1.0.
Pengenalan
Dalam tugasan PRA 3111, saya dikehendaki menerangkan
kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak prasekolah. Dan
bagaimana cara ini dapat membantu guru dalam mengukuhkan kefahaman tentang
konsep, objektif dan prinsip-prinsip penaksiran dan penilaian perkembangan
kanak-kanak. Dalam tugasan ini juga saya akan menerangkan maksud membuat
penilaian secara berterusan dan teknik-teknik penaksiran dan penilaian dalam
penilaian berterusan.
Satu instrumen senarai semak lengkap juga
akan dihasilkan dalam kerja kursus ini berdasarkan rujukan dan pemerhatian
dokumen KSPK. Instrumen ini akan mempunyai maklumat sepuluh item kognitif,
sepuluh item kognitif dan sepuluh item psikomotor.
Tugasan ini adalah persediaan dan
pendedahan kepada saya melaksanakan penilaian kepada murid prasekolah.
Penilaian dan pentaksiran adalah satu perkara yang penting yang harus dibuat
dalam pendidikan prasekolah.
2.0.
Kepentingan
penaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak prasekolah.
Penaksiran dan
penilaian perkembangan kanak-kanak prasekolah penting kerana membantu mengesan
perkembangan seseorang murid itu dan mengenal pasti pelbagai potensi murid
secara menyeluruh.
Selain itu ia juga sebagai alat untuk mengesan
kelebihan dan kelemahan murid dalam pembelajaran dari semasa ke semasa. Ia juga
dapat membantu guru dalam mengenal pasti keberkesanan seseuatu pengajaran. Selain itu, guru juga dapat menggunakan penaksiran dan penilaian
sebagai medium untuk merangsang aktiviti mengikut keperluan dan pertumbuhan
murid serta mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur
mereka.
Pentaksiran dan
penilaian juga penting bagi menyediakan program atau aktiviti yang selanjutnya
yang sesuai diberikan kepada murid prasekolah. Aktiviti tersebut adalah sama
ada aktiviti pemulihan untuk murid yang lemah, aktiviti pengukuhan untuk yang
menguasai dan aktiviti pengayaan bagi mereka yang sudah mahir. Ketiga-tiga
tahap ini mempunyai tahap kesukaran yang berbeza-beza mengikut tahap murid.
Penilaian dan pentaksiran juga berperanan untuk menjadi asas membuat laporan
kepada ibu bapa. Melalui pentaksiran dan penilaian ini juga murid dapat menilai
diri mereka sendiri. Dengan ini mereka akan berusaha memajukan diri melalui
aktiviti yang disediakan.
3.0.
Idea-idea
mengukuhkan kefahaman tentang konsep, objektif dan prinsip penaksiran dan
penilaian.
Secara umumnya penaksiran adalah
proses membuat keputusan berdasarkan peraturan atau piawaian manakala penilaian
pula melibatkan pengumpulan maklumat,merekodkan ,menganalisis dan melaporkan
berdasarkan data yang diperoleh . Penaksiran dan penilaian adalah proses pengumpulan maklumat tentang
perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. la
merupakan sebahagian daripada proses
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. la hendaklah
dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996
(Akta 550).
Secara
keseluruhannya penaksiran dan penilaian bertujuan untuk mengenalpasti
kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan
mereka. Hasil penaksiran dan penialain membolehkan guru mengambil tindakan
susulan yang berkesan dan seterusnya membantu guru mengembangkan potensi murid
ke tahap optimum dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.
Menurut Rohaty dan
Abu Bakar (1989), penilaian adalah suatu proses yang melibatkan beberapa
langkah utama atau proses yang berterusan untuk mencapai satu tujuan iaitu bagi
mendapatkan maklumat yang tepat dan mencukupi untuk membolehkan guru membuat
sesuatu keputusan yang dirasakan perlu. Langkah-langkah utama atau proses yang
dinyatakan sebelum ini dapatlah dirumuskan kepada tiga proses utama iaitu
proses yang pertama adalah merancang, proses kedua melaksanakan penaksiran dan
proses yang ketiga adalah merekod maklumat.
Dodge et. Al (1994), pentaksiran merupakan satu proses
pengumpulan maklumat tentang kanak-kanak dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan
perkembangan mereka yang dinilai melalui pemerhatian, dokumentasi dan tugasan
yang dilakukan kanak-kanak.
Dalam proses pertama
iaitu merancang, beberapa perkara penting haruslah diambil kira agar penilaian
dan penaksiran yang hendak dibuat berjalan dengan lancar dan sistematik.
Perkara-perkara berikut adalah yang pertamanya mengenal pasti murid
yang hendak dinilai, yang kedua
menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, yang ketiga menentukan
instrumen yang hendak digunakan, dan yang seterusnya adalah menentukan aspek
yang hendak diperhatikan, menentukan tempoh masa pemerhatian dan yang terakhir
menentukan waktu sesuatu penaksiran dan penilaian hendak dijalankan. Selain
itu, dalam proses merancang juga pembinaan instrumen perlu dititikberatkan.
Instrumen yang dibina seharusnya mempunyai ciri-ciri seperti tujuan yang jelas,
menepati apa yang hendak dinilai, item yang boleh diukur dan perlu diingatkan
bahawa setiap item hanya boleh mengukur setiap satu kemahiran sahaja.
Dalam proses kedua
iaitu proses melaksanakan penaksiran dan penilaian pula,
perkara penting yang perlu diberi
perhatian adalah bagaimana penaksiran dan penilaian dilaksanakan. Penaksiran
dan penilaian dalam pendidikan prasekolah hanya dapat dilakukan melalui
pemerhatian. Pemerhatian merupakan proses pengamatan terhadap segala pelakuan
murid yang bersesuaian dengan perkembangan mereka. Dalam konteks penilaian dan
penaksiran, pemerhatian merupakan satu kaedah yang sistematik untuk mengumpul
data atau maklumat agar dapat merekodnya dengan tepat kelak. Antara contoh-contoh rekod yang boleh
digunakan adalah Senarai Semak, Skala Kadar, Rekod Anekdot dan Rekod
Berterusan.
Objektif
Penilaian dan
pentaksiran mempunyai objektif mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan
pencapaian murid. Ia juga menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang
dan membina instrumen
penilaian. Ia juga sebagai satu alat untuk memberikan aktiviti yang sesuai pada tahap murid.
penilaian. Ia juga sebagai satu alat untuk memberikan aktiviti yang sesuai pada tahap murid.
Menurut Katz (1997) berpendapat
penaksiran dan penilaian di prasekolah betujuan untuk menentukan kemajuan dalam
pencapaian perkembangan yang utama,
membuat keputusan penempatan, membuat diagnosis masalah pengajaran dan
pembelajaran, membantu dalam membuat keputusan berkaitan pengajaran
dan
kurikulum, menjadi asas dalam membuat laporan kepada ibubapa dan
menolong
kanak-kanak tertentu dalam menilai kemajuan dirinya sendiri.
Antara objektif penaksiran dan penilaian yang penting adalah untuk mengesan perkembangan seseorang murid itu
serta mengenal pasti
pelbagai potensi murid secara menyeluruh. Selain itu ia digunakan
untuk
mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari
masa ke
semasa. Guru juga dapat mengesan keberkesanan sesuatu pengajarannya
melalui
proses penaksiran dan penilaian. Selain itu, guru juga dapat
menggunakan penaksiran
dan penilaian sebagai medium untuk merangsang aktiviti mengikut
keperluan dan
pertumbuhan murid serta mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan
peringkat
umur mereka.
Menurut Lihanna Borhan, dari tujuan penaksiran dan penilaian
berdasarkan garis
panduan Amalan Bersesuaian Perkembangan dalam pendidikan prasekolah,
dapatlah
disimpulkan bahawa penggunaan penilaian berbentuk ujian atau
peperiksaan bertulis
bukanlah satu kaedah yang sesuai di tahap ini. Sebaliknya, guru
prasekolah
seharusnya mengubah perhatian mereka ke arah penggunaan sistem
penilaian yang
lebih autentik.
Prinsip
James H. McMillan (2000) telah menyatakan
terdapat tiga utama prinsip penaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak.
Prinsip yang pertama adalah
maklumat tentang sesuatu penaksiran dan
penilaian itu haruslah jelas, boleh dipercayai dan boleh dicapai dengan telus.
Prinsip yang kedua pula adalah penaksiran dan penilaian seharusnya boleh dipercayai
dan konsisten. Prinsip yang terakhir pula adalah penilaian haruslah inklusif
dan adil.
Surayah dan Haslinda
(2009) pula menyatakan terdapatnya enam prinsip penaksiran dan penilaian.
Prinsip yang pertama adalah penaksiran dan penilaian seharusnya dijalankan
secara berterusan, sesuai dan dapat membantu perkembangan kanak-kanak. Hal ini
adalah selari dengan sifat perkembangan kanak-kanak itu sendiri iaitu
perkembangan adalah satu proses yang berterusan. Oleh itu, guru tidak seharusnya
menjalankan proses penaksiran dan penilaian hanya sekali atau dua sahaja. Ini
adalah supaya maklumat tentang sesuatu penaksiran dan penilaian perkembangan
kanak-kanak itu jelas, boleh dipercayai dan telus (James H. McMillan).
Prinsip yang kedua
adalah penaksiran dan penilaian haruslah mempunyai perancangan, strategi dan
instrumen penilaian yang berbeza-beza sesuai dengan setiap tujuan penilaian dan
hasil pembelajaran. Prinsip ini adalah menepati langkah melaksanakan penaksiran
dan penilaian yang iaitu langkah yang pertama adalah proses merancang, langkah
kedua melaksanakan penaksiran dan langkah yang ketiga adalah merekod maklumat
ke dalam instrumen penaksiran dan penilaian yang bersesuaian dengan aspek
perkembangan yang ingin dikaji. Sebagai contoh, Rekod Berterusan dapat
digunakan untuk merekod perkembangan fizikal kanak-kanak. Senarai Semak pula
merupakan instrumen yang terbaik digunakan kerana ianya mudah dan praktikal
untuk dikendalikan di samping banyak kemahiran-kemahiran lain yang boleh
dimasukkan secara serentak.
Prinsip penaksiran
dan penilaian yang ketiga adalah ia perlulah mempunyai kriteria-kriteria
penilaian perkembangan yang sesuai dengan objektif pembelajaran.
Prinsip yang seterusnya adalah ianya
harus memberikan manfaat dan bermakna dalam pengalaman harian kanak-kanak.
seterusnya, penaksiran dan penilaian juga hendaklah dilaksanakan secara tidak
formal, iaitu semasa kanka-kanak mengalami proses pembelajaran. Ini adalah
untuk mendapatkan hasil yang autentik dan tidak hanya seperti sebuah lakonan.
Jadi penilaian ini dilakukan secara telus. Prinsip yang terakhir pula adalah proses
penaksiran dan penilaian perlu dilaksanakan melalui pemerhatian dan dokumentasi
untuk membuktikan kesasihannya.
Bagaimana saya dapat mengukuhkan
kefahaman tentang penilaian dan penaksiran?
·
Melalui pembacaan. Pembacaan bahan rujukan
seperti buku terbitan PTS banyak mengeluarkan buku-buku Pendidikan Awal
Kanak-kanak. Buku terbitan luar Negara juga sangat banyak didapati serta
mempunyai isi yang padat dan berguna. Saya berusaha membaca banyak jurnal dan
laman web dalam laman sesawang melalui internet. Sebagai contoh laman web yang
baik adalah www.scribd yang banyak menghimpunkan bahan-bahan daripada pelbagai Negara.
·
Perbincangan dengan Guru Prasekolah amat
penting bagi memberi peluang kepada saya mendalami ilmu penaksiran dan
penilaian. Daripada konsep, objektif dan prinsip ini, saya akan bertanya dan
berbincang pelbagai soalan mengenai penilaian. Saya juga akan berbincang
tentang keberkesanan penilaian berterusan terhadap kanak-kanak prasekolah. Saya
juga berbincang dengan rakan-rakan untuk mencambahkan lagi pemikiran.
·
Melalui praktikal atau amali. Setelah melakukan
pembacaan dan perbincangan dengan pelbagai pihak terutama sekali Guru Prasekolah
dan Pensyarah, saya melakukan amali(tugasan). Saya lebih memahami
konsep,objektif dan prinsip kerana banyak masalah yang timbul hasil proses
penilaian ini. Implikasi serta cara penyelesaian masalah dapat dilakukan
melalui proses amali.
·
Melalui sesi kuliah saya juga dapat banyak
input daripada pensyarah. Ilmu pengetahuan yang diberikan pasti tepat dan sukar
diperolehi daripada orang lain.
·
Melalui pemerhatian saya juga dapat berfikir
secara mendalam. Melalui tingkahlaku kanak-kanak saya dapat menilai kelemahan
dan kekuatan pengajaran yang dilakukan. Sebagai contoh,saya perlu memberikan
pengajaran yang mengikut tahap murid supaya semua murid dapat merasai
pembelajaran yang berkesan.
4.0. Konsep penilaian
berterusan.
Penilaian
berterusan berlaku sepanjang masa dan tidak menunggu akhir proses untuk menilai. Konsep
membuat penilaian berterusan ialah penilaian yang dilakukan sepanjang masa
tidak kira masa tertentu. Ia bersifat formatif iaitu mengutamakan kemajuan
setiap murid dari satu peringkat ke peringkat. Ianya dilakukan pada setiap masa
iaitu tidak kira pada masa murid menjalankan pembelajaran, bermain, berbual dan
apa sahaja aktiviti murid akan dinilai. Penilaian bukanlah dilakukan pada masa
tertentu seperti di akhir bulan atau semester. Sebaliknya penilaian berlaku
sepanjang masa. Guru juga hendaklah membuat diagnostik bagi mengesan
perkembangan murid dari semsa ke semasa. Penilaian berterusan juga penilaian
yang dibuat untuk memberi peluang kepada guru memperbaiki kelemahan serta-merta
supaya kelemahan tidak terkumpul banyak. Di
prasekolah,penilaian dijalankan secara berterusan dan tidak formal bagi
memudahkan guru mengambil tindakan susulan.
Ini adalah antara pendapat
dua tokoh mengenai penilaian berterusan:
5.0.
Teknik penaksiran
dan penilaian secara berterusan.
Semua maklumat dalam proses 9i8m.Terdapat beberapa teknik merekod
maklumat yang diperoleh secara sistematik berkaitan perkembangan, kebolehan,
kemajuan dan pencapaian murid iaitu dengan menggunakan Senarai Semak, Skala
Kadar, Rekod Anekdot dan juga Rekod Berterusan.
Senarai semak adalah
senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti
perkembangan murid dari segi pengetahuan,
kemahiran, sikap dan kebolehan. Senarai item yang disediakan adalah untuk
menentukan sama ada sesuatu tingkah laku atau ciri ada atau dapat diperhatikan,
sesuatu perlakuan telah dilakukan dan juga kekerapan sesuatu tingkah laku itu
berlaku. Terdapat beberapa perkara penting yang perlu diambil perhatian. Antara
perkara-perkara yang perlu diberi perhatian dalam penyediaan dan penggunaan
senarai semak adalah yang pertamanya ia perlu disediakan lebih awal sebelum
permerhatian dibuat. Tingkah laku yang diperhatikan hanya perlu dinyatakan dengan
ringkas dan jelas. Senarai semak juga digunakan menilai tingkah laku mudah
dalam konteks semula jadi. Hanya kemahiran penting dinyatakan dalam senarai
semak. Item disusun mengikut peningkatan supaya dapat memperlihatkan
perkembangan tingkah laku yang akan diperlihatkan. Pemerhatian hendaklah
dilakukan beberapa kali untuk mendapatkan maklumat atau amalan yang lebih tepat
dan kekal. Terdapat beberapa kebaikan yang dapat dikenal pasti dengan
menggunakan Senarai Semak iaitu penggunaannya mudah dan praktikal. Selain itu,
orang yang tidak mahir dan menilai juga dapat menggunakannya dengan mudah.
Ianya dapat digunakan di hadapan kanak-kanak ataupun semasa ketiadaannya dengan
membuat “flashback”. Selain itu, dengan menggunakan Senarai Semak guru dapat
memberi fokus pemerhatian pada beberapa tingkah laku pada satu masa. Penggunaan
Senarai Semak adalah penting dalam merancang kurikulum untuk kanak-kanak.
Kelemahan penggunaan Senarai adalah ianya mengandungi kurang informasi dan
deskripsi berkenaan kualiti dan masa semasa merekodkan tingkah laku atau
kemahiran yang dipamerkan kanak-kanak. Pemerhatian menggunakan instrumen
Senarai Semak juga hanya melihat pada tingkah laku tertentu sahaja dan bukan
kesemuanya. Oleh itu, ada kalanya guru akan terlepas pandang daripada melihat
dan memehatikan tingkah laku yang lebih signifikan. Selain itu juga, data atau
maklumat yang direkodkan hanyalah pada tingkah laku yang dipamerkan oleh kanak-kanak
sahaja.
Rekod Skala kadar
boleh digunakan untuk menunjukkan darjah kemajuan dan
pencapaian sesuatu tingkah laku murid.
Guru menilai kemahiran atau amalan murid
berdasarkan skala. Skala yang gunakan
boleh dinyatakan secara angka atau gred.
Tahap pencapaian dapat ditentukan untuk
sesuatu kemahiran dengan penggunaan
Skala Kadar. Penggunaan instrumen ini
adalah spesifik untuk semua tunjang.
Rekod Anekdot satu catatan ringkas
mengenai sesuatu peristiwa atau tingkah
laku murid yang dianggap penting, unik
dan signifikan untuk direkod. Rekod Anekdot
ditulis secara objektif untuk menerangkan
apa yang berlaku, bila dan di mana sesuatu peristiwa itu berlaku.
Antara
perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan untuk membuat rekod anekdot ialah
membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku, mengenal pasti peristiwa
itu penting dan signifikan kepada aspek perkembangan murid, merangkumi
kelebihan dan kekurangan, menulis maklumat selepas sesuatu peristiwa berlaku
dan menulis apa yang dilihat secara objektif.
Dalam Rekod
Anekdot,maklumat yang biasa direkod adalah berpandukan peristiwa yang
menggambarkantentang perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial
dan kemahiran menyelesaikan masalah murid. Rekod Berterusan pula merupakan
catatan dalam bentuk cerita atau naratif yang dibuat ke atas individu atau
kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap perlakuan dan apa
yang ditutur oleh murid akan dicatat sepanjang pemerhatian. Pemerhatian yang
terperinci ini biasanya dijalankan dalam tempoh tiga hingga lapan minit dan
ianya juga boleh berlangsung dalam tempoh lebih lama iaitu sekitar dua puluh
lima minit sehingga tiga puluh minit.
Prosedur –prosedur
untuk menyediakan Rekod Berterusan adalah pertamanya guru perlu memfokus kepada
murid yang ingin diperhatikan. Seterusnya, item yang akan difokuskan semasa
pemerhatian perlu dipastikan. Langkah ketiga adalah dengan merekodkan apa yang
dilakukan oleh murid secara terperinci. Rekod yang dicatat hendaklah tepat dan
padat. Prosedur terakhir perlu diambil perhatian adalah mencatatkan dengan
jelas setiap perlakuan mengikut urutan.
Antara kelebihan
menggunakan Rekod Berterusan adalah ianya dapat memberi gambaran sebenar dan
terperinci mengenai situasi sebenar dalam tempoh yang ditetapkan (Surayah dan
Haslinda, 2009). Yang keduanya, Rekod Berterusan yang turut dikenali sebagai
Running Record dapat memperlihatkan pelbagai aspek
perkembangan seseorang kanak-kanak itu
dalam satu rekod. Selain itu juga, kebaikan menggunakan Rekod Berterusan adalah
instrumen ini dapat digunakan dalam apa jua situasi dan tujuan. Rekod
Berterusan ini juga membolehkan guru membuat tindakan serta-merta kepada murid
tanpa menunggu akhir proses tertentu seperti peperiksaan. Kelemahan menggunakan
Rekod Berterusan ini pula antaranya adalah ia dapat menyebabkan kanak-kanak
sedar mereka sedang diperhatikan. Selain itu juga,penggunaan Rekod Berterusan
adalah memenatkan kerana seseorang guru itu perlu memberi lebih tumpuan pada
proses perekodan. Agak sukar dilakukan untuk semua murid secara spesifik untuk
25 orang murid. Selain itu guru haruslah teliti dan peka dengan perubahan dan
perkembangan murid
agar rekod berterusan dapat dilakukan dengan
berkesan.
6.0.
Instrumen senarai
semak lengkap dari aspek item kognitif, afektif dan psikomotor.
Penilaian domain kognitif
KOD
|
FOKUS
|
HASIL PEMBELAJARAN
|
Tarikh :
04/08/2011
|
Tarikh :
11/08/2011
|
Tarikh :
18/08/2011
|
SUMBER/EVIDENS
|
CATATAN
|
||||||||||
|
|
|
TL
|
SM
|
BM
|
TM
|
SM
|
BM
|
TM
|
SM
|
BM
|
LI
|
PR
|
HK
|
TL
|
LL
|
|
ST 1
|
ST 2.0
Kemahiran
saintifik
|
ST 2.1.6
memerhati dan mengenal pasti bentuk di persekitaran.
|
|
|
X
|
|
X
|
|
X
|
|
|
|
|
|
X
|
|
|
2
|
|
ST 2.1.7
memerhati objek-objek di persekitaran dan mengenal saiz (besar,
kecil,panjang, pendek,tinggi,rendah,tebal,
nipis.
|
|
X
|
|
X
|
|
|
X
|
|
|
X
|
|
|
|
|
|
3
|
ST 3.0
menyiasat alam hidupan
|
ST 3.1.2
mengenalpasti bahagian tubuh badan
|
|
X
|
|
X
|
|
|
X
|
|
|
|
|
|
|
|
|
4
|
|
ST 3.1.3
mengenal pasti organ deria (mata, hidung, telinga, lidah, kulit) danmenyatakanfungsi
setiap organ deria ini.
|
X
|
|
|
X
|
|
|
X
|
|
|
|
|
|
|
|
|
5
|
|
ST 3.4.6 mengumpulkan
haiwan mengikut habitat.
|
|
X
|
|
X
|
|
|
X
|
|
|
|
|
|
|
|
|
6
|
ST 7.0 konsep
nombor
|
ST 7.1.7
membilang secara menaik 1-10 dan menurun 10-1
|
|
X
|
|
X
|
|
|
X
|
|
|
|
|
|
|
|
|
7
|
|
ST 7.1.8
menulis nombor 1- 10 mengikut cara yang betul
|
|
X
|
|
X
|
|
|
X
|
|
|
|
|
|
|
|
|
8
|
|
ST 7.2.1
menulis angka sifar
|
X
|
|
|
X
|
|
|
X
|
|
|
|
|
|
|
|
|
9
|
ST 8.0 operasi
nombor
|
ST 8.1.1
menyatakan hasil tambah dua himpunan objek
|
X
|
|
|
X
|
|
|
X
|
|
|
|
|
|
|
|
|
10
|
|
ST 8.1.4
menulis ayat matematik dengan menggunakan operasi tambah(+) dan sama
dengan(=).
|
|
X
|
|
X
|
|
|
X
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Penilaian domain psikomotor
KOD
|
FOKUS
|
HASIL
PEMBELAJARAN
|
Tarikh :
04/08/2001
|
Tarikh :
11/08/2001
|
Tarikh :
18/08/2001
|
SUMBER/EVIDENS
|
CATATAN
|
||||||||||
|
|
|
TL
|
SM
|
BM
|
TM
|
SM
|
BM
|
TM
|
SM
|
BM
|
LI
|
PR
|
HK
|
TL
|
LL
|
|
PFK 1
|
PFK 2.0
Perkembangan motor kasar
|
PFK 2.1.9
berjalan mengundur dengan lurus
|
|
X
|
|
X
|
|
|
X
|
|
|
|
|
|
|
|
|
PFK 2
|
|
PFK 2.1.11
berjalan dengan pundi kacang di atas kepala
|
|
X
|
|
X
|
|
|
X
|
|
|
|
|
|
|
|
|
PFK3
|
|
PFK 2.1.13
berlari ke arah yang ditentukan.
|
X
|
|
|
X
|
|
|
X
|
|
|
|
|
|
|
|
|
PFK4
|
|
PFK 2.2.6
berbaring sambil mengangkat kaki
|
|
X
|
|
X
|
|
|
X
|
|
|
|
|
|
|
|
|
PFK5
|
|
PFK 2.2.10
mendongak dan menunduk kepala secara perlahan.
|
X
|
|
|
X
|
|
|
X
|
|
|
|
|
|
|
|
|
6
|
PFK 3.0
Kesihatan Fizikal
|
PFK 3.1.5
Menggosok gigi dengan cara yang betul.
|
|
X
|
|
|
X
|
|
X
|
|
|
|
|
|
|
|
|
7
|
|
PFK 3.2.3
mengenal jenis makanan yang berkhasiat dan tidak berkhasiat.
|
|
X
|
|
X
|
|
|
X
|
|
|
|
|
|
|
|
|
8
|
Seni Visual
(KTI 1.0)
|
KTI 1.1.5
mewarnakan gambar dalam ruang tertentu.
|
|
X
|
|
X
|
|
|
X
|
|
|
|
|
|
|
|
|
9
|
|
KTI 1.2.11
mereka corak bebas dengan menggabungjalinkan pelbagai teknik dalam membuat
corak dan rekaan.
|
|
X
|
|
X
|
|
|
X
|
|
|
|
|
|
|
|
|
10
|
|
KTI 1.2.9
Mengahsilkan bentuk binaan mengikut kreativiti sendiri melalui pelbagai
teknik dengan bimbingan.
|
X
|
|
|
X
|
|
|
X
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Penilaian domain afektif
KOD
|
FOKUS
|
HASIL
PEMBELAJARAN
|
Tarikh :
04/08/2001
|
Tarikh :
11/08/2001
|
Tarikh :
18/08/2001
|
SUMBER/EVIDENS
|
CATATAN
|
||||||||||
|
|
|
TL
|
SM
|
BM
|
TM
|
SM
|
BM
|
TM
|
SM
|
BM
|
LI
|
PR
|
HK
|
TL
|
LL
|
|
PM 1
|
PM 1.0.
Kepecayaan kepada Tuhan
|
PM 1.1.2
Membezakan ciptaan Tuhan
|
|
|
X
|
|
X
|
|
X
|
|
|
X
|
|
|
|
|
|
PM2
|
PM 2.0 Baik
hati
|
PM 2.1 Memberi
bantuan kepada ahli keluarga, warga sekolah dan orang lain.
|
|
X
|
|
X
|
|
|
X
|
|
|
|
|
|
X
|
|
|
PM3
|
PM 4.0
Berterima kasih
|
PM 4.1.2
Mengucapkan terima kasih secara lisan atau bukan lisan di atas bantuan,
penghargaan dan sumbangan terima yang diterima.
|
|
|
X
|
|
X
|
|
X
|
|
|
X
|
|
|
|
|
|
PM4
|
PM 5.0 Hemah
tinggi
|
PM 5.1.5
Menyatakan cara-cara bertingkah laku sopan.
|
X
|
|
|
X
|
|
|
X
|
|
|
X
|
|
|
|
|
|
PM5
|
PM 11.0
Kerajinan
|
PM 11.1.2
Mengamalkan sifat rajin dalam pengurusan diri dan menjalankan tugas.
|
|
X
|
|
X
|
|
|
X
|
|
|
|
|
|
X
|
|
|
PSE1
|
PSE 1.0
mengenali dan mengurus emosi sendiri
|
PSE 1.1.6
menyatakan emosi mengikut situasi.
|
|
X
|
|
X
|
|
|
X
|
|
|
X
|
|
|
|
|
|
PSE2
|
|
PSE 1.1.4
menceritakann pengalaman emosi yang melibatkan perasaan seperti
marah,gembira,takut,marah.
|
|
X
|
|
X
|
|
|
X
|
|
|
X
|
|
|
|
|
|
PSE3
|
|
PSE 1.1.5
Mengenal pasti dan bercerita tentang jenis-jenis emosi gembira, sedih,takut
dan marah.
|
|
X
|
|
X
|
|
|
X
|
|
|
X
|
|
|
|
|
|
PSE4
|
|
PSE 1.3.4
Menerangkan perbezaan emosi antara individu.
|
|
X
|
|
|
X
|
|
X
|
|
|
|
|
|
|
|
Bercerita
tentang emosi rakan baik.
|
PSE5
|
PSE 3.0 membina
kemahiran sosial.
|
PSE 3.2.6
menghormati hak orang lain seperti:
Meminta izin
menggunakan barang orang lain.
|
X
|
|
|
X
|
|
|
X
|
|
|
X
|
|
|
X
|
|
|
7.0.
LAPORAN LENGKAP
HASIL PENILAIAN PERKEMBANGAN MURID
NAMA MURID :MUHAMAD HARIS DANIAL BIN
ZULHISHAM
NO.SURAT BERANAK :
050415-03-0937
NAMA BAPA :ZULHISHAM
BIN OSMAN
PEKERJAAN BAPA : TUKANG KAYU
NAMA GURU : PUAN HASINAH BTE CHE
AMAT
ALAMAT RUMAH :KG.PULAU GAJAH,PENGKALAN CHEPA,KELANTAN
TEMPAT PENILAIAN :SK PULAU GAJAH,PENGKALAN CHEPA,KELANTAN.
Pengenalan
pemerhatian
Penilaian telah
dilakukan ke atas Mohd Haris Danial berumur 6 tahun. Dia adalah anak tunggal
dan hidup bertiga bersama ibu dan bapa. Tidak hairanlah jika dia mendapat kasih
sayang yang cukup dan agak manja.
Saya memilih
Haris Danial kerana dia adalah antara 3 murid yang sudah pandai membaca dan
boleh memberikan komitmen kepada saya. Ini juga bertujuan untuk menyenangkan
kerja-kerja saya. Saya juga terdorong untuk memilihnya sebagai bahan penilaian
kerana dia rajin ke sekolah dan mempunyai ketekunan yang tinggi dalam membuat
tugasan. Contoh aktiviti yang selalu mendapat perhatiannya adalah subjek
kreativiti. Dia banyak menghasilkan banyak hasil kerja yang baik jika
dibandingkan dengan rakan-rakan lain. Namun ini tidak bermakna ianya sempurna.
Dia mempunyai masalah tingkah laku yang bermasalah. Dia seorang yang aktif dan
suka mengusik rakan-rakannya.
Keputusan
penilaian dicatatkan dalam jadual di bawah:
TAJUK:
JADUAL PENILAIAN PERKEMBANGAN MURID DOMAIN
KOGNITIF, PSIKOMOTOR DAN AFEKTIF.
DOMAIN
|
04/08/2011(%)
|
11/08/2011(%)
|
18/08/2011(%)
|
||||||
TM
|
SM
|
BM
|
TM
|
SM
|
BM
|
TM
|
SM
|
BM
|
|
KOGNITIF
|
3
|
6
|
1
|
9
|
1
|
0
|
10
|
0
|
0
|
PSIKOMOTOR
|
3
|
7
|
0
|
9
|
1
|
0
|
10
|
0
|
0
|
AFEKTIF
|
2
|
6
|
2
|
7
|
3
|
1
|
10
|
0
|
0
|
Jadual di atas menujukkan
hasil dapatan pengumpulan data senarai semak mengikut tarikh dan domain yang dipaparkan.
TAJUK: GRAF BAR
MENUNJUKKAN PERATUS TAHAP KEMAHIRAN MENGIKUT DOMAIN TARIKH 4 OGOS PADA TAHUN
2011
Analisis
Graf di atas
menunjukkan analisis peratusan tahap kemahiran mengikut domain pada tarikh 04
Ogos 2011. Graf di atas menunjukkan Daniel telah dapat menguasai kemahiran kognitif
dan psikomotor sebanyak 90%. Berbanding hanya 70% pada perkembangan afektif.
Danial belum menguasai kemahiran afektif sebanyak 20%.
TAJUK: GRAF BAR MENUNJUKKAN
PERATUS TAHAP KEMAHIRAN MENGIKUT DOMAIN BERDASARKAN TARIKH 11 OGOS PADA TAHUN
2011
Analisis:
Graf di atas menunjukkan peratusan tahap
kemahiran mengikut domain berdasarkan tarikh 11 Ogos 2011. Daniel sedang menguasai
70% daripada perkembangan psikomotor. Tetapi mengalami kelemahan yang nyata
jika dilihat pada perkembangan kognitif sebanyak 10%.
TAJUK: GRAF BAR
MENUNJUKKAN PERATUS TAHAP KEMAHIRAN MENGIKUT DOMAIN BERDASARKAN TARIKH 11 OGOS
PADA TAHUN 2011
Analisis:
Graf di atas
menunjukkan peratusan tahap kemahiran pada tahap 100% bagi ketiga-tiga
perkembangan iaitu kognitif, psikomotor dan afektif. Murid sudah berjaya
menguasai SP yang tertentu dalam ketiga-tiga domain. Mungkin ini adalah hasil
daripada aktiviti pemulihan yang dilakukan secara langsung atau tidak langsung.
TAJUK: GRAF DI
BAWAH MENUJUKKAN PERATUS MURID DALAM TAHAP TELAH MENGUASAI PADA KETIGA-TIGA
FASA.
Analisis dan
tindakan susulan
Graf di atas
telah menunjukkan peningkatan peratusan tahap telah menguasai dalam ketiga-tiga
domain. Murid telah berjaya 100% perkembangan tiga domain ini pada fasa 3.
Pada fasa
pertama, Jika hendak dilihat pada awal penilaian, murid hanya boleh menguasai
30% pada perkembangan kognitif dan psikomotor. Dan sebanyak 20% pada
perkembangan afektif. Ini mungkin disebabkan murid kurang pendedahan ilmu yang
sepatutnya diajar kepadanya. Guru prasekolah yang mengajar tidak mengikuti KSPK
sepenuhnya. Akibatnya hasil pembelajaran tidak tercapai. Bukti yang saya
perolehi adalah hasil pemerhatian saya terhadap gaya pengajaran guru yang
kurang menepati SP KSPK. Hasil soal jawab bersama Danial juga adalah satu cara
yang telus saya fikir kerana kanak-kanak tidak pandai menipu.
Tindakan yang
saya lakukan adalah memberikan lagi banyak aktiviti bimbingan pada tahap ini.
Setiap kali pelajaran atau rutin, saya akan menerapkan nilai murni dan soalan
yang meransang fikirannya. Untuk tunjang kognitif, ST 2.1.6 memerhati dan mengenal pasti
bentuk di persekitaran, Danial mengalami masalah menguasainya. Jadi, saya telah
mengajarnya secara peribadi dan bertanya semula kepadanya apakah objek yang
menyerupai bentuk yang ditunjukkan oleh guru. Sebagai contoh:
“Danial,cuba lihat bola itu berbentuk
apa? Lihat juga pada glob itu. Apakah bentuk yang kamu lihat?”
Pada fasa ke-2, Kenaikan
sebanyak 60% pada domain kognitif dan
psikomotor adalah jumlah yang sangat tinggi. Ini boleh dilihat pada fasa 1
Danial hanya boleh menguasai 30% sahaja berbanding pada fasa 2 sebanyak 90%
pada kedua-dua domain. Ini adalah satu peringkat yang menyakinkan dan baik. Ini
mungkin disebabkan oleh penerapan yang saya lakukan dalam pengajaran dan
pembelajaran agar semua murid termasuk Danial dapat mengembangkan diri mereka
pada tahap yang sepatutnya.
Ini kerana saya telah melakukan
aktviti bimbingan pada fasa 1. Namun Danial hanya menguasai 70% perkembangan
afektif pada fasa 2. Dia memerlukan aktiviti peneguhan sehinggalah dapat
meguasai sepenuhynya.
Antara aktiviti peneguhan yang telah
dijalankan adalah aktiviti simulasi dan lakonan. Dia akan disoal dan
dikehendaki membuat lakonan. Contohnya, apakah yang perlu dilakukan jika
seseorang memberi pertolongan atau barang kepada kita? Denial juga masih ada
sedikit kekeliruan dengan ciptaan Tuhan dan manusia. Saya telah memberikan ciri-ciri
bahan buatan Tuhan yang tidak termampu dicipta oleh manusia. Dan nampaknya dia
faham dengan baik perkara yang saya sampaikan. Pada pendapat saya dia perlu
diberi peluang melihat keindahan ciptaan dan kekuasaan Tuhan seperti
pokok-pokok,binatang dan pantai supaya dia boleh menghayati pemahaman yang ada.
Saya juga perlu mengajar Daniel menggosok gigi dengan cara yang betul. Dia boleh
menggosok gigi dengan betul namun perlu diperbaiki. Jika sebelum ini, dia
menggsosok gigi dengan turutan yang kurang tepat, namun setelah saya
membimbingnya secara dua kali, dia berjaya melakukannya dengan sendiri tanpa
bimbingan. Sebagai langkah berterusan, saya meminta dia melakukan perkara yang
sama di rumah. Saya juga menitikberatkan pemakanan yang sihat agar dapat
menjaga gigi kekal sihat kepada murid.
Saya sempat
mengambil gambar, bukti hasil pemerhatian yang saya lakukan. Ini adalah antara
gambar yang sempat ditangkap.
Daniel budak yang
rajin. Dia dapat menyiapkan tugas dengan baik. Apabila saya memberikan lembaran
kerja, dia dapat melakukannya dengan siap dan kemas.
Kemahiran
koordinasdi mata dan tangan berkembang dengan baik. Dia dapat menghasilkan
origami epal lebih cepat berbanding dengan kanak-kanak lain yang sebaya
dengannya.
Daniel
dapat menyelesaikan masalah matematik dalam operasi tolak.
Rajah 3 Daniel sedang menulis dan
menyelesaikan operasi matematik.
Rajah 4 menimbang pundi kacang atas kepala
Rajah 5 Membezakan bentuk
Rajah 6 Ketika melakukan aktiviti non lokomotor
Rajah 7 Daniel sudah dapat mengira menggunakan jari
Rajah 8 Menunjukkan cara berjalan di hadapan orang tua
Selepas
pemerhatian dan rekod telah dilakukan, saya dapat menyimpulkan bahawa terbukti penilaian
secara berterusan adalah sangat sesuai dengan kanak-kanak prassekolah. Ini
kerana tindakan serta-merta yang dilakukan oleh guru sangat berkesan dalam
langkah memperbaiki kelemahan murid. Murid akan lebih mengingati sesuatu
kesilapan dan berusaha untuk memperbaiki diri mereka melalui bimbingan guru.
Guru juga harus memberikan sokongan dan penilaian yang telus agar potensi murid
dapat dikembangkan secara maksimum.
Guru prasekolah juga harus peka
dengan semua perkara yang dilakukan oleh murid tanpa mengira dan memilih murid.
Pembelajaran yang sama rata membolehkan murid mendapat hak mereka dalam
kehidupan sebagai kanak-kanak.
Saya juga berpendapat bahawa
kanak-kanak yang pandai membaca atau kelihatan bijak tidak semestinya pandai
melakukan semua perkara. Guru seharusnya tidak mengamalkan sikap sambil lewa
dengan perkembangan kerohanian dan emosinya semata-mata membolehkan murid
pandai membaca. Semua aspek perlu diambil kira untuk membentuk murid yang
seimbang. Rekod yang dicatat dalam instrument adalah satu bahan bukti penilaian
dan tindakan telah dibuat oleh guru. Ibu bapa juga harus didedahkan dengan
laporan penilaian supaya dapat terlibat sama dalam pembentukan perkembangan
anak mereka. Di sini baharulah ibu bapa mengetahui aktiviti dan hasil kerja
anak mereka sepanjang pembelajaran di prasekolah. Ini dapat dijadikan bahan
perbincangan dan penambahbaikan yang boleh diambil oleh ketiga-tiga pihak iaitu
murid,guru dan ibu bapa.
8.0.
Refleksi kendiri.
Saya telah
menerima tugasan ini pada tarikh yang awal. Hati mula terasa beban memandangkan
saya perlukan komitmen sepenuhnya terhadap kerja. Fikiran saya hanya tertumpu
dengan tugasan projek, praktikum, mengajar, membuat Rancangan Pengajaran Harian
dan persiapan MQA menyemak fail. Boleh dikatakan semua perkara ini membuatkan
saya tertekan. Tambahan pula saya melaksanakan satu kertas projek yang bertajuk
“Klinik Membaca Anakku” yang menuntut pelbagai usaha keras untuk menjayakannya.
Kekangan masa yang memaksa saya melakukan kerja secara pantas sememangnya
memerlukan pengorbanan yang besar. Saya terpaksa melupakan soal rehat dan
memanjakan diri seperti selalu untuk menyiapkan kerja ini. Dan saya pasti sikap
suka bertangguh akan memakan diri saya sendiri.
Sebelum
melaksanakan pemerhatian, saya telah mencari bahan-bahan berkaitan. Ini penting
dalam memberikan saya serba sedikit ilmu pengetahuan dalam membuat penilaian ke
atas murid nanti. Saya telah membuat semakan dan sedikit analisa mengenai jenis
senarai semak yang mudah digunakan. Saya juga ada membuat sedikit perubahan dalam
rekod senarai semak supaya ianya lebih jelas dan mudah difahami. Agak banyak
juga bahan yang saya perolehi mengenai tajuk penilaian. Kebetulan saya ada
beberapa koleksi buku rujukan prasekolah yang telah dikumpul sejak beberapa
tahun dulu. Saya juga mencari bahan rujukan di perpustakaan untuk menambahkan
pengetahuan dan kesasihan ilmu. Saya telah membuat pembacaan daripada banyak
bahan, dan baharulah saya mencari bahan-bahan penting untuk diolah isinya. Saya
berusaha untuk menyiapkan kerja ini dengan sehabis baik.
Selain itu saya
ada masalah memahami antara penilaian dan pentaksiran. Kedua-dua istilah ini
seperti sama tetapi tidak serupa. Setelah membaca banyak bahan daripada buku
dan internet dan perbincangan bersama rakan-rakan, saya telah sebulat suara
mengatakan ianya adalah sama. Di sinilah saya dapat bekerjasama dengan
rakan-rakan. Saya dapat membina keyakinan saya dalam memberikan pendapat hasil
daripada kajian sendiri serta menerima pendapat rakan-rakan. Di sinilah antara
satu pembelajaran berlaku secara tidak langsung. Perbincangan juga telah
dilakukan bersama guru pembimbing di sekolah. Saya telah mendapatkan data murid
daripada fail prasekolah serta berkolaborasi dengan guru. Melalui perbincangan
dengan guru saya dapat mengetahui kehidupan Daniel dengan lebih dekat sama ada
di rumah atau sekolah.
Saya juga dapat
mengenali murid dengan lebih dekat melalui pelbagai aktiviti dan perbualan
dengannya. Daniel adalah seorang murid yang normal dan cergas. Tahap
kognitif,psikomotor dan afektif yang seimbang membuatkan saya mudah untuk
menilainya. Perjalanan saya membuat penilaian berlangsung dengan lancar dan
sempurna. Tetapi saya berasa risau dengan kerja-kerja penilaian yang akan dilakukan
apabila saya menjadi guru prasekolah yang sebenar. Saya membayangkan betapa
banyaknya penilaian yang harus dilakukan ke atas 25 orang murid. Jadi,saya rasa
tugasan ini adalah satu persediaan dan panduan untuk membuat penilaian pada
masa akan datang. Jadi saya rasa tugasan ini sangat membantu.
Di sini juga saya
dapat melihat perubahan kemajuan yang ditunjukkan oleh murid. Secara langsung
saya dapat mengesan kelemahan yang dia ada dan cara untuk memperbaiki
kelemahannya. Saya sedar betapa pentingnya bimbingan oleh orang dewasa dalam
perkembangan maksimum kanak-kanak. Jadi saya perlu membimbing mereka ke arah
tahap yang sepatutnya agar tidak membebankan diri mereka dan orang lain pada
masa akan datang. Kesan daripada tidak membimbing kanak-kanak pada tahap
sepatutnya akan menyebabkan mereka akan merasa rendah diri dengan rakan sebaya
yang lain. Selain itu mereka tidak yakin dengan kebolehan sebenar yang mereka
ada. Oleh itu penilaian berterusan sangat penting dilakukan pada usia
prasekolah bagi mengesan dan memulih secara serta-merta dapat memudahkan kerja
guru agar kelemahan murid tidak terkumpul.
Saya juga
berpendapat bahawa penilaian dan penaksiran tidak boleh diambil mudah oleh guru
prasekolah. Sekiranya perkara ini berlaku, kelemahan murid akan bertambah dan
seterusnya menyukarkan guru untuk melaksanakan tindakan susulan. Inilah yang
berlaku kepada murid-murid sekolah Pulau Gajah tempat saya melaksanakan
praktikum. Murid yang tercicir semakin ramai manakala yang sudah pandai membaca
hanya beberapa orang sahaja. Rekod yang seharusnya telah dicatat sempurna tidak
kelihatan. Rekod yang hanya diisi sekadar “cukup syarat” jelas kelihatan
apabila saya mendapati banyak ruang kosong yang belum diisi. Kebetulan pula,
fail milik Daniel bertukar maklumat dengan Hafiz. Pada mulanya saya berasa
pelik. Rupa-rupanya ada pelawat yang salah meletakkan isi maklumat itu. Setelah
menyedari kesilapan itu, saya menyemak dan membertulkan semula maklumat
tersebut.
Dalam melaksanakan
tugasan ini, saya beberapa kali datang ke maktab. Setelah penat balik dari
sekolah (praktikum), usaha saya datang ke maktab untuk menemui pensyarah
berkenaan menemui jalan buntu apabila gagal menemuinya. Namun saya berjaya
menyiapkan tugasan hasil daripada perbincangan dengan rakan-rakan.
Masa yang diperuntukkan
untuk menyiapkan tugasan ini dirasakan sangat singkat. Dalam mengejar persiapan
praktikum juga, saya juga memberikan komitmen dengan persiapan kelas di bulan
puasa. Walaupun penat, saya tetap melakukan segala tugas seorang pelajar dan guru
prasekolah. Saya bertungkus-lumus menyiapkan kerja ini sebelum raya. Setelah
sepakat dengan rakan-rakan lain, saya sepakat untuk mengkhantarnya selepas
raya. Meskipun saya sudah siap, saya mengambil keputusan untuk mencetaknya
selepas raya. Saya juga tiada masa untuk menghantar tugasan sebelum raya kerana terpaksa berkemas-kemas
untuk balik ke kampung.
Melalui tugasan ini,
saya harap mendapat pengetahuan baharu dalam ilmu prasekolah ini. Sememangnya
saya seorang pelatih yang kurang berminat dengan opsyen prasekolah, namun saya
berusaha untuk menuntut sebanyak-banyak ilmu tentang prasekolah. Ini semua
untuk kanak-kanak yang berjiwa bersih. Saya perlu mencorakkannya untuk menjadi
seorang yang baik seperti kain yang berwarna warni dan cantik. Itu azam saya
setelah melihat kanak-kanak prasekolah ini.
Saya kira, saya sudah
buat yang terbaik untuk tugasan ini. Saya sudah berazam untuk melakukan yang
terbaik untuk menebus kembali “pointer” yang lepas. Saya mahu mendapatkan
pointer yang tinggi pada sem ini. Pada saya kepuasan melaksanakan tugas itu
penting dan saya telah melakukan yang terbaik. Penilaian hasil kerja kursus ini
terletak pada tangan pensyarah. Dan itu bukanlah hak saya menentukan gred kerja
saya. Saya hanya mengharapkan saya
mendapatkan yang terbaik daripada hasil kerja saya. Itu sahaja,sekian. Terima
kasih.
jangan lupa komen.tq
TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN INI.SANGAT MEMBANTU DLM SAYA MENYIAPKAN TUGASAN
ReplyDeleteBoleh emailkan pada saya senarai2 semak yang digunakan?
ReplyDeleteakmal3110@gmail.com
tq.
terima kasih atas maklumatnya..
ReplyDeletemaklumat ini sangat berguna kepada saya..boleh tak email graf berdasarkan phasil penilaian yang dibuat kepada saya (elynlu91@hotmail.com)? sebab saya tak dapat nampak graf itu masa online..tq..
ReplyDeleteblh x tlg send detail nie pada email sya p3_alisya88@yahoo.com....sya nak buat rujukan...harap dpt mbntu...trima ksh...
ReplyDeleteterima kasih dapat juga membantu saya membuat tugasan
ReplyDeleteterima kasih dapat juga membantu saya membuat tugasan
ReplyDeleteterima kasih ia banyak membantu saya membuat kerja..
ReplyDeleteterima kasih ia banyak membantu saya membuat kerja..
ReplyDeleteterima kasih~banyak membantu saya~oleh tak email graf berdasarkan penilaian yang dibuat kepada saya (swee0707@hotmail.com)? saya nak buat rujukan.thanks~~
ReplyDeleteboleh minta send detail ni pada email saya tak? (ivytan2191@hotmail.com)
ReplyDeletesaya nak buat sg rujukan...
harap dpt mbntu...
ribuan terima kasih...
hai.. boleh minta send detail tugasan ini to email saya tak? sangat2 membantu dlm tugasan saya... joeita79@gmail.com... thank you in advance
ReplyDeleteBoleh email kan tugasan ni dekat saya??. Sebagai rujukan dalam menyelesaikan tugasan saya.. email sarahriezman98@gmail.com
ReplyDeleteHai...Boleh email tugasan ini pada saya?Saya ingin menggunakankanya sebagai rujukan untuk tugasan saya.Tambahan pula,saya tidak dapat nelihat graf serta borang yang disertakan dalam talian ini.Email saya : siti.ruhaliza98@gmail.com
ReplyDeleteboleh emelkan detail pada saya? saya ingin gunakannya sebagai rujukan. Harapnya saudari sudi membantu.. terima kasih..
ReplyDeletecahmael17@gmail.com
boleh x bagi contoh format pentaksiran utk senarai semak,skala radar, rekod berterusan dan rekod anekdot
ReplyDelete