tema sayur-sayuran

apa yang cikgu2 leh buat untuk tema sayuran????????????

Haaaa...mesti pening2 lalat u ols ni kan ble nak mgajar.Nak pulak tiap2 minggu asik tukar tema aje.Kata orang idea tu kering dan sekering ikan masin di jemur..hahakkk...ok so..jue nk bg idea sikit.Ini berdasarkan pengalaman saya lah..

1. Buat sandwich!

  • bawah tunjang PFK pon leh guna. Matematik pon boleh untuk sp mengenal bentuk bulat,segi tiga dan kotak.
  • ok..dah dpt bayang kan camne?kita leh potong dan mintak budak susun atas sandwich.Atau mintak dia potong guna pisau plastik. 
  • sayuran seperti salad,tomato,timun,lobak merah sesuai dijadikan bahan.
  • utk bahasa inggeris pula,u ols boleh terangkan satu2 nama sayur. Kemudian terangkan langkah2 membuat sandwich dlm bahasa inggeris yg mudah. Contoh,okay class..take one slices of bread. then spread the marjerine.(BI tak bepe bgus..hehe)
  • utk BM pula,boleh wt pancing sayur.Selalu orang pancing ikan.tp kita pancing sayur. U ols cume perlu lukis atau print gambar sayur besar telapak tangan. Dan LAMINATE...kemudian tebuk dan bubuh getah. Kalau takpon...beli besi berani@magnet dan sampul guna pembalut gula2.kemudia lekatkan di sayur tadi. Joran pula leh guna buluh je...saya sarankan anda guna magnet atas ciri2 keselamatan.
sekian dari saya..selamat praktikal!wslm.



jangan lupa komen.tq

apa tajuk lagu blog saya?



salam semua..selamat sejahtera..

sebelom tu,jue nak minta maaf sangat kepada readers2 yg commentnye tak berbalas. Memang sibuk sgt macam nak hape....ramai tye lagu apa yg kiut yg blog kite nih..hehehe..kiut ek???macam penyanyi dia jugaklah. penyanyinya kumpulan korea yg digelar SNSD atau nama lain Girls Generation. Group ni antara group pompuan yg HOT!!!pernah popular dengan lagu "Gee..Gee..Gee","The Boys" dan Ohh!".Tapi yg ada dalam blog kite ni tajuk dia "ECO". SEkian..hehe.macam blog gosip artis lak eh...


pssss...:jangan lupe komen saya.Anda sporting!!


prosiding kajian tindakan Prasekolah


APLIKASI POWER POINT DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL HURUF

                                                         Putri Balkish Binti Mohd Yusoff
Shukri Bin Ismail

Abstract

Early reading skills of children is very important among pre-schoolers. Preschool teachers play reveals knowledge early reading skills to preschool children. Preschool teachers are responsible to expose the early reading skill to the preschoolers. Various methods have to be implemented to ensure that children acquire reading skills. Therefore, a study was carried out on pre-school pupils Baitul Rahmah (2) in SK Bunut Susu,Wakaf Bharu. This research aims at the effective use of "Power Point" in the letters of the alphabet skills. The purpose of this research is to know the effectiveness of using power point method in increasing the literacy of alphabet among the pupils. A total of 25 pre-school students attended the diagnostic test without exception of age. Results of diagnostic tests have proven 6 students have yet to master the skill of literacy. After making an exception of age, researchers found that 6 students aged 6 years still have not mastered the skills of literacy. In all, six students were selected as respondents in this study. Post test showed a high relative pretest. Students found it more fun to learn to use power point method compared to conventional methods. This indirect way to attract them to learn and further improve the skills of literacy.

PENGENALAN

Kepentingan kemahiran membaca awal bukanlah satu perkara yang mudah dilaksanakan. Guru perlu berusaha mencari pelbagai alternatif untuk menyediakan pembelajaran yang terbaik untuk murid-muridnya. Dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) menyenaraikan 6  tunjang dalam kandungan pengajaran. Tunjang tersebut adalah tunjang komunikasi, tunjang kerohanian sikap dan nilai, tunjang ketrampilan diri, tunjang perkembangan fizikal dan estetika,tunjang kemanusiaan dan tunjang sains dan teknologi. Fokus utama dalam Tunjang Komunikasi Bahasa Melayu merangkumi  kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Inilah yang berlaku dalam kelas Prasekolah ini.  Kebanyakan  kalangan murid tidak dapat memberi perhatian sepenuhnya terhadap pembelajaran. Mereka lebih tertumpu kepada pembelajaran konvensional dan sama setiap hari. Masalah ini berlaku juga disebabkan pengkaji  menggunakan pendekatan yang kurang sesuai dengan keperluan murid. Pengkaji banyak menggunakan lembaran kerja serta papan putih ketika mengajar. Hal ini menyebabkan mereka berasa bosan dan hilang tumpuan ketika Pengkaji mengajar. Masalah murid belum menguasai huruf menimbulkan semangat dalam mengkaji dan mencari jalan penyelesaian masalah ini. Pengkaji berazam untuk meningkatkan kemahiran mengenal huruf dalam kalangan murid. Ini kerana kemahiran membaca merupakan kemahiran yang sangat penting dalam mencerap segenap ilmu dunia dan akhirat. Golongan yang tercicir harus dibantu secara berterusan supaya masalah ini tidak menjadi krtikal di saat murid-murid lain jauh ke hadapan menguasai kemahiran yang lebih tinggi. Kesimpulannya, murid  mengalami masalah membaca. Masalah ini harus diselesaikan dengan segera supaya sesi pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan.

FOKUS KAJIAN

Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, pelbagai isu dan masalah ditunjukkan  oleh murid. Isu dan masalah ini harus dikupas dan diteliti secara mendalam bagi mendapatkan jalan penyelesaian yang terbaik. Di kelas Prasekolah Baitul Rahmah(2), murid-murid sukar menumpukan perhatian ketika pengkaji mengajar. Hanya beberapa murid sahaja yang menumpukan perhatian terhadap pengajaran. Kebanyakkan murid-murid yang menumpukan perhatian adalah anak guru dan sudah boleh mengeja. Selebihnya, mereka hanya menumpukan perhatian ketika awal pembelajaran iaitu set induksi. Kemudian akan mengusik dan berbual bersama rakan-rakan lain. Tetapi apabila pengkaji bertanyakan soalan “Ini huruf apa?”,mereka akan senyap tanda tidak mengetahui jawapannya. Hasil daripada pemerhatian dan soal selidik yang telah dilakukan, pengkaji dapati murid:
a)    Tidak dapat menjawab soalan/menguasai kemahiran mengenal huruf walaupun sepatutnya murid telah menguasai kemahiran ini pada minggu ini.
b)    gagal menyebut huruf yang ditunjukkan
c)    tidak dapat menunjukkan huruf yang disoal(mengecam).


Kemahiran mengenal huruf adalah asas kepada kemahiran membaca. Hakikatnya mengajar kanak-kanak Prasekolah mengenal huruf bukanlah perkara mudah. Ini kerana mereka ibarat kain putih yang perlu dicorakkan. Pengkaji mengakui terrdapat murid-murid yang telah dapat membatangkan suku kata. Tetapi ada murid yang masih tidak dapat mengenal huruf pada tahap yang sepatutnya. Ada murid yang sudah 2 tahun berada di Prasekolah masih tidak dapat mengenal huruf. Murid yang bermasalah kelihatan tidak berminat dengan pendekatan yang digunakan di Prasekolah setiap hari. Namun guru memberikan alasan bahawa murid ini lambat belajar.Guru Prasekolah pernah menyatakan bahawa murid akan lebih fokus kepada pelajaran sekiranya guru menggunakan komputer. Tetapi atas sebab kurangnya pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki oleh guru itu sendiri, maka guru tidak menggunakannya semaksimum yang mungkin.Saya berharap jalan penyelesaian dapat ditemui bagi membantu murid-murid menguasai kemahiran awal membaca. Jika kajian ini tidak dijalankan, saya berani mengatakan yang mereka mungkin berada di kelas hujung pada Tahun 1 pada 2013. Akibatnya mereka akan terus tercicir daripada pelajaran yang sepatutnya.


Objektif kajian
Meningkatkan kemahiran mengenal huruf melalui Power Point

Soalan kajian
Berikut persoalan yang dikemukakan dalam kajian ini:
•    Adakah kemahiran mengenal huruf dapat ditingkatkan melalui kaedah Power Point?
•    Adakah minat murid dalam aktiviti pembelajaran dapat ditingkatkan melalui penggunaan aplikasi Power Point?

Kumpulan sasaran
Responden kajian adalah murid dari Prasekolah Baitul Rahmah(2) di SK Bunut Susu,Pasir Mas. Pengkaji memilih 6 orang murid sebagai sampel. 6 murid ini adalah berusia 6 tahun dan mendapat markah bawah 20/26 markah.

SOROTAN LITERATUR

Menurut Yahya Othman(2005),membaca juga dikatakan sebagai keupayaan seseorang mengecam bentuk visual dan menghubungkan antara bentuk dengan bunyi dan melalui pengalaman serta berupaya mentafsirkan maksudnya. Pemahaman bacaan bergantung pada gabungan dari segi pengetahuan bahasa, gaya kognitif dan pengalaman membaca.

Bahkan Brown (1980) dalam Saayah Abu(2008), menyatakan kanak-kanak lahir di dunia ini ibarat sehelai kain putih tanpa ada apa-apa calitan. Persekitarannya yang akan membentuknya secara perlahan-lahan bagi membuat pengukuhan pada tingkah lakunya. Pengetahuan dan ketrampilan bahasanya akan diperoleh melalui pengalaman dan proses pembelajaran. Dengan demikian,bahasa yang didengari akan dipindahkan melalui pewarisan kebudayaan, sama seperti orang yang belajar memandu kenderaan.

Zainora Binti Mohd (2005) melalui kajiannya mendapati pada awalnya ujian pra murid tidak dapat membaca dengan lancar namun setelah diberi peneguhan dan bimbingan mereka dapat membaca dengan lebih baik. Berdasarkan tindakan ini membuktikan bahawa murid yang lemah sekalipun jika dibimbing secara berterusan akan dapat mengubah tahap kemahiran membacanya. Didapati juga bahawa murid akan merasa seronok kerana guru memberikan tumpuan kepada mereka secara berterusan dan tidak mengabaikan mereka disamping bantuan dari rakan sebaya dan penggunaan IT serta kad dan sumber lain.


PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN TINDAKAN

Pengkaji telah menjalankan kajian berbentuk kajian tindakan. Kajian ini mempunyai prosedur dan tindakan yang tersendiri untuk memastikan setiap langkah yang diambil saling berkaitan antara satu sama lain dalam mendapatkan hasil yang memuaskan. Model Kemmis dan McTaggart (1988) digunakan sebagai panduan perjalanan prosedur tindakan kajian. Model ini menyarankan empat langkah kajian tindakan berdasarkan gelungan (cycle) mengikut turutannya. Prosedur tindakan bermula dengan proses), merancang (plan), bertindak (action) dan diakhiri dengan memerhati (observe) dan mereflek (reflect).

Merancang
Langkah merancang melibatkan pemilihan 6 orang responden yang terdiri daripada murid Prasekolah berusia enam tahun. Pemilihan responden adalah berdasarkan pemilihan ujian pra yang paling rendah dalam kemahiran mengenal huruf. Pengkaji telah memilih kaedah powerpoint sebagai bahan bantu mengajar kerana percaya bahawa murid akan lebih berminat dalam sesi pembelajaran. Ini kerana penggunaan powerpoint yang mengandungi gambar,teks dan audio lebih meransang perhatian murid. Secara tidak langsung mereka akan lebih berminat kepada isi kandungan pelajaran. Seterusnya dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mengenal huruf dalam kalangan responden. Ujian pra dan pos telah dijalankan bagi melihat perbezaan tahap kemahiran mengenal huruf sebelum dan selepas penggunaan powerpoint dalam kaedah mengenal huruf. Selain itu pengkaji menggunakan instrumen pemerhatian, ujian pra dan pos serta skala perkadaran.

Pengkaji menggunakan Microsoft Power Point sebagai bahan alat bantu mengajar. Melalui cara ini, pengkaji dapat menggabungkan teks,bunyi dan gambar dalam satu program yang padat. Murid juga dapat belajar sendiri dengan menekan butang khas pada skrin paparan.

Bertindak
Responden dipanggil seorang demi seorang dan duduk di hadapan laptop. Sepasang headfon dan tetikus dibekalkan bagi memudahkan pembelajaran secara PowerPoint. Murid akan diberikan penerangan sebelum menggunakan PowerPoint. Kemudian murid akan dipasangkan alat headfon di kedua-dua belah telinganya. Murid atau guru akan mengawal tetikus atau papan kekunci. Murid akan melihat paparan skrin dan mendengar nama huruf yang dipaparkan di skrin laptop. Kemudian murid akan meniru bunyi tersebut. Skrin seterusnya akan merujuk kepada huruf seterusnya pula. Responden kelihatan sangat teruja dengan skrin yang berwarna-warni serta bunyi yang didengari pada setiap slide. Selain daripada itu responden juga tidak sabar untuk menggunakannya pada lain masa. Ini menandakan bahawa kaedah pembelajaran ini tidak menekan minda dan perasaan murid. Sebaliknya ianya memberikan kesan seronok dalam sesi pembelajaran. Rasionalnya,penggunaan PowerPoint telah menarik minat murid dalam aktiviti pembelajaran yang tidak membebankan dan seronok. Seterusnya ia dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mengenal huruf.

a)    Memerhati
Pada peringkat ini,pengkaji telah membuat pemerhatian dan ujian pos telah dijalankan. Ujian pos yang dijalankan adalah sama dengan ujian pra yang telah dijalankan pada awal proses. Ujian pra dan pos direkodkan dalam satu jadual supaya penilaian boleh dilihat dengan jelas. Ujian pos mengandungi 26 huruf dan ruang untuk ditanda di sebelahnya. Pengkaji akan menujukkan huruf dan menghendaki murid menamakan huruf tersebut.

b)    Mereflek
Langkah mereflek penting dalam menilai keberkesanan sesuatu intervensi. Dalam langkah ini pengkaji melihat kembali keputusan-keputusan yang telah dianalisis. Selain itu pengkaji melihat perkara-perkara yang perlu diperbaiki dalam cadangan penambahbaikan. Selain itu pengkaji juga mencadangkan idea kajian lanjutan yang boleh dijalankan pada masa akan datang. Pengkaji juga menyatakan implikasi kajian terhadap terhadap murid dengan menyatakan perubahan-perubahan yang telah berlaku. Kesimpulan dan rumusan dapatan dibincangkan dalam bahagian akhir bagi merumuskan hasil keseluruhan dapatan.

DAPATAN
Keputusan ujian pra dan pos

 Rajah 1. Menunjukkan Perbandingan Keputusan Ujian Pra Dan Ujian Pos

Setelah menggunakan powerpoint sebagai alat bantu mengajar, didapati R1 telah memperolehi 24 jawapan yang betul dalam ujian pos. Ini mencatatkan peningkatan markah sebanyak 54% antara ujian pra dan pos. Manakala R2 pula mencatatkan 54% pada ujian pra dan 100% dalam ujian pos. Peningkatan ini adalah satu peningkatan yang sangat membanggakan apabila murid ini dapat menguasai kemahiran mengenal huruf 100% dalam ujian pos. R3 pula mencatat 54% pada ujian pra dan meningkat 38% dalam ujian pos. Ini menjadikan markah 92% dalam ujian pos. R4 yang merupakan murid paling lemah hanya memperolehi 3 sahaja huruf yang betul dalam ujian pra. Peningkatan sebanyak 73% juga merupakan peningkatan tertinggi berbanding responden lain adalah satu pencapaian terbaik dalam kajian ini. Ini menjadikan R4 mendapat 85% pada ujian pos. R5 mencatat 62% pada ujian pra manakala 96% dalam ujian pos. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 34% dalam kemahiran mengenal huruf pada ujian pos. R6 pula adalah murid yang bermasalah dalam kelas. Namun dia mencatat 23% pada ujian pra manakala 88% dalam ujian pos. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 65% perbezaan pada kedua-dua ujian tersebut.Merujuk kepada graf di atas menunjukkan bahawa perubahan yang ketara dapat dilihat dari sudut kemajuan murid. Peningkatan dalam ujian pos kepada setiap murid telah menunjukkan bahawa penggunaan Power Point telah dapat meningkatkan kadar celik huruf. R6 murid yang paling lemah pada ujian pra telah dapat meningkatkan penguasaan mengenal huruf sebanyak 65% dalam ujian pos. Manakala R2 telah menunjukkan markah 100% pada ujian pos berbanding ujian pra sebanyak 40%.

    Pengkaji telah mendapatkan keputusan markah kemajuan mereka melalui dokumen senarai semak. Kaedah pengumpulan data ini lebih tepat dan jelas iaitu Pengkaji dapat mengesan huruf yang telah dikenali oleh murid. Semasa ujian pos dijalankan, responden lebih yakin menjalani sesi soal jawab. Soal jawab ini berdasarkan sekeping kertas yang tertulis 26 huruf secara susunan rawak sama seperti ujian pra yang telah dijalankan. Perubahan tingkah laku yang dapat dikesan adalah responden kelihatan yakin ketika menjawab soalan yang diajukan. Apabila Pengkaji menyoal mereka”Ini huruf apa?”, mereka akan menjawab secara pantas dan betul. Hanya ada beberapa huruf yang mungkin mengelirukan menyebabkan mereka agak ragu-ragu untuk menjawabnya.

    Selain itu mereka juga lebih berminat untuk belajar kerana penguasaan terhadap huruf semakin meningkat. Kini, beberapa orang responden sudah dapat membunyikan bunyi kata mudah seperti S+U=SU. Mereka lebih bersemangat untuk belajar membaca walaupun tanpa bantuan Power Point lagi. Ibu bapa juga berpuas hati dan bangga dengan prestasi anak mereka. Ini kerana anak mereka telah menujukkan prestasi yang baik dalam pelajaran.

Keputusan skala perkadaran



 Rajah2: Graf Bar Perbandingan Sebelum Dan Selepas  Rawatan

Bagi soalan 1, nilai min sebelum rawatan adalah 2 dan selepas rawatan adalah 4.16. Nilai min menaik selepas rawatan. Ini bermakna selepas rawatan murid suka belajar huruf berbanding sebelum rawatan. Penggunaan Power Point berpotensi menarik minat murid untuk belajar. Soalan 2 merujuk kepada kebosanan terhadap P&P yang dijalankan. Nilai min sebelum rawatan aadalah sangat tinggi iaitu 4.83. Nilai min menurun selepas rawatan kepada 1.5 sahaja. Ini menunjukkan bahawa tahap kebosanan yang ditunjukkan oleh responden menurun selepas rawatan. Soalan 3 merujuk kepada keseronokan aktiviti yang dijalankan. Ternyata selepas menggunakan Power Point dalam P&P, murid seronok dengan aktiviti yang dijalankan. Nilai min selepas rawatan adalah 4.66 berbanding 1.83 sebelum rawatan. Soalan 4 pula mengutip nilai min sebanyak 1.83 sebelum rawatan dijalankan. Manakala selepas rawatan sebanyak 4.83. Nilai min meningkat bermakna paparan bahan pengajaran selepas rawatan adalah menarik minat murid. Sebaliknya pada sebelum rawatan murid tidak begitu tertarik dengan bahan pengajaran yang disediakan. Nilai min seterusnya adalah 1.66 merujuk soalan 5. Itu adalah nilai min sebelum rawatan. Manakala selepas rawatan, meningkat kepada 4.83. Peningkatan seebanyak 3.17 poin ini memberi gambaran bahawa murid lebih fokus terhadap pembelajaran selepas rawatan dijalankan. Soalan 6 pula merujuk kepada keyakinan sebelum dan selepas rawatan. Sebelum rawatan tahap keyakinan yang ditunjukkan adalah sebanyak 1.55. Selepas rawatan nilai min adalah sebanyak 4.66. Peningkatan nilai min adalah sebanyak 3.11. Perubahan ini adalah positif dan menunjukkan bahawa responden lebih yakin ketika belajar huruf. Mereka boleh mengulangi seberapa kerap bunyi huruf dalam aplikasi tersebut. Soalan 7 merujuk kepada tekanan dengan pembelajaran. Nilai min yang tinggi sebanyak 4.5 sebelum rawatan menunjukkan responden tidak selesa dengan kaedah pengajaran yang dilaluinya. Keadaan dan kaedah yang menekankan kepada lembaran kerja dan penghafalan tanpa makna membuatkan mereka tertekan. Tambahan pula, mereka akan tenggelam dalam kalangan murid yang ramai dan akhirnya tidak banyak perkara yang mereka pelajari di sekolah. Akibat tertekan, mereka akan melakukan kerja lain, tidak menyiapkan kerja serta murung.

Soalan 8 pula merujuk kepada pembelajaran tanpa bimbingan guru. Nilai min yang rendah sebelum rawatan iaitu 1 menunjukkan pendekatan pengajaran secara biasa haruslah memerlukan bimbingan guru sepenuhnya. Sebaliknya melalui penggunaan aplikasi Power Point, murid dapat belajar tanpa bimbingan guru sepenuhnya. Ini ditunjukkan melalui nilai min yang meningkat kepada 5.Soalan 9 pula, perasaan cuba jaya ketika pembelajaran. Sebelum rawatan nilai min yang ditunjukkan adalah 1.16. Manakala selepas rawatan min meningkat kepada 5. Ini menunjukkan peningkatan yang positif. Ini bermakna murid berpeluang merasa perasaan cuba jaya dalam pembelajaran. Sebaliknya sebelum rawatan murid tidak merasai perasaan cuba jaya kerana hanya satu peluang akan diberikan kepada murid dalam merasai kejayaan.Soalan 10 merujuk kepada keinginan yang ditunjukkan oleh responden untuk belajar pada lain masa. Keinginan untuk belajar pada lain masa adalah sedikit iaitu sebanyak 1.83. Selepas rawatan, semua ini berubah corak. Perubahan nilai min kepada nilai 4.66 selepas rawatan adalah satu perubahan positif. Kebanyakan mereka memlilih untuk belajar lagi pada lain masa tanpa rasa serik dan bosan. Keinginan begini yang menjadi motivasi intrinsik untuk mereka terus belajar.

PERBINCANGAN

Rumusannya, pengkaji telah berjaya meningkatkan kemahiran mengenal huruf dalam kalangan murid Prasekolah. Objektif kajian telah dicapai dengan jayanya dan saya sangat berpuas hati dengan kejayaan responden. Ujian pra dan pos adalah bukti kepada peningkatan kemahiran menguasai huruf. Peningkatan positif setelah menggunakan kaedah Power Point mennjukkan keberkesanan kaedah ini dalam mengajar kemahiran awal membaca kanak-kanak Prasekolah. Hal ini disokong oleh Ashinida Aladdin(2004), kajian perbandingan antara PBBK(Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer)  dan teknik pengajaran bahasa secara tradisional menunjukkan bahawa penggunaan PBBK telah membantu memperbaiki kemahiran linguistik pelajar (Rohaya, 1991; Jamaleah Ismail, 1996). Manakala minat dan penglibatan murid dalam pembelajaran dapat dilihat melalui keputusan skala perkadaran yang telah dianalisis. Perubahan yang ketara dari aspek minat murid boleh dilihat melalui tumpuan yang diberikan semasa P&P. Ternyata mereka dapat belajar dengan lebih seronok menggunakan aplikasi Power Point ini. Ternyata pendapat. Kadar kebosanan dan tekanan juga dapat diturunkan melalui kaedah power point ini. Susana Limanto(2009) telah membuktikan kajiannya mengenai “Peningkatan Minat Dan Kemampuan Anak Usian Pra Sekolah Untuk Belajar Membaca Dan Menulis Permulaan Menggunakan Komputer Aided Learning. Dalam kajian beliau, kanak-kanak  dapat meningkatkan daya tumpuan dalam pembelajaran. Sekaligus dapat mengurangkan rasa bosan saat belajar membaca dan menulis. Saya percaya bahan pengajaran yang menarik akan dapat meningkatkan tumpuan murid. Seterusnya meningkatkan prestasi pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Kajian ini juga dapat mewujudkan pengajaran yang lebih berkesan dan lancar di samping mengurangkan tingkah laku negatif seperti bising dan mengganggu rakan lain. Guru dapat mengawal kelas dengan lebih mudah dan mutu pengajaran dapat ditingkatkan melalui penggunaan power point. Seterusnya dapat meningkatkan motivasi murid dan guru dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

RUJUKAN

Ashinida Aladdin et al. Penggunaan PBBK(Pembelajaran Bahasa Berbantukan
Komputer) dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab sebagai bahasa asing:  Satu tinjauan awal, GEMA Online Journal of Language Studies,Vol.4(1).

Saayah Abu(2008). Menjadi Guru Tadika, Kuala Lumpur:  PTS Publications &
Distributors Sdn.Bhd.

Susano Limanto(2008).  Peningkatan Minat Dan Kemampuan Anak Usia Pra
Sekolah  Untuk Belajar Membaca Dan Menulis Permulaan Menggunakan Komputer Aided Learning.Jurnal Manajemen Informatika, Vol 9 no. 2

Yahya Othman(2004). Mengajar Membaca. Kuala Lumpur :PTS Publication &
Distributors Sdn.Bhd.

Zainora(2005).Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid Tahun 5 Melalui Latih Tubi
Bacaan Menggunakan Kad Suku Kata. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan IPBA 2005. Institut Pendidikan Kampus Kota Bharu Antarabangsa Kuala Lumpur.44-49.