut
dengan air mungkin disebabkan pengalaman lemas dan sebagainya. Mereka akan
dibawa bermain air, mandi, meyelam dan membuat water confident dengan bimbingan
orang dewasa. Ini dapat menyakinkan kepada mereka tentang sesuatu yang tidak
sepatutnya mereka takut.
Di rumah, aktiviti bermain boleh
mengeratkan hubungan keluarga dengan anak. Bermain dapat mengurangkan tekanan,
kebimbangan dan keresahan. Proses bermain dapat membantu mewujudkan ketenangan,
membina harga diri serta sikap positif. Ibu bapa berperanan sebagai pembimbing
dengan memberikan pelbagai soalan yang dapat meransang pengetahuan anak. Ibu
bapa yang mesra dan menyeronokkan akan menambah rasa selesa dan senang dalam
hati kanak-kanak. Menurut Vygotsky, (1966), main merupakan satu cara kanak- kanak
belajar apa yang tidak boleh diajar oleh orang lain. Di prasekolah pula guru
berperanan penting menyediakan aktiviti yang dapat membina keyakinan dan
keberanian murid. Belajar sambil bermain adalah pendekatan utama yang dapat
membina interaksi sosial dalam kemahiran komunikasi seharian. Murid akan
bermain secara koperatif dan kolaboratif. Di sini mereka akan belajar berkawan
dan seterusnya dapat bercerita tentang pengalaman mereka. Melalaui aktiviti
berkawan, mereka dapat berkongsi cerita dan perasaan serta semangat yang
positif. Contohnya Amira adalah seorang yang takut pada ketinggian (gayat).
Dalam situasi permainan gelongsor, rakannya Lily akan memujuk Amira untuk
bermain bersama. Secara tidak langsung Amira akan cuba bermain demi untuk
berkawan dengan Lily. Lily akan memimpin Amira dan menggelongsor bersama-sama.
Jika keadaan ini berlaku, Amira akan kurang berasa takut bermain gelongsor yang
tinggi. Aktiviti ini seterusnya akan diaplikasikan dengan situasi aktiviti yang
lain dalam kehidupan harian. Aktiviti sukaneka juga dapat mengeratkan hubungan
ibu bapa, sekolah dan murid. Ibu bapa akan dijemput bersama-sama menyertai
permainan sukaneka. Aktiviti sukaneka ibu bapa dan anak dapat menyemai rasa
kasih sayang serta kerjasama dalam sesuatu pasukan. Anak akan berasa ibu
bapalah kawan terbaik mereka. Waktu inilah mereka berbangga kerana memiliki ibu
bapa yang hebat dan berbakat. Secara tidak langsung harga diri seorang anak
akan tinggi dan berasa disayangi. Hari kreativiti juga boleh dilaksanakan di
sekolah. Perkongsian idea dan kolaborasi antara anak dengan ibu bapa akan
menghasilkan satu karya kebanggaan mereka. Karya-karya ini akan dijadikan
hiasan di rumah sebagai kenangan dan tanda kasih sayang hasil penglibatan ibu
bapa dan anak. Prasekolah juga boleh mengadakan Hari Bakat. Murid-murid akan
dilatih mempersembahkan drama, nyanyian atau puisi di sekolah. Ibu bapa yang
datang ke Hari Bakat semestinya teruja dan gembira melihat bakat dan kebolehan
anak mereka yang tidak pernah ditonjolkan di rumah. Murid akan berasa dihargai
atas keadiran dan tepukan semangat daripada ibu bapa mereka. Hari Ibu juga
dapat disambut bersama-sama sekolah. Guru boleh menganjurkan Hari Ibu Ratu Hatiku
di sekolah dengan aktiviti menyolek ibu dan dedikasi khas untuk Ibu serta
nyanyian lagu untuk Ibu masing-masing. Pemenang akan dikalungkan kain selempang
dan hadiah seperti “Miss World”. Pasti ini akan menjadi sejarah kepada pasangan
ibu dan anak di samping menyulam kasih antara keluarga.
Banyak lagi aktiviti yang dapat dijalankan antara kerjasama ibu bapa,
murid dan guru seperti bengkel penyediaan makanan berkhasiat, lawatan,
konvokesyen, kebun sains, gotong-royong, sambutan Hari Jadi, Mari Membaca dan
tautan kasih.
Perkara yang amat penting ingin
ditekankan di sini adalah hubungan kanak-kanak, ibu bapa dan guru sangat
penting dalam membina jati diri kanak-kanak itu sendiri. Ketiga-tiga pihak
mesti bekerjasama dalam usaha menjadikan kanak-kanak seimbang dari segi JERIS
bagi membina insan yang syumul kelak.
Kesimpulannya, semakin tinggi bonding yang diberikan kepada kanak-kanak
semakin tinggilah attachment yang ada pada kanak-kanak. Attachment akan membina
kanak-kanak yang mempunyai harga diri yang tinggi, merasa diterima keluarga,
merasa diterima oleh rakan sebaya dan merasa diterima oleh masyarakat. Ini
semua akan memberikan kesan seumur hidup kepada kanak-kanak.
3.0.
KERTAS KERJA
KLINIK
CEPAT MEMBACA ANAKKU
PERSEDIAAN PRASEKOLAH KE TAHUN
SATU
PRASEKOLAH SK PULAU GAJAH
1.0.
PENGENALAN / LATAR BELAKANG
Program pemulihan kemahiran membaca murid
prasekolah Pulau Gajah ini diusulkan oleh guru pelatih PISMP Prasekolah
Semester 6 dengan kerjasama Guru Prasekolah SK Pulau Gajah bagi melahirkan
kanak-kanak prasekolah yang dapat menguasai kemahiran asas membaca sebelum
masuk ke tahun satu. Program ini merupakan satu program yang wajib kami
laksanakan kerana ianya terdapat dalam sukatan matapelajaran major kami iaitu
PRA 3110. Program ini penting untuk dilaksanakan di sekolah ini memandangkan
tahap penguasaan kemahiran membaca yang masih lemah meskipun telah masuk
penggal kedua persekolahan.
2.0.
MATLAMAT
2.1 Membentuk dan melahirkan murid-murid yang
dapat membaca dan menulis dengan baik.
2.2 Melahirkan murid-murid yang boleh menggarap
pembelajaran
sepanjang hayat melalui program pembudayaan
ilmu.
2.3 Melahirkan murid-murid yang dapat
mengadaptasi pengalaman
kehidupan dalam pelbagai konteks melalui
pembelajaran secara
menyeluruh.
2.4 Menyediakan murid yang mantap
dalam kemahiran bacaan
sebelum masuk ke tahun satu.
3.0.
OBJEKTIF
2.4 Mengeratkan hubungan antara komuniti
guru SK Pulau Gajah dengan Ibu bapa
murid prasekolah.
2.5 Menyemaikan sikap semangat cintakan ilmu dalam
diri murid-
murid dari peringkat awal
lagi.
2.6 Melahirkan murid-murid
yang kreatif dan berdaya saing.
2.7 Program
ini bertepatan dengan sukatan pembelajaran murid-murid
prasekolah
seperti yang telah ditetapkan oleh Kurikulum Standard
Prasekolah (Lampiran A).
4.0.
JANGKA MASA PROGRAM
3 bulan setengah,bermula pada pertengahan
bulan 8 ini dan berakhir pada bulan 11.
Namun usaha ini bergantung kepada kesungguhan pihak-pihak yang terlibat.
Tarikh :
11 Ogos 2011
Hari :
Khamis
Masa :
7.45-9.45 pagi.
Tempat :
Prasekolah SK Pulau Gajah
5.0.
SASARAN
5.1.
18 orang murid
Prasekolah SK Pulau Gajah berumur 6 tahun. (Senarai nama murid-murid prasekolah
rujuk lampiran B)
6.0.
AKTIVITI
6.1.
Ujian diagnostik kepada setiap murid.
6.1.1.
Ujian ini bertujuan untuk menguji tahap
kebolehan murid dalam aspek bacaan.
6.1.2.
Contoh borang diagnostik (rujuk lampiran
C)
6.1.3.
Bahan bacaan digunakan untuk menguji
tahap penguasaan murid.(rujuk lampiran D)
6.2.
Program Budaya Didik Diri.
6.2.1.
Ibu bapa akan menanda buku catatan yang
akan dibekalkan setiap kali selepas mengajar anak mereka membaca.
6.2.2.
Contoh buku catatan. (sila rujuk lampiran
E).
6.3.
Kelas Anjung
6.3.1.
Kelas Anjung merupakan kelas lanjutan
yang diberikan kepada murid yang belum menguasai sesuatu kemahiran pada tahap
sepatutnya.
6.3.2.
Pelaksanaannya dilakukan oleh guru
Prasekolah dan Pembantu Prasekolah selepas waktu persekolahan tamat. Ia
mengambil masa 5-10 minit sahaja.
7.0.
Tentatif Program Kilinik Cepat Membaca
7.45
pagi- pendaftaran ibu bapa
8.15
pagi-ibu bapa mengambil tempat
8.20
pagi-ucapan alu-aluan oleh Tuan Guru Besar
8.30
pagi- Ucapan wakil pensyarah dari IPG
8.45
pagi -oleh guru Prasekolah
8.50
pagi-Persembahan Slide show Program.
9.00 pagi- pagi-Program Klinik Cepat
Membaca
dijalankan.
9.30
pagi- Penyerahan bahan bacaan mengajar
kepada
ibu bapa (disampaikan oleh Puan Hasinah)
9.45
pagi- Majlis bersurai
8.0.
KOS PERBELANJAAN’
1 murid = RM 1
25 murid x RM1 = RM 25
9.0.
JANGKA
MASA PENCAPAIAN
4 bulan selepas
melancarkan aktiviti yang disarankan.
10.0.
PENUTUP
Program yang telah disarankan ini diharapkan
dapat dilaksanakan seperti dirancangkan. Berdasarkan kepada pengalaman kami,
program sebegini berjaya menyediakan murid yang menguasai kemahiran membaca
dengan cepat dengan bantuan yang telah diberikan oleh ibu bapa murid sekali. Akhir sekali, kami berharap program ini mendapat
perhatian dan pertimbangan serta kelulusan dari pihak tuan. Semoga projek ini akan berjalan dengan
jayanya seperti yang dirancang serta mencapai matlamat dan objektif yang telah
digariskan. Segala jasa baik dan
sokongan yang diberikan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Disediakan oleh:
………………………...............……….......
(PUTRI BALKISH
BTE MOHD YUSOFF)
(MOHD HISYAMUDDIN
BIN NASIR)
Guru Praktikum,
IPG Kampus Kota Bharu.
Disemak oleh:
............................................
(PN.HASINAH BT CHE
AMAT)
Guru Prasekolah,
SK Pulau Gajah,Pengkalan Chepa,Kota
Bharu.
Diluluskan oleh :
---------------------------------------
(EN.YUSUF BIN YAACOB)
Guru Besar,
SK Pulau Gajah,Pengkalan Chepa,Kota Bharu.
KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH
KEBANGSAAN
REKABENTUK KURIKULUM
Ciri utama Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan:
1. Kurikulum berasaskan standard
2. Kurikulum berbentuk modular
Kurikulum Berasaskan Standard
Tujuannya adalah untuk ekuiti dan
kualiti. Di mana ekuiti bermaksud semua murid diberi pendidikan yang sama dan
kualiti merujuk kepada bahawa semua murid perlu diberi pendidikan yang
berkualiti. Standard Kandungan merupakan pernyataan spesifik
tentang perkara yang patut murid tahu dan boleh lakukan dalam suatu tempoh
persekolahan. Ia merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard
Pembelajaran pula merupakan satu penetapan kriteria @ indikator
pencapaian dalam bentuk objektif tingkahlaku (behavioural) untuk memastikan
pencapaian setiap standard kandungan.
Kurikulum Berbentuk Modular
Merupakan satu kurikulum yang
kandungannya diorganisasikan dan seterusnya disampaikan dalam bentuk bahagian
atau unit (dinamakan modul). 2 jenis modul diwujudkan iaitu:
1. Modul Asas - terdiri dari komponen bahasa (BM/BI/BC/BT),
Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Permainan Luar dan Matematik.
2.Modul Bertema - iaitu modul bersepadu yang merangkumi
unsur-unsur dalam keenam-enam Tunjang dan juga unsur kreatif, kritis dan
inovatif. (modul ini dibina menggunakan isu kehidupan seharian kanak-kanak)
TUNJANG PEMBELAJARAN dalam KSPK
:
- Tunjang Komunikasi
- Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai
- Tunjang Kemanusiaan
- Tunjang Sains dan Teknologi
- Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika
- Tunjang Ketrampilan Diri
Penekanan dalam Kurikulum Standard
ini adalah supaya murid-murid prasekolah dapat menguasai 4M bukan
lagi 3M:
- Membaca
- Menulis
- Mengira
- Menaakul
Lampiran B
Lampiran C
LAMPIRAN D dan E
POKET SINI
4.0.
LAPORAN PROGRAM KLINIK CEPAT MEMBACA
ANAKKU
NAMA PELAKSANA : PUTRI BALKISH BINTI MOHD YUSOFF
NAMA PROGRAM : KLINIK CEPAT MEMBACA ANAKKU
NAMA PRASEKOLAH : SK PULAU GAJAH
TARIKH :11
OGOS 2011
MASA :09.45-9.45
PAGI
Latar belakang program
Saya telah sepakat dengan rakan
seperjuangan, Mohd Hisyamuddin Nasir untuk melaksanakan program ini. Sebenarnya
program ini adalah program serampang dua mata. Kami mahu meneruskan usaha kami pada praktikum fasa 1
iaitu program membaca sempena masuk ke Tahun Satu. Program semester lepas
mendapat maklum balas yang positif dan pujian dari pihak pentadbiran, khususnya
PK1 dan Guru Besar. Kami telah mengahsilkan kertas kerja dan modul pelaksanaan.
Idea dan kerja kami ini dirancangkan akan diteruskan di prasekolah meskipun
sudah ketiadaan kami. Apa yang menyedihkan, PK1 telah berpindah ke Gua Musang
beberapa bulan selepas itu. Ini menyebabkan program tersebut tidak dapat
dilaksanakan memandangkan kehilangan “orang kuat” sekolah.
Kerja
kursus PRA 3110 ini menghendaki saya melaksanakan program prasekolah yang
melibatkan kerjasama ibu dan bapa. Pada
mulanya guru prasekolah saya merancang membuat satu majlis Hari Jadi. Kertas
kerja telah saya buat, namun ada beberapa kekangan seperti cuti mengejut pada
hari Khamis dan menghampiri bulan puasa telah menyebabkan program ini
dibatalkan.
Saya mengambil keputusan
berbincang dengan guru prasekolah untuk melaksanakan program membaca untuk
murid-murid yang lemah. Beliau bersetuju dan menyokong usaha kami .saya mencari
seberapa banyak bahan di internet mengenai program membaca kanak-kanak
prasekolah. Ternyata bahan yang sangat membantu adalah terhad. Saya bertekad
untuk membuat modul sendiri bersama-sama Hisyam. Saya telah memperbaiki kertas
kerja lama untuk disesuaikan dengan program baru ini.
Perbincangan dan kolaborasi
Saya dan Syam telah berbincang dengan
Guru Prasekolah, Guru Besar, Jurulatih Utama Prasekolah iaitu Pn.Siti Mariam
dan Pn.Norsiah ketika pemantauan prasekolah berbintang. Perbincangan dengan Guru
Besar sememangnya memberikan banyak motivasi kami. Guru Besar sangat berbangga
dengan usaha yang ingin kami laksanakan ini dan telah memberi sedikit sebanyak
idea beliau dalam proses penambahbaikan kerja. Perbincangan bersama JU dan Guru
Prasekolah juga banyak mendapat tindak balas positif. Pn.Norsiah sangat
bersetuju dengan kertas kerja kami dan telah menyemak bahan-bahan serta
instrumen diagnostik yang telah kami lakukan. Alhamdulillah, semuanya berjalan
dengan lancar dan mendapat respons yang jauh lebih baik daripada jangkaan kami.
Persediaan program
Membukukan buku modul
Kami terlalu sibuk pada minggu ini.
Setelah saya berhempas pulas menyiapkan kertas kerja dan telah mendapat
kelulusan, saya memperbaiki buku modul yang akan diserahkan kepada ibu bapa
nanti. Buku modul ini telah disalin cetak dan dibukukan.
Susun atur tempat
Kelas disusun atur
mengikut kesesuaian program. Kami menempatkan ibu bapa dan murid duduk di atas
karpet untuk keselesaan. Manakala Guru Besar serta barisan guru duduk di atas
kerusi sesuai dengan majlis formal.
Papan layar dan projektor
Kami telah membuat
surat permohonan pinjaman papan layar dan projektor. Percubaan sistem telah
dilakukan sehari sebelum program.
(Rujuk Lampiran)
Surat jemputan ibu bapa
Surat jemputan
kepada ibu bapa telah dikirim melalaui anak mereka sendiri.
(Rujuk Lampiran)
Pembikinan slide dan video
Saya mengambil tugasan menyiapkan persembahan
slide untuk hari esok. Selain mempermudahkan taklimat,ini juga penting bagi
menarik perhatian audiens dalam sesi taklimat nanti.
Semasa program
Berikut adalah tentatif program :
7.45 pagi- pendaftaran ibu bapa
8.15 pagi-ibu bapa mengambil tempat
8.20 pagi-ucapan alu-aluan oleh Tuan Guru Besar
8.30 pagi- Ucapan wakil pensyarah dari IPG
8.45 pagi -oleh guru Prasekolah
8.50 pagi-Persembahan Slide show Program.
9.00 pagi- pagi-Program Klinik Cepat Membaca dijalankan.
9.30 pagi- Penyerahan bahan bacaan mengajar kepada ibu bapa
(disampaikan oleh Puan Hasinah)
9.45 pagi- Majlis bersurai
Saya menyediakan keperluan-keperluan pada pagi ini iaitu memastikan
projektor beraksi dengan baik dan lancar. Susun atur dipantau agar kelihatan
lebih sempurna. Kehadiran ibu bapa disambut dengan salam dan senyuman daripada
pihak kami. 07.45 pagi adalah masa untuk ibu bapa mendaftar. Keadaan jelas
menunjukkan hanya para ibu yang datang. Terdapat dua orang ibu bapa murid tidak
dapat hadir kerana masalah kesihatan. Namun kehadiran ibu bapa lebih baik
daripada yang dijangkakan.
Pada hari itu, saya memegang dua tugas pada satu masa iaitu sebagai
pengerusi majlis dan juruteknikal. Boleh dikatakan saya agak terkejar-kejar
tetapi saya dapat mengatasinya. Rasa gementar tetap ada ketika mengacarakan
majlis. Sesi mempengerusikan majlis tetap berjalan lancar meskipun tanpa teks
MC.
Ucapan alu-aluan Guru Besar membuka gerbang program ini. Banyak ilmu
yang diselitkan dalam ucapan alu-aluannya termasuklah serba sedikit menganai
program ini. Alhamdulillah,respons yang baik jelas tergambar daripada riak
wajah ibu-ibu ini. Terlihat dari senyuman mereka menggambarkan betapa besarnya
harapan mereka ingin mendapatkan sesuatu dalam program ini.
Ucapan
diteruskan dengan ucapan Guru Prasekolah selaku tuan rumah yang mengizinkan
kami melaksanakan program ini di prasekolah jagaannya. Beliau yang merupakan
anak jati kampung ini sedikit banyak dapat membantu kami membina hubungan
dengan masyarakat di sini khususnya ibu bapa murid. Kepercayaan masyarakat
kampung terhadap beliau telah sedia terbina dan ini memudahkan kami untuk
melaksanakan program bersama masyarakat. Di sinilah saya dapat melihat rupa ibu
yang persis anak mereka. Bak kata pepatah “mana tumpahnya kuah kalau tidak ke
nasi”. Jika anak ini kelihatan kemas ke sekolah, begitu juga si ibu kelihatan
rapi. Senyuman mereka juga seiras manisnya. Sebaliknya 2 orang murid bernama
Adam Firdaus dan Adam Haris tidak dapat hadir bersama ibunya kerana masalah
yang tidak dapat dielakkan. Kedua-dua murid ini bukan sahaja tidak dapat
mengenal huruf tetapi salah seorang daripadanya tidak mahu membuka mulut apabila
ditanya. Saya terasa agak terkilan dengan ketidakhadiran mereka pada program
hari ini.
Penerangan seterusnya oleh Mohd
Hisyamuddin bin Nasir. Sifat mesra dan peramahnya telah menarik perhatian
audiens pada masa itu. Tambahan pula kelebihannya bercakap dialek kelantan
dapat memonopoli program itu sepenuhnya. Secara keseluruhannya para ibu mendengar
penerangan ini dengan baik. Penerangan berbantukan LCD projektor juga dapat
memberi pengalaman baru pada masyarakat kampung Pulau Gajah ini. Taklimat
tentang peranan ibu bapa juga ditekankan di sini kerana program ini adalah
melibatkan 70% penglibatan ibu bapa dan murid berbanding hanya 20% peranan kami
dan guru prasekolah dan selebihnya adalah peranan PK1 dan Guru Besar sebagai
pemantau projek. Di sini kami telah tekankan kepentingan peranan ibu bapa dalam
memndidik anak mereka adalah lebih berkesan daripada orang lain yang mendidik.
Beberapa teori dan kajian telah
dijelaskan kepada ibu bapa ini mengenai penglibatan ibu bapa dalam kejayaan
anak mereka. Teori Arnold (2008) dan Izzo et al. (1999) menunjukkan bahawa
penglibatan ibu bapa yang lebih tinggi menentukan pecapaian akademik
kanak-kanak yang tinggi. Manakala Conway (2003) menyatakan penglibatan ibu bapa
perlu lagi digalakkan kerana memberi kesan yang mendalam terhadap perkembangan
sosial dan kejayaan akademik kanak-kanak. Ini telah membuktikan bahawa
penglibatan ibu bapa dalam menetukan kejayaan anak adalah besar. Satu lagi dapatan
Marcon (1999) juga menyatakan bahawa penglibatan ibu bapa yang lebih tinggi dan
jenis penglibatan yang lebih aktif berkaitan dengan kemahiran berbahasa kanak-kanak
yang lebih baik, perkembangan sosial, motor, dan adaptif yang lebih baik. Ini
sudah cukup membuktikan kepentingan penglibatan ibu bapa dalam akademik anak
mereka adalah sangat penting.
Kami menerangkan teori ini kerana kami yakin bahawa ada ibu bapa yang terdetik
untuk mempersoalkan peranan guru sebagai pendidik. Kami bersedia untuk
mendengar soalan seperti ini
“Apa guru lakukan di sekolah? Padahal
kami menghantar anak kami ke sekolah untuk belajar membaca. Tetapi mengapa kami
perlu terlibat sama?”
Ini adalah soalan yang saya
jangkakan akan ada. Jangkaan meleset apabila mendapati para ibu tidak
bertanyakan sebarang soalan. Kami menganggap mereka telah faham tentang apa
yang telah disampaikan.
Dalam penerangan ini juga diterangkan konsep prasekolah seperti apa itu
prasekolah, pendekatan yang digunakan, penempatan murid mengikut umur dan
tunjang-tunjang yang diajar di prasekolah. Ini penting bagi memberi pendedahan
kepada ibu bapa tentang kepentingan prasekolah. Selain itu ibu bapa difahamkan
tentang kepentingan bermain, berlakon, menyanyi dan melukis. Ibu bapa khususnya
masyarakat kampung perlu mengetahui bahawa proses pembelajaran kanak-kanak adalah selaras dengan KSPK iaitu Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan yang mempunyai enam tunjang utama. Dan tunjang-tunjang
inilah yang diserapkan kepada kanak-kanak prasekolah melalui pendekatan
bermain, projek, inkuiri dan lain-lain. Perkara yang lebih menarik lagi,
kanak-kanak prasekolah telah diminta menyanyi lagu “di sini senang,di sana
senang” beramai-ramai. Walaupun mungkin ibu bapa mengaggap ‘menyanyi’ adalah
perkara yang kecil dalam pendidikan, namun kami menekankan bahawa menyanyi
adalah sebahagian cara kanak-kanak belajar.
Penerangan buku Klinik Cepat Membaca Anakku
Ibu
bapa diedarkan sebuah buku modul. Tunjuk cara penggunaan buku modul juga
diterangkan secara berperingkat. Kami menekankan kaedah membaca konvensional
iaitu kaedah abjad yang telah digunakan sekian lama. Para ibu juga diingatkan
agar tidak melangkau bahan bacaan ini melainkan telah menguasai kemahiran
sebelumnya. Kaedah masteri digunakan dalam modul kami agar kanak-kanak belajar
daripada mudah ke sukar. Selain itu dapat mengaitkan pengetahuan sedia ada
dengan yang baharu. Sebagai contoh aktiviti membunyikan suku kata tertutup.
Murid perlu menguasai suku kata terbuka dahulu barulah mempelajari suku kata
tertutup. Seperti ba ( suku kata terbuka),bas(suku kata tertutup).
Dalam buku modul ini juga terdapat
gambar kartun dan dialog yang memberi kata-kata semangat seperti Tahniah,anda
telah menguasai ABC. Ini dapat memotivasikan anak mereka di samping memberi
peringatan kepada ibu bapa agar tidak kedekut memuji anak mereka. Saya juga
menggunakan nama murid yang sudah pandai membaca sebagai bahan bacaan buku ini.
Sebanyak 10 kekerapan bacaan yang perlu
ditanda dalam buku ini. Ibu bapa hendaklah menanda (X) pada ruangan 10 kali
baca. Ini bermaksud kanak-kanak hendaklah mengulang sesuatu bahan bacaan
sebanyak 10 kali berturut-turut. Pembelajaran dikira berjaya setelah anak dapat
membaca dan mengulangi benda yang sama sebanyak 10 kali. Idea ini telah
diberikan oleh Tuan Guru Besar yang baik hati dan tidak lokek berkongsi idea.
Ibu bapa juga diterangkan bahawa mereka perlu perlu menyerahkan buku tersebut
kepada Guru Prasekolah setiap hari Khamis untuk semakan dan komen.
Selepas
sesi taklimat tamat, sesi soal jawab dibuka kepada ibu bapa yang ingin
mengajukan soalan. Namun tiada sebarang soalan diajukan. Kami hanya
menggalakkan ibu bapa tidak segan untuk mengadu dan bertanya kepada guru di
sekolah jika terdapat masalah. Majlis diakhiri dengan dan penyerahan
cenderahati kepada Guru Besar, Guru Prasekolah dan Ibu bapa yang sudi hadir
pada hari itu. Tirai majlis ditutup dengan surah Al-Ikhlas dan sesi bergambar.
Para ibu nampak senang dalam aktiviti bergambar dan sememangnya program ini
dapat mengeratkan lagi hubungan guru, ibu bapa dan murid.
Selepas
Kami
sibuk mengemas semula barang-barang yang dipinjam dan mengatur semula kelas ke
keadaan asal. Perasaan penat berbaur dengan rasa gembira dan lega. Saya berasa
program ini lebih bermakna daripada program Hari Jadi yang dibatalkan tempoh
hari. Menjelang hari Ahad, awal persekolahan minggu depan iaitu bersamaan
14.07.2011, saya mendapati murid bernama Airil Zuprie telah dapat membatangkan
suku kata terbuka dengan lancar. Hal ini membuatkan saya berpaling beberapa
kali ke arahnya untuk mendapatkan kepastian. Apabila saya bertanya kepada murid
ini siapa yang mengajar menyebut suku kata, dia menyebut ibu dan abangnya
mengajar di rumah. Sudah pasti hubungan anak-beranak lebih bermakna jika
sesuatu perkara dilakukan bersama-sama.
Beberapa murid lain mjenunjukkan perubahan positif yang agak perlahan.
Namun saya yakin jika penglibatan ibu bapa berterusan akan memberi kesan yang
positif kepada anak mereka.
Daripada tugas sebagai pembina modul berpindah kepada tugas seorang
pelajar. Saya masih mengumpul bahan untuk dijadikan bahan bacaan yang membantu
saya mengajar kanak-kanak lebih cepat membaca. Teknik KUMON yang berasal dari
luar negara telah mula bertapak di Malaysia. KUMON yang lebih tertumpu kepada
pembelajaran masteri sama seperti bahan yang telah saya rancangkan dalam modul
ini.
Usaha menyiapkan laporan kerja kursus dilakukan lebih mudah memandangkan
saya hanya perlu mengingat dan merangka isi laporan. Pemprosesan maklumat
dilakukan dengan kadar agak cepat memandangkan semua bahan telah ada. Namun
kekangan masa tetap memaksa saya melakukannya secara cepat dan sempurna.
Keperluan program
Program ini dijalankan bertujuan
mengeratkan hubungan guru, ibu bapa dan murid dalam akademik murid itu sendiri.
Program ini penting memandangkan murid enam tahun bakal ke tahun satu pada
tahun hadapan. Kesedaran daripada tahap kemahiran mambaca yang lemah dalam
kalangan murid ini menyebabkan saya melaksanakan program ini. Saya percaya
tidak ramai rakan-rakan lain yang memilih untuk melakukan projek seperti ini.
Namun saya merasakan ini adalah pelaburan masa panjang. Dan sudah pasti Guru
Besar serta Guru Prasekolah bersetuju dengan program yang kami jalankan ini.
Tujuan utama program ini adalah menyediakan murid yang boleh membaca sebelum
masuk ke Tahun Satu. Penglibatan ibu bapa juga adalah satu penyelesaian yang
difikirkan sesuai dengan matlamat program ini. Sekurang-kurangnya ibu bapa
mereka tahu tentang kelemahan anak mereka dalam membaca. Dan mungkin ada yang
dapat menyelami perasaan guru yang mengajar membaca dan berfikir ‘bukan mudah
mengajar membaca kepada anak’. Di samping melayan drama Melayu di kaca
televisyen, ibu boleh mengajar anak mereka membaca. Walaupun sekejap namun ibu
bapa harus menjadikan masa keluarga itu berkualiti dan harus diisi dengan
aktiviti yang berfaedah. Secara tidak langsung dapat memupuk budaya membaca
dalam komuniti keluarga.
Kelebihan program
Banyak kelebihan yang diperolehi daripada
program ini. Saya dapat mengenali para ibu murid dengan lebih dekat serta
membaca personaliti mereka. Program ini juga memupuk nilai kasih sayang bukan
sahaja antara ibu bapa dan murid, tetapi juga warga sekolah SKPG. Program ini
dapat melahirkan murid yang boleh membaca seperti Aiman dan Daniel(murid yang
sudah menguasai membaca). Program ini juga dapat melibatkan hubungan ibu bapa,
murid dan guru secara berpanjangan berbanding dengan Majlis Sambutan Hari Jadi
atau Hari Bakat atau Kebun sains. Ini kerana tiada satu pun ibu bapa yang
sanggup melihat anaknya tidak pandai membaca. Jadi ibu bapa akan berusaha
mengambil masa untuk mengajar anak mereka walaupun tidak lama. Hubungan ibu dan
anak yang semakin akrab akan menambah rasa harga diri. Tambahan pula jika ibu
bapa memberi pujian dan ganjaran kepada anak mereka apabila berjaya menguasai
sesuatu unit modul. Si anak juga lebih merasa diberi perhatian jika ibu bapa
mengajar mereka dengan kasih sayang. Kekuatan program ini juga terletak kepada
sesi penerangan yang dijalankan oleh Syam yang begitu menyakinkan para ibu dan
murid. Boleh dikatakan semua ibu senang dengan cara beliau. Kawalan murid
prasekolah juga sentiasa dipantau dari masa ke masa agar tidak menganggu
majlis. Penggunaan bahan elektronik sebagai bahan persembahan dapat menarik
tumpuan audiens. Mungkin ini adalah perkara baharu bagi masyarakat Pulau Gajah
dan mungkin tidak. Namun animasi serta warna yang menarik dapat menarik
perhatian audiens. Gambar anak-anak mereka semasa proses pengajaran dan
pembelajaran juga dipersembahkan. Semua ibu yang hadir serta tetamu VIP
dihadiahi buah tangan kurma eklusif habatus sauda yang ditaja oleh pembantu
prasekolah yang dermawan. Bukti kekuatan program ini adalah ada antara ibu yang sudah berani datang
ke prasekolah mendekati anaknya semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan. Ini menunjukkan kesedaran didalam diri ibu bapa bahawa pentingnya
penglibatan ibu bapa dalam mencorakkan kejayaan anak- anak.
Kelemahan
Mungkin rupa buku ini tidak menarik
kerana difotostat. Penggunaan unit juga tidak jelas iaitu saya tidak
mengasingkan satu unit dengan satu unit yang lain dalam muka surat yang
berasingan. Saya juga berasa agak kurang bersedia ketika menjadi pengerusi majlis
dan menjadikan majlis ini santai dan bersahaja. Saya tidak menyelitkan pantun
pada setiap agenda baru. Sebaliknya hanya kata alu-aluan yang biasa digunakan
dalam majlis. Majlis juga dilakukan secara ringkas sahaja memandangkan audiens
yang kurang 30 orang. Murid yang berada di kawasan hadapan V.I.P agak menganggu
program. Kadang-kala mereka tidak dapat duduk diam dan mengusik antara satu
sama lain. Ini menyebabkan mereka bising dan hilang kawalan. Saya berasa agak
kecewa apabila video yang saya hasilkan tidak dapat dimainkan semula dalam
format mediafile. Sepatutnya video ini akan dimainkan esok. Saya tidak dapat
menukar format video ini kerana terlalu banyak kerenah teknologi yang
memeningkan.
Penambahabaikan
Mungkin saya boleh meminta sponsor
daripada pihak sekolah ingin mencetak buku ini berwarna bagi tujuan daya
penarik. Pembantu prasekolah juga sebaik-baiknya duduk bersama murid-murid bagi
memudahkan kawalan murid. Saya juga telah menggantikan video dengan
gambar-gambar murid prasekolah yang diselitkan di persembahan power point. Sebagai
penambahbaikan pada masa akan datang, saya akan membuat modul ini lebih
sistematik dengan meletakkan nombor unit pada setiap kemahiran yang perlu
dikuasai. Pada masa akan datang juga saya harus menyelitkan pantun pemanis ayat
untuk menyerikan lagi sesuatu majlis. Saya juga harus lebih bersedia dan cekap
mengandalikan majlis formal supaya kelihatan lebih yakin dan mengurangkan
kesilapan dalam mengacarakan sesuatu majlis.
5.0.
Refleksi kendiri
Penerimaan
tugas pada sebulan lepas menggambarkan kesibukan saya semakin bertambah.
Komitmen terhadap persiapan fail dan praktikum semakin dibebankan dengan
tugasan yang agak rumit apabila tugasan menghendaki saya mengadakan satu
program prasekolah bersama penglibatan ibu bapa. Hati berasa lega apabila guru
prasekolah ingin merancang majlis Hari Jadi di Taman Perbandaran Tengku Anis.
Namun rancangan ini telah dibatalkan setelah saya menyiapkan kertas kerja yang
lengkap kerana cuti mengejut pada hari program dan menghampiri bulan puasa.
Setelah kecewa dengan kejadian tersebut, saya dan rakan seperjuangan, Mohd
Hisyamuddin telah berbincang dan bersepakat untuk mengadakan program yang lebih
baik. Nasihat dan pendapat yang diberikan oleh Pensyarah Pembimbing yang
mengatakan bahawa “lakukan program yang luar daripada kebiasaan” membuatkan
saya tiba-tiba berfikir mengenai program membaca. Pada semester lepas, di
sekolah yang sama;saya telah menghasilkan kertas kerja mengenai program
persiapan ke Tahun Satu. Dalam kertas kerja ini saya mengusulkan beberapa
cadangan kepada sekolah untuk mengadakan kelas Anjung, program Buddi(Budaya
Didik Diri) dan anak angkat bagi usaha mewujudkan murid prasekolah yang boleh
membaca. Ini adalah tugasan yang diberikan oleh Guru PK1,Tuan Said. Hari
praktikum terakhir pada semester lepas, Guru Besar dan PK1 telah membuat satu
jamuan untuk semua guru. Alangkah terkejutnya saya apabila kertas kerja ini
dijadikan salah satu agenda jamuan pada hari itu. Ini menunjukkan betapa
besarnya penghargaan pihak pentadbiran terhadap usaha saya.
Saya
telah mengedit semula kertas kerja yang sedia ada untuk disesuaikan dengan
program baru ini. Saya sangat bersemangat dalam melaksanakan tugasan ini, namun
terlalu banyak tugasan yang saya pikul baik belakang dan depan tabir. Secara
jujurnya saya banyak melakukan kerja-kerja belakang tabir seperti penyediaan
bahan modul, pencarian kaedah sesuai membaca, membuat diagnosis, kertas kerja
yang perlu diperbaiki beberapa kali dan persembahan slide power point dan
video. Saya tersepit dengan dengan tugasan Buku Rancangan Mengajar yang
memerlukan komitmen yang tinggi juga. Jadi, saya terpaksa bersengkang mata
sehingga lewat malam. Saya merasakan Ramadhan tahun ini menuntut banyak
kesabaran. Sehinggakan saya tidak larat melakukan sunat Tarawikh pada setiap
hari. Namun ada kalanya saya gagahkan diri merebut peluang Ramadhan yang datang
hanya setahun sekali sahaja. Badan terasa sungguh lesu dan sakit sehinggakan
terpaksa menahan diri daripada minum minuman sejuk untuk mengelakkan
kemudaratan. Dengan keadaan yang sakit belakang akibat membuat RPH dan
kerja-kerja menaip, saya terpaksa meneruskan juga usaha itu. Saya sudah tiada
masa lagi untuk melengahkan masa. Namun saya ada sesekali keluar bersama
rakan-rakan untuk menghilangkan bosan dengan tekanan kerja. Saya percaya akan
lebih segar dan bertenaga setelah berehat beberapa jam tanpa mengusik kerja.
Dan kemudian meneruskan semula kerja-kerja tertangguh. Kesannya saya lebih
banyak idea untuk menulis dan memperbaiki kelemahan tugasan. Di sini saya dapat
mengurus tekanan dengan lebih baik dan positif. Begitu juga dalam dunia guru
yang sebenar, pasti lebih banyak rintangan yang perlu diharungi. Saya perlu
lebih bijak dalam menjadikan suatu cabaran dan masalah menjadi peluang dan
idea.
Pencarian
bahan pada awal-awal mendapat tugasan boleh dikatakan sukar. Tetapi saya tidak
berputus asa mencarinya pada hari-hari berikutnya. Alhamdulillah, saya
memperolehi bahan yang saya cari. Namun tidak semua bahan dapat membantu
sepenuhnya. Saya perlu bijak mengambil serba sedikit ‘point’ dan ‘mix’ kesemua
bahan ini. Banyak bahan yang diperolehi dalam Bahasa Inggeris termasuk buku
rujukan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Saya hanya menterjemah keseluruhan ayat
bagi memudahkan kerja dan tidak terlalu terikat dengan ayat yang skema. Saya
akui kerja mengalih bahasa bukan satu perkara yang digemari oleh guru pelatih
seperti saya. Namun, bahan bacaan dalam Bahasa Melayu sangat terhad. Ini
memaksa saya lebih proaktif dan menjadikan masalah ini sebagai satu peluang
untuk saya lebih jinak dengan bahasa asing. Tambahan pula, Bahasa Inggeris
sangat penting selepas Bahasa Kebangsaan dan perlu dikuasai oleh setiap
pelajar. Saya memasang cita-cita untuk
melanjutkan pengajian ke tahap lebih tinggi. Dan saya percaya bahawa saya akan
menghadapi masalah pada masa akan datang jika tidak membiasakan diri dengan
Bahasa Inggeris dari sekarang.
Dua
hari sebelum pelaksanaan program, pemantauan prasekolah berbitang telah
dilakukan oleh JU QIT Pengakalan Chepa. Pn.Norsiah masih mengenali wajah saya
walaupun hanya berjumpa sekali di sekolah beliau pada Program Bina Insan Guru
Semester ini. Saya menggunakan peluang ini untuk berbincang dan bertukar
pendapat bersama beliau serta rakannya, Pn.Siti Mariam. Keadaan menjadi kecoh
dengan kemesraan dan sikap bersahaja yang dirujukkan oleh mereka. Saya begitu
senang dengan cara kerja dan idea yang diberikan oleh mereka. Kertas kerja kami
mendapat pujian daripada mereka. Beliau juga mencadangkan agar kami memilih
tajuk ini sebagai tajuk tesis pada masa akan datang. Sebenarnya saya sudah
merancang dari awal lagi untuk menjadikan tajuk tugasan sebagai kajian lanjutan
untuk pada masa akan datang. Oleh itu,ini adalah tapak permulaan saya bagi
meneruskan langkah seterusnya. Ini juga adalah satu eksperimen untuk saya
melihat keberkesanan program ini kepada kanak-kanak yang belum mengenali huruf
dan membatangkan suku kata. Saya juga merancang ingin melakukan program ini di
prasekolah yang bakal saya praktikum pada tahun hadapan.
Pada hari saya mempengerusikan majlis, saya tidak merasakan penggunaan
teks pengacaraan majlis itu sangat penting. Saya hanya mencatat senarai pemberi
ucapan dan tentatif program yang penting sahaja di kertas kecil. Walaupun pada
hakikatnya saya gementar dan takut melakukan kesilapan. Saya hanya berfikir
bahawa “audiens hanya ingin mendengar saya bercakap dan bukannya mencari
kesalahan saya”. Itulah kata-kata En.Aminuddin (jabatan Bahasa Melayu) sewaktu
sesi kuliah di semester 2 tahun persediaan yang masih tersemat segar di
ingatan. Mungkin saya boleh memperbaiki kemahiran berucap dengan menyelitkan
pantun sebagai pemanis kata pada masa yang lain.
Masalah teknikal juga berlaku pada awal-awal pagi di saat saya sedang
menyambungkan peralatan di laptop. Masalah berlaku apabila imej yang
dipancarkan di papan layar tiada ‘item button’. Guru IT yang berusaha mulai
temui jalan buntu,manakala saya bertekad untuk tidak menggunakan persembahan
slide sebagai tanda kecewa. Namun beberapa saat kemudian, keadaan menjadi baik.
Saya telah melakukan setting pada ‘control pannel’ dan mencuba semua butang
fungsi. Dengan bangganya saya berjaya melakukan perkara yang tidak diketahui
oleh Guru IT. Adakalanya kita tidak boleh berdiam diri walaupun sesukar manapun
masalah itu. Ini mengajar saya untuk melakukan sedaya upaya usaha menyelesaikan
masalah. Hati saya mulai lega dan fokus terhadap perjalanan program seterusnya.
Dalam usaha menyiapkan kerja kurusus ini pula, saya dikejutkan dengan
berita pecah rumah yang terletak selang sebuah rumah saya. Saya sebenarnya
sudah merasakan sesuatu pada malam itu. Saya berusaha tidak mahu tidur kerana
risau dengan keselamatan saya dan harta saya. Tambahan pula,saya keseorangan di
rumah. Rakan serumah saya semuanya junior semester 4 dan telah pulang ke
kampung minggu lepas kerana tugasan SBE. Alhamdulillah,saya dalam keadaan baik
dan saya percaya Allah ada untuk melindungi saya. Saya buang semua masalah itu
untuk fokus kepada tugasan tetapi masih ada sisa-sisa kebimbangan itu. Saya
mengambil keputusan untuk bermalam di rumah Wani yang terletak agak jauh.
Mungkin ada hikmah semua ini. Mungkin dengan cara ini, saya akan dapat
berkongsi idea dan bahan dengan mereka semua dalam melaksanakan tugasan. Serba
sedikit dapat mengurangkan rasa bimbang terhadap keselamatan saya. Saya membawa
barang-barang berharga di dalam kereta juga sebagai langkah persediaan. Fikiran
saya agak terganggu dengan keadaan yang terjadi. Namun saya hanya berusaha dan
bertawakal kepada Allah. Mungkin inilah perkara yang saya perlu hadapi pada
masa akan datang. Bukan ini yang saya minta,tetapi maklumlah ramai guru yang
dihantar ke kampung-kampung pedalaman dan duduk seorang diri. Tambahan pula,
ada yang anak dara menambah rasa risau dalam diri keluarga dan tuan diri. Saya
perlu bersedia dengan keadaan ini semua jika takdir tertulis begitu.
Banyak perkara yang saya pelajari daripada pelaksanaan tugasan ini.
Kerjasama dengan ramai orang sangat baik. Proses percambahan minda hasil
kolaborasi daripada pihak-pihak yang berpengalaman semestinya menjadikan saya
sebagai seorang yang matang. Saya juga banyak bekerjasama dengan rakan
seperjuangan saya, Mohd Hisyamuddin. Saya akui banyak percanggahan pendapat dan
selisih faham antara kami berlaku. Tetapi kami selalu berbincang dan meluahkan
perasaan tidak puas hati antara satu sama lain. Kami cuba mencari jalan
penyelesaian terbaik. Kami mempunyai kelebihan masing-masing.
Alhamdulillah,kami dapat bersatu dengan saling melengkapi kekurangan
masing-masing. Dalam kerja kumpulan, persamaan bukanlah perkara terpenting
dalam menjayakan sebuah tugas. Tetapi apa yang penting bagi saya bagaimana
proses penyerapan dan penambahbaikan itu berlaku sehingga menghasilkan tugasan terbaik. Saya banyak belajar mengawal
perasaan tertekan dan kecewa sejak kebelakangan ini. Saya sedari bahawa
perasaan marah hanya akan membawa masalah lain yang lebih buruk. Jadi, saya
akan bertenang dan berfikir secara relevan.
Setelah melaksanakan tugasan ini,kepercayaan saya kepada kelebihan
penglibatan ibu bapa dalam menghasilkan anak yang berpotensi lebih mendalam.
Baru sahaja 3 hari melaksanakan tugasan ini, Airil Zupri yang sebelum ini belum
menguasai kemahiran huruf, telah dapat membaca suku kata seperti ‘ca’,’ci’,’co’,’cu’
dan ‘ce’. Inilah bukti bahawa penglibatan ibu bapa dalam perkembangan anak
sangat penting. Saya merasakan program ini telah berjaya kesan daripada
kebolehan membaca ini. Perasaan gembira dan terharu tidak dapat digambarkan
dengan kata-kata. Inilah perasaan seorang guru yang mula bercambah dalam jiwa
saya. Saya yakin banyak lagi peluang untuk saya curahkan idea dan tenaga kepada
anak didik pada masa akan datang. Saya berharap saya akan terus bersemangat
menghadapi dunia guru pada masa akan datang.