Perkembangan Fizikal Kanak-kanak Prasekolah

Makanan dan kebersihan semasa menyediakan makanan

Penyediaan makanan haruslah menitikberatkan kebersihan. Kebersihan penting dalam penyediaan makanan kerana jika kebersihan diabaikan, kemungkinan besar makanan yang kita makan menyebabkan keracunan makanan. Keracunan makanan yang mempunyai simptom-simptom seperti cirit-birit, muntah boleh menyebabkan kehilangan air dalam badan sehingga boleh menyebabkan kematian jika ianya terlalu serius. Antara amalan kebersihan yang perlu diamalkan ketika menyediakan makanan adalah :

  • ü  Kebersihan tangan. Cuci tangan dengan langkah yang betul sehingga bersih. Ini penting bagi mengelakkan kekotoran dan kuman melekat pada tangan dan boleh mencemarkan makanan.
  • ü  Gunakan peralatan yang bersih. Cuci dan lap peralatan seperti kuali, pinggan dan sudu dengan kain bersih. Ini penting bagi menghapuskan bacteria dan kuman pada peralatan yang digunakan.
  • ü  Penggunaan apron semasa di dapur. Penggunaan apron menampakkan kita bersih dan kemas. Ia juga dapat melindungi baju daripada terkena percikan masakan seperti minyak panas.
  • ü  Memakai tudung(bagi orang Islam) dan topi bagi orang bukan Islam. Ini bagi mengelakkan rambut gugur dan termasuk dalam masakan.
  • ü  Sayuran dan bahan masakan yang ingin dimasak hendaklah segar dan berkhasiat. Bahan makanan seperti sayur dan buah-buahan hendaklah dicuci dengan bersih agar terhindar dari bahan kimia. Sebaik-baiknya direndam seketika dalam air garam bagi menangggalkan kesan bahan kimia. Ini dapat mengelakkan daripada keracunan makanan. Bahan makanan yang segar dan bersih dapat mengekalkan zat makanan di dalamnya serta lebih lazat dimakan.
  • ü  Buang sampah dan sisa makanan dalam tong sampah. Tong ampah juga jangan dibiarkan penuh sehingga terkeluar sisa-sia sampah. Tutup tong sampah agar tidak menggalakkan kehadiran lalat dan langkah ini dapat menghindarkan daripada penyakit taun.
  • ü  Persekitaran yang bersih amat penting dalam penyediaan makanan. Ini penting bagi menghindarkan makanan tercemar. Pengurusan makanan juga berjalan lancar dan dapat disediakan dengan cepat.
  • ü  Menggunakan tuala yang bersih. Tujuannya mengelap tangan yang telah dicuci. Ianya juga digunakan untuk mengelap dapur selepas memasak.
  • ü  Selain daripada aspek kebersihan, pastikan makanan yang dimasak betul-betul masak. Ini kerana jika makanan yang kita masak tidak benar-banar masak, ia boleh menyebabkan cirit-birit.