tema burung

 aktiviti yg boleh dilakukn adlah;

click this link gif Pictures, Images and Photos  http://bogglesworldesl.com/kids_worksheets/birds.htm

gif Pictures, Images and Photos Buat boneka pon boleh..try dis link :
       
                                                        gif Pictures, Images and Photoshttp://familyfun.go.com/crafts/big-mouth-bird-puppet-665155/
                                                                http://www.ehow.com/how_4885820_make-bird-puppet-easily.html
                                                                http://www.dltk-kids.com/animals/mbagbird.htm

aktiviti tema perasaan saya

 

Crafts

*Make feelings puppets*Fingerpaint to happy / sad music.
*Make a Jack-in-the Box by making a sock puppet and cutting the hole in the bottom of a small box so the child can 'surprise' people. Decorate the box as an additional activity.
*Feelings Masks - have children decorate a paper plate to depict an emotion.
*Feelings Collage - cut out pictures from magazines and catalogues showing various feelings.
*Happy Face Stamping - put out stamp pads and happy face stamps for children to use on paper.

Circle Time

Songs:

*If You're Happy and You Know It*Jack-In-The-Box
*The More We Get Together

Stories:

*I Was So Mad*Alexander and the Terrible, Horrible, No Good, Very Bad Day
*Franklin and the Thunderstorm
*The Dark at the Top of the Stairs
*Franklin in the Dark
*Franklin's Bad Day
*Happy, Sad, Mad & Glad (Disney)
*Happy & Sad

Games:

*How Am I Feeling? - Have pictures of people depicting different emotions. Have the children guess how the person is feeling and why by using clues in the pictures.




Songs

Jack-In-The-Box


Jack in the box
Sits so still
Won't you come out
YES I WILL!


The More We Get Together


The more we get together, together, together
The more we get together, the happier we'll be.
For your friends are my friends
And my friends are your friends.
Oh, the more we get together, the happier we'll be.

Printouts

Story and Puppets       Emotions Puppets

Emotions Sorting Game

this entry copied by : http://www.archjrc.com/childsplace/emotions.html

jangan lupa komen.tq

Aktiviti mewarna lebih mudah jika:

 Saya suka surf...so banyak lah juga jumpe laman web yang menyediakan pelbagai bahan untuk para guru. Anda cuma perlu "print"..dan kala yang kreatif tu boleh lah ubah suai bahan-bahan di internet...try click dis link..mungkin dapat membantu..

1. Bahan untuk murid mewarna gambar

gif Pictures, Images and Photoshttp://www.enchantedlearning.com/subjects/butterfly/books/paintedlady/fluent/

2. Bahan untuk buat origami

gif Pictures, Images and Photos         http://www.crafty-crafted.com/origami/origami-ice-cream/

3.Bahan-bahan lain.

gif Pictures, Images and Photos http://familycrafts.about.com/od/creativepaper/Paper_Craft_Projects.htm



p/s:kalau anda nak gambar2 kosong(black white) kat internet. Try searh google. Taipkan contoh " flower coloring sheet" atau "flower colouring book"..ada orang die taip "flower cartoon". Dan sebaik2nya taip dalam bahasa omputih...spy banyak bahan.

PRA 3112-PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH



 
1.0.        Pendahuluan

Isnstict atau naluri adalah suatu anugerah kepada hidupan seperti manusia dan haiwan. Hubungan manusia sesame manusia yang juga dipanggil hablumminnanas terjalin sejak zaman Nabi Adam lagi. Begitu juga hubungan yang terjalin antara ibu dan anak yang mempunyai talian sangat rapat. Keadaan ini menjadikan ibu dan anak mempunyai satu naluri atau perasaan yang sukar dirungkaikan. Perkara ini juga dikenali sebagai ‘sangkutan’.

Terdapat banyak definisi yang menerangkan konsep ‘sangkutan’. Berikut adalah beberapa pendapat tokoh yang memberi definisi sangkutan:
Rounded Rectangle: Lorenz melalui pemerhatiannya mengkaji ke atas corak tingkah laku sekumpulan anak angsa. Beliau merumuskan bahawa kita tidak akan memahami kanak-kanak kalau kita tidak memerhatikan tingkah lakunya dalam persekitaran semula jadi mereka. 

 





Kajian Lorenz ini pula telah diteruskan oleh John Bowlby. Bowlby yang terkenal dengan kajian ethologi berpendapat bahawa ‘sangkutan’ adalah:
Rounded Rectangle:  John Bowlby telah meneruskan kajian Lorenz. Beliau menyatakan bahawa kanak-kanak kecil membentuk sangkutan dan perapatan emosi yang intim kepada ibu bapa atau orang dewasa yang menggantikan ibu bapa sebenar. 
Bowlby mendefinisikan tingkah laku sangkutan sebagai apa jua tingkah laku yang menolong merapatkan hubungan bayi dengan individu sangkutan tersebut. Sangkutan juga boleh dimaksudkan sebagai hubungan rapat dan mesra yang mewujudkan kasih sayang yang kuat dan mengikat seseorang dengan yang lain.
 






Rounded Rectangle: Ainsworth (dalam Belsky,1988) hubungan kelekatan berkembang melalui pengalaman bayi dengan pengasuh di tahun-tahun awal kehidupannya.Terdapat beberapa teori lain yang melambangkan hubungan anak dan ibu bapa iaitu Ainsworth. Beliau berpendapat bahawa :


Saya juga menemui satu fakta hebat iaitu kaitan proses sangkutan pada alam prasekolah. Hasil pembacaan saya, (Laibel & Thompson,2000) menyatakan:
Rounded Rectangle: Attachment security during preschool also has been shown to be a reliable predictor of early conscience development.
 



              Jadi di sini saya dapat membuat infrens tentang konsep sangkutan adalah mengenai hubungan ibu dan anak sejak dari kandungan lagi. Hubungan yang melibatkan sentuhan, emosi, mental yang membangkitkan naluri antara ibu dan anak akan membentuk kasih sayang. Satu kajian di Eropah membuktikan kesan sangkutan antara orang-orang tua dan bayi pramatang menunjukkan kuasa sentuhan. Dalam kajian ini, orang-orang tua digalakkan membelai dan mengusap bayi pramatang. Didapati bayi pramatang tersebut cepat melalui proses pematangan kulit bayi dan pengurangan kedutan di kulit orang-orang tua ini. Kedua-dua pihak mendapat kelebihan daripada proses sangkutan.
Dalam tugasan ini, saya akan menghuraikan bagaimana sangkutan boleh berlaku antara ibu bapa, kanak-kanak(murid prasekolah) dan guru prasekolah. Pendekatan pengurangandan ketakutan dan pendekatan atau hubungan guru dan ibu bapa.








2.0.        Rumusan tentang pengurusan pendekatan pengurangan ketakutan dan pendekatan guru dan ibu bapa.

Pengurusan pendekatan pengurangan ketakutan lebih berfokus kepada cara untuk mengurangkan ketakutan dalam kalangan kanak-kanak. Kanak-kanak terdedah dengan pelbagai perkara baharu dan orang ramai serta persekitaran yang bervariasi. Mereka memerlukan keyakinan dan keberanian untuk menghadapi hari-hari seterusnya. Justeru,peranan ibu bapa dan guru adalah sangat besar dalam membantu mereka menghadapi hari dewasa dengan baik dan sempurna.
              Ibu bapa adalah insan yang paling hampir dengan kanak-kanak. Ibu pula adalah insan yang lebih hampir daripada bapa. Dari sejak dalam kandungan lagi, ibu memberikan ransangan kepada bayinya untuk memupuk pengetahuan awal perkembangan bayi. Sehinggalah bayi itu lahir, ikatan ibu bapa dan anak akan terus berkembang. Aktiviti menukar lampin, menyusu anak, mengurut anak dan sebagainya adalah antara contoh ‘attachment’ yang memberi kesan kepada kedua-dua pihak ini.
Kelebihan dan kekurangan sangkutan atau ‘attachment’ akan memberi kesan kepada anak umumnya. Antara kesan kelebihan sangkutan adalah ketakutan yang bermaksud kanak-kanak akan menghadapi satu fenomena enggan berjauhan dengan ibu bapa. Kekurangan sangkutan juga akan menyebabkan kanak-kanak tidak yakin kepada diri sendiri serta self-esteem yang rendah.
              Hasil pembacaan dari internet dan buku saya ingin merumuskan di sini bahawa, terdapat beberapa pendekatan yang dapat mengurangkan ketakutan kanak-kanak dan pendekatan atau hubungan guru dengan ibu bapa. Orang dewasa boleh mengurangkan ketakutan kanak-kanak dengan cara menyentuhnya mereka dengan cara lembut di samping menyelami perasaan mereka. Orang dewasa umumnya ibu dan bapa haruslah mengeluarkan tutur kata yang baik serta nada yang lembut. Ibu bapa dan guru boleh menyentuh bahagian bahu, kepala(mengusap) sambil mengeluarkan kata-kata semangat. Berikan keyakinan kepada mereka agar sentiasa berfikiran positif.
              Aktiviti rutin kanak-kanak hendaklah dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Aktiviti rutin yang dimaksudkan adalah seperti makan, mandi, bermain dan tidur. Ramai ibu bapa yang berpendapat bahwa waktu adalah waktu untuk ibu bapa berehat daripada melayan kerenah anak-anak. Ini bermakna ibu bapa telah melepaskan peluang mendekati anak pada waktu ini. Ibu bapa perlu menemani anak seblum tidur dengan cerita tauladan, sirah Nabi dan penerapan nilai-nilai murni. Jangan sesekali menceritakan sesuatu perkara yang boleh membuatkan mereka takut seperti cerita hantu dan tahyul. Kesannya mereka akan takut untuk tidur seorang, takut gelap, tidak yakin dengan diri sendiri dan ada yang sehingga menyebakan kencing malam kerana takut ke tandas.
              Bercerita sebelum anak tidur dapat mendekatkan diri anda dengan anak serta mengurangkan rasa takut. Jangan memarahi anak dengan suara yang lantang dan memekik kerana ini hanya akan menambah rasa takut mereka kepada sesuatu benda. Peluklah anak jika mereka sedih, bimbang dan takut. Mereka akan lebih merasa dekat dan selamat dengan orang dewasa jika dipeluk erat dan mesra. Kanak-kanak juga dahagakan pujian dan perhatian. Pujilah mereka dengan kejayaan yang mereka lakukan. Berilah semangat seperti “kamu boleh,Aiman. Cikgu percaya kamu boleh melakukannya”. Ini dapat meningkatkan self esteem mereka daripada mengeluarkan kata-kata seperti ini “Takkan lah benda senang macam ini tak boleh buat. Bodoh betul Aiman ni!”. Kata-kata seperti ini hanya merendahkan harga diri mereka serta menyebabkan mereka takut untuk melakukan sesuatu meskipun perkara yang betul. Mereka akan takut dimarahi atau ditertawakan. Selain itu, ibu bapa dan guru haruslah menyelami fikiran dan perasaan kanak-kanak ini. Cungkillah sebanyak mana masalah dan perasaan yang dialami dengan cara bertanya, menilai hasil kerja dan melihat interaksi sosial mereka melalui bermain contohnya. Jangan memaksa mereka menceritakan tentang apa yang ditakuti oleh mereka. Sebaliknya gunalah cara yang lebih halus seperti memberi mereka kertas dan pensil untuk menconteng. Di sinilah mereka akan bercerita melalui lukisan. Dan kemudian minta mereka bercerita teantang lukisan tersebut. Berilah pujian tentang lukisan itu dan berilah mereka ganjaran seperti masak makanan kegemarannya atau membawa mereka berjalan-jalan. Selain itu, aktiviti senaman dan pergerakan fizikal dapat memberikan keyakinan kepada kanak-kanak. Saya pernah menonton rancangan “Nona” yang mengupas aktiviti renang dan pemainan kasut roda untuk kanak-kanak.      Permainan ini adalah untuk membina semangat dan keberanian mereka terhadap perkara yang mereka takuti seperti jatuh. Begitu juga aktiviti air yang dikenali sebagai “water confident”. Aktiviti ini adalah aktiviti lanjutan selepas kanak-kanak diajak untuk masuk ke dalam air dan menyelam. Orang dewasa dan jurulatih khas akan mengajar dan mengawasi pergerakan mereka. Kanak-kanak trauma dan takut dengan air mungkin disebabkan pengalaman lemas dan sebagainya. Mereka akan dibawa bermain air, mandi, meyelam dan membuat water confident dengan bimbingan orang dewasa. Ini dapat menyakinkan kepada mereka tentang sesuatu yang tidak sepatutnya mereka takut.
            Di rumah, aktiviti bermain boleh mengeratkan hubungan keluarga dengan anak. Bermain dapat mengurangkan tekanan, kebimbangan dan keresahan. Proses bermain dapat membantu mewujudkan ketenangan, membina harga diri serta sikap positif. Ibu bapa berperanan sebagai pembimbing dengan memberikan pelbagai soalan yang dapat meransang pengetahuan anak. Ibu bapa yang mesra dan menyeronokkan akan menambah rasa selesa dan senang dalam hati kanak-kanak. Menurut Vygotsky, (1966), main merupakan satu cara kanak- kanak belajar apa yang tidak boleh diajar oleh orang lain. Di prasekolah pula guru berperanan penting menyediakan aktiviti yang dapat membina keyakinan dan keberanian murid. Belajar sambil bermain adalah pendekatan utama yang dapat membina interaksi sosial dalam kemahiran komunikasi seharian. Murid akan bermain secara koperatif dan kolaboratif. Di sini mereka akan belajar berkawan dan seterusnya dapat bercerita tentang pengalaman mereka. Melalaui aktiviti berkawan, mereka dapat berkongsi cerita dan perasaan serta semangat yang positif. Contohnya Amira adalah seorang yang takut pada ketinggian (gayat). Dalam situasi permainan gelongsor, rakannya Lily akan memujuk Amira untuk bermain bersama. Secara tidak langsung Amira akan cuba bermain demi untuk berkawan dengan Lily. Lily akan memimpin Amira dan menggelongsor bersama-sama. Jika keadaan ini berlaku, Amira akan kurang berasa takut bermain gelongsor yang tinggi. Aktiviti ini seterusnya akan diaplikasikan dengan situasi aktiviti yang lain dalam kehidupan harian. Aktiviti sukaneka juga dapat mengeratkan hubungan ibu bapa, sekolah dan murid. Ibu bapa akan dijemput bersama-sama menyertai permainan sukaneka. Aktiviti sukaneka ibu bapa dan anak dapat menyemai rasa kasih sayang serta kerjasama dalam sesuatu pasukan. Anak akan berasa ibu bapalah kawan terbaik mereka. Waktu inilah mereka berbangga kerana memiliki ibu bapa yang hebat dan berbakat. Secara tidak langsung harga diri seorang anak akan tinggi dan berasa disayangi. Hari kreativiti juga boleh dilaksanakan di sekolah. Perkongsian idea dan kolaborasi antara anak dengan ibu bapa akan menghasilkan satu karya kebanggaan mereka. Karya-karya ini akan dijadikan hiasan di rumah sebagai kenangan dan tanda kasih sayang hasil penglibatan ibu bapa dan anak. Prasekolah juga boleh mengadakan Hari Bakat. Murid-murid akan dilatih mempersembahkan drama, nyanyian atau puisi di sekolah. Ibu bapa yang datang ke Hari Bakat semestinya teruja dan gembira melihat bakat dan kebolehan anak mereka yang tidak pernah ditonjolkan di rumah. Murid akan berasa dihargai atas keadiran dan tepukan semangat daripada ibu bapa mereka. Hari Ibu juga dapat disambut bersama-sama sekolah. Guru boleh menganjurkan Hari Ibu Ratu Hatiku di sekolah dengan aktiviti menyolek ibu dan dedikasi khas untuk Ibu serta nyanyian lagu untuk Ibu masing-masing. Pemenang akan dikalungkan kain selempang dan hadiah seperti “Miss World”. Pasti ini akan menjadi sejarah kepada pasangan ibu dan anak di samping menyulam kasih antara keluarga.
           Banyak lagi aktiviti yang dapat dijalankan antara kerjasama ibu bapa, murid dan guru seperti bengkel penyediaan makanan berkhasiat, lawatan, konvokesyen, kebun sains, gotong-royong, sambutan Hari Jadi, Mari Membaca dan tautan kasih.
            Perkara yang amat penting ingin ditekankan di sini adalah hubungan kanak-kanak, ibu bapa dan guru sangat penting dalam membina jati diri kanak-kanak itu sendiri. Ketiga-tiga pihak mesti bekerjasama dalam usaha menjadikan kanak-kanak seimbang dari segi JERIS bagi membina insan yang syumul kelak.
           Kesimpulannya, semakin tinggi bonding yang diberikan kepada kanak-kanak semakin tinggilah attachment yang ada pada kanak-kanak. Attachment akan membina kanak-kanak yang mempunyai harga diri yang tinggi, merasa diterima keluarga, merasa diterima oleh rakan sebaya dan merasa diterima oleh masyarakat. Ini semua akan memberikan kesan seumur hidup kepada kanak-kanak.





                                                                         
  
           

3.0.                   KERTAS KERJA
KLINIK CEPAT MEMBACA ANAKKU
PERSEDIAAN PRASEKOLAH KE TAHUN SATU
Clip Art_Reading_Circle-315x254.jpgPRASEKOLAH SK PULAU GAJAH







1.0.              PENGENALAN / LATAR BELAKANG

Program pemulihan kemahiran membaca murid prasekolah Pulau Gajah ini diusulkan oleh guru pelatih PISMP Prasekolah Semester 6 dengan kerjasama Guru Prasekolah SK Pulau Gajah bagi melahirkan kanak-kanak prasekolah yang dapat menguasai kemahiran asas membaca sebelum masuk ke tahun satu. Program ini merupakan satu program yang wajib kami laksanakan kerana ianya terdapat dalam sukatan matapelajaran major kami iaitu PRA 3110. Program ini penting untuk dilaksanakan di sekolah ini memandangkan tahap penguasaan kemahiran membaca yang masih lemah meskipun telah masuk penggal kedua persekolahan.


2.0.             MATLAMAT

2.1    Membentuk dan melahirkan murid-murid yang dapat membaca dan menulis dengan baik.
2.2    Melahirkan murid-murid yang boleh menggarap pembelajaran
  sepanjang hayat melalui program pembudayaan ilmu.
2.3    Melahirkan murid-murid yang dapat mengadaptasi pengalaman
  kehidupan dalam pelbagai konteks melalui pembelajaran secara    
  menyeluruh.
            2.4 Menyediakan murid yang mantap dalam kemahiran bacaan
sebelum masuk ke tahun satu.

3.0.             OBJEKTIF

2.4    Mengeratkan hubungan antara komuniti guru SK Pulau Gajah dengan  Ibu bapa murid prasekolah.
2.5    Menyemaikan sikap semangat cintakan ilmu dalam diri murid-
murid dari peringkat awal lagi.
2.6  Melahirkan murid-murid yang kreatif dan berdaya saing.
2.7  Program ini bertepatan dengan sukatan pembelajaran murid-murid  
 prasekolah seperti yang telah ditetapkan oleh Kurikulum Standard 
 Prasekolah (Lampiran A).


4.0.        JANGKA MASA PROGRAM
3 bulan setengah,bermula pada pertengahan bulan 8  ini dan berakhir pada bulan 11. Namun usaha ini bergantung kepada kesungguhan pihak-pihak yang terlibat.

Tarikh      : 11 Ogos 2011
Hari          : Khamis
Masa        : 7.45-9.45 pagi.
Tempat    : Prasekolah SK Pulau Gajah

5.0.              SASARAN

5.1. 18 orang murid Prasekolah SK Pulau Gajah berumur 6 tahun. (Senarai nama murid-murid prasekolah rujuk lampiran B)


6.0.        AKTIVITI
6.1.        Ujian diagnostik kepada setiap murid.
6.1.1.   Ujian ini bertujuan untuk menguji tahap kebolehan murid dalam aspek bacaan.
6.1.2.   Contoh borang diagnostik (rujuk lampiran C)
6.1.3.   Bahan bacaan digunakan untuk menguji tahap penguasaan murid.(rujuk lampiran D)

6.2.        Program Budaya Didik Diri.
6.2.1.   Ibu bapa akan menanda buku catatan yang akan dibekalkan setiap kali selepas mengajar anak mereka membaca.
6.2.2.   Contoh buku catatan. (sila rujuk lampiran E).

6.3.        Kelas Anjung
6.3.1.   Kelas Anjung merupakan kelas lanjutan yang diberikan kepada murid yang belum menguasai sesuatu kemahiran pada tahap sepatutnya.
6.3.2.   Pelaksanaannya dilakukan oleh guru Prasekolah dan Pembantu Prasekolah selepas waktu persekolahan tamat. Ia mengambil masa 5-10  minit sahaja.
7.0.        Tentatif Program Kilinik Cepat Membaca
                                            7.45 pagi- pendaftaran ibu bapa
                                            8.15 pagi-ibu bapa mengambil tempat
                                            8.20 pagi-ucapan alu-aluan oleh Tuan Guru Besar
                                            8.30 pagi- Ucapan wakil pensyarah dari IPG
                                       8.45 pagi -oleh guru Prasekolah
                                            8.50 pagi-Persembahan Slide show Program.
        9.00 pagi- pagi-Program Klinik Cepat Membaca
        dijalankan.
                                            9.30 pagi- Penyerahan bahan bacaan mengajar
                                            kepada ibu bapa (disampaikan oleh Puan Hasinah)
                                            9.45 pagi- Majlis bersurai

8.0.        KOS PERBELANJAAN’
1 murid = RM 1
25 murid x RM1 = RM 25

9.0.        JANGKA MASA PENCAPAIAN
4 bulan selepas melancarkan aktiviti yang disarankan.


10.0.      PENUTUP
Program yang telah disarankan ini diharapkan dapat dilaksanakan seperti dirancangkan. Berdasarkan kepada pengalaman kami, program sebegini berjaya menyediakan murid yang menguasai kemahiran membaca dengan cepat dengan bantuan yang telah diberikan oleh ibu bapa murid sekali.  Akhir sekali, kami berharap program ini mendapat perhatian dan pertimbangan serta kelulusan dari pihak tuan.  Semoga projek ini akan berjalan dengan jayanya seperti yang dirancang serta mencapai matlamat dan objektif yang telah digariskan.  Segala jasa baik dan sokongan yang diberikan amatlah dihargai dan  didahului dengan ucapan terima kasih.
           
Sekian.
       
 Disediakan oleh:

            ………………………...............……….......
(PUTRI BALKISH BTE MOHD YUSOFF)
(MOHD HISYAMUDDIN BIN NASIR)
Guru Praktikum,
IPG Kampus Kota Bharu.


  
             Disemak oleh:

            ............................................
           (PN.HASINAH BT CHE AMAT)
           Guru Prasekolah,
           SK Pulau Gajah,Pengkalan Chepa,Kota Bharu.


Diluluskan oleh :



---------------------------------------
(EN.YUSUF BIN YAACOB)
Guru Besar,
SK Pulau Gajah,Pengkalan Chepa,Kota Bharu.









Lampiran A

KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN

REKABENTUK KURIKULUM
Ciri utama Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan:
1. Kurikulum berasaskan standard 
2. Kurikulum berbentuk modular

Kurikulum Berasaskan Standard
Tujuannya adalah untuk ekuiti dan kualiti. Di mana ekuiti bermaksud semua murid diberi pendidikan yang sama dan kualiti merujuk kepada bahawa semua murid perlu diberi pendidikan yang berkualiti. Standard Kandungan merupakan pernyataan spesifik tentang perkara yang patut murid tahu dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan. Ia merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran pula merupakan satu penetapan kriteria @ indikator pencapaian dalam bentuk objektif tingkahlaku (behavioural) untuk memastikan pencapaian setiap standard kandungan.

Kurikulum Berbentuk Modular
Merupakan satu kurikulum yang kandungannya diorganisasikan dan seterusnya disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit (dinamakan modul). 2 jenis modul diwujudkan iaitu:
1. Modul Asas - terdiri dari komponen bahasa (BM/BI/BC/BT), Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Permainan Luar dan Matematik.
2.Modul Bertema - iaitu modul bersepadu yang merangkumi unsur-unsur dalam keenam-enam Tunjang dan juga unsur kreatif, kritis dan inovatif. (modul ini dibina menggunakan isu kehidupan seharian kanak-kanak)

TUNJANG PEMBELAJARAN dalam KSPK :
  • Tunjang Komunikasi
  • Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai
  • Tunjang Kemanusiaan
  • Tunjang Sains dan Teknologi
  • Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika
  • Tunjang Ketrampilan Diri
Penekanan dalam Kurikulum Standard ini adalah supaya murid-murid prasekolah dapat menguasai 4M bukan lagi 3M:
  • Membaca
  • Menulis
  • Mengira
  • Menaakul


















Lampiran B













































Lampiran C






















LAMPIRAN D dan E














                                                POKET SINI







4.0.        LAPORAN PROGRAM KLINIK CEPAT MEMBACA ANAKKU
NAMA PELAKSANA                          : PUTRI BALKISH BINTI MOHD YUSOFF
NAMA PROGRAM                             : KLINIK CEPAT MEMBACA ANAKKU
NAMA PRASEKOLAH                      : SK PULAU GAJAH
TARIKH                                                :11 OGOS 2011
MASA                                                   :09.45-9.45 PAGI

Latar belakang program
Saya telah sepakat dengan rakan seperjuangan, Mohd Hisyamuddin Nasir untuk melaksanakan program ini. Sebenarnya program ini adalah program serampang dua mata. Kami mahu  meneruskan usaha kami pada praktikum fasa 1 iaitu program membaca sempena masuk ke Tahun Satu. Program semester lepas mendapat maklum balas yang positif dan pujian dari pihak pentadbiran, khususnya PK1 dan Guru Besar. Kami telah mengahsilkan kertas kerja dan modul pelaksanaan. Idea dan kerja kami ini dirancangkan akan diteruskan di prasekolah meskipun sudah ketiadaan kami. Apa yang menyedihkan, PK1 telah berpindah ke Gua Musang beberapa bulan selepas itu. Ini menyebabkan program tersebut tidak dapat dilaksanakan memandangkan kehilangan “orang kuat” sekolah.
                 Kerja kursus PRA 3110 ini menghendaki saya melaksanakan program prasekolah yang melibatkan kerjasama  ibu dan bapa. Pada mulanya guru prasekolah saya merancang membuat satu majlis Hari Jadi. Kertas kerja telah saya buat, namun ada beberapa kekangan seperti cuti mengejut pada hari Khamis dan menghampiri bulan puasa telah menyebabkan program ini dibatalkan.
             Saya mengambil keputusan berbincang dengan guru prasekolah untuk melaksanakan program membaca untuk murid-murid yang lemah. Beliau bersetuju dan menyokong usaha kami .saya mencari seberapa banyak bahan di internet mengenai program membaca kanak-kanak prasekolah. Ternyata bahan yang sangat membantu adalah terhad. Saya bertekad untuk membuat modul sendiri bersama-sama Hisyam. Saya telah memperbaiki kertas kerja lama untuk disesuaikan dengan program baru ini.
*      P1227_09-08-11-tile.jpgPerbincangan dan kolaborasi

Saya dan Syam telah berbincang dengan Guru Prasekolah, Guru Besar, Jurulatih Utama Prasekolah iaitu Pn.Siti Mariam dan Pn.Norsiah ketika pemantauan prasekolah berbintang. Perbincangan dengan Guru Besar sememangnya memberikan banyak motivasi kami. Guru Besar sangat berbangga dengan usaha yang ingin kami laksanakan ini dan telah memberi sedikit sebanyak idea beliau dalam proses penambahbaikan kerja. Perbincangan bersama JU dan Guru Prasekolah juga banyak mendapat tindak balas positif. Pn.Norsiah sangat bersetuju dengan kertas kerja kami dan telah menyemak bahan-bahan serta instrumen diagnostik yang telah kami lakukan. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan mendapat respons yang jauh lebih baik daripada jangkaan kami.
Persediaan program
*      Membukukan buku modul
Kami terlalu sibuk pada minggu ini. Setelah saya berhempas pulas menyiapkan kertas kerja dan telah mendapat kelulusan, saya memperbaiki buku modul yang akan diserahkan kepada ibu bapa nanti. Buku modul ini telah disalin cetak dan dibukukan.

P1114[01]_10-08-11.JPG








*      Susun atur tempat
Kelas disusun atur mengikut kesesuaian program. Kami menempatkan ibu bapa dan murid duduk di atas karpet untuk keselesaan. Manakala Guru Besar serta barisan guru duduk di atas kerusi sesuai dengan majlis formal.
P1401_02-08-11.JPG




*      Papan layar dan projektor
Kami telah membuat surat permohonan pinjaman papan layar dan projektor. Percubaan sistem telah dilakukan sehari sebelum program.
(Rujuk Lampiran)

*      Surat jemputan ibu bapa
Surat jemputan kepada ibu bapa telah dikirim melalaui anak mereka sendiri.
(Rujuk Lampiran)

*      Pembikinan slide dan video
Saya mengambil tugasan menyiapkan persembahan slide untuk hari esok. Selain mempermudahkan taklimat,ini juga penting bagi menarik perhatian audiens dalam sesi taklimat nanti.
P1116_10-08-11.JPG


Semasa program
Berikut adalah tentatif program :
7.45 pagi- pendaftaran ibu bapa
8.15 pagi-ibu bapa mengambil tempat
8.20 pagi-ucapan alu-aluan oleh Tuan Guru Besar
8.30 pagi- Ucapan wakil pensyarah dari IPG
8.45 pagi -oleh guru Prasekolah
8.50 pagi-Persembahan Slide show Program.
9.00 pagi- pagi-Program Klinik Cepat Membaca dijalankan.
9.30 pagi- Penyerahan bahan bacaan mengajar kepada ibu bapa (disampaikan oleh Puan Hasinah)
9.45 pagi- Majlis bersurai
       Saya menyediakan keperluan-keperluan pada pagi ini iaitu memastikan projektor beraksi dengan baik dan lancar. Susun atur dipantau agar kelihatan lebih sempurna. Kehadiran ibu bapa disambut dengan salam dan senyuman daripada pihak kami. 07.45 pagi adalah masa untuk ibu bapa mendaftar. Keadaan jelas menunjukkan hanya para ibu yang datang. Terdapat dua orang ibu bapa murid tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan. Namun kehadiran ibu bapa lebih baik daripada yang dijangkakan.
      Pada hari itu, saya memegang dua tugas pada satu masa iaitu sebagai pengerusi majlis dan juruteknikal. Boleh dikatakan saya agak terkejar-kejar tetapi saya dapat mengatasinya. Rasa gementar tetap ada ketika mengacarakan majlis. Sesi mempengerusikan majlis tetap berjalan lancar meskipun tanpa teks MC.
SAM_2678-tile.jpg

      Ucapan alu-aluan Guru Besar membuka gerbang program ini. Banyak ilmu yang diselitkan dalam ucapan alu-aluannya termasuklah serba sedikit menganai program ini. Alhamdulillah,respons yang baik jelas tergambar daripada riak wajah ibu-ibu ini. Terlihat dari senyuman mereka menggambarkan betapa besarnya harapan mereka ingin mendapatkan sesuatu dalam program ini.
              Ucapan diteruskan dengan ucapan Guru Prasekolah selaku tuan rumah yang mengizinkan kami melaksanakan program ini di prasekolah jagaannya. Beliau yang merupakan anak jati kampung ini sedikit banyak dapat membantu kami membina hubungan dengan masyarakat di sini khususnya ibu bapa murid. Kepercayaan masyarakat kampung terhadap beliau telah sedia terbina dan ini memudahkan kami untuk melaksanakan program bersama masyarakat. Di sinilah saya dapat melihat rupa ibu yang persis anak mereka. Bak kata pepatah “mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi”. Jika anak ini kelihatan kemas ke sekolah, begitu juga si ibu kelihatan rapi. Senyuman mereka juga seiras manisnya. Sebaliknya 2 orang murid bernama Adam Firdaus dan Adam Haris tidak dapat hadir bersama ibunya kerana masalah yang tidak dapat dielakkan. Kedua-dua murid ini bukan sahaja tidak dapat mengenal huruf tetapi salah seorang daripadanya tidak mahu membuka mulut apabila ditanya. Saya terasa agak terkilan dengan ketidakhadiran mereka pada program hari ini.
SAM_2668-tile.jpg

            















              
              Penerangan seterusnya oleh Mohd Hisyamuddin bin Nasir. Sifat mesra dan peramahnya telah menarik perhatian audiens pada masa itu. Tambahan pula kelebihannya bercakap dialek kelantan dapat memonopoli program itu sepenuhnya. Secara keseluruhannya para ibu mendengar penerangan ini dengan baik. Penerangan berbantukan LCD projektor juga dapat memberi pengalaman baru pada masyarakat kampung Pulau Gajah ini. Taklimat tentang peranan ibu bapa juga ditekankan di sini kerana program ini adalah melibatkan 70% penglibatan ibu bapa dan murid berbanding hanya 20% peranan kami dan guru prasekolah dan selebihnya adalah peranan PK1 dan Guru Besar sebagai pemantau projek. Di sini kami telah tekankan kepentingan peranan ibu bapa dalam memndidik anak mereka adalah lebih berkesan daripada orang lain yang mendidik.
            Beberapa teori dan kajian telah dijelaskan kepada ibu bapa ini mengenai penglibatan ibu bapa dalam kejayaan anak mereka. Teori Arnold (2008) dan Izzo et al. (1999) menunjukkan bahawa penglibatan ibu bapa yang lebih tinggi menentukan pecapaian akademik kanak-kanak yang tinggi. Manakala Conway (2003) menyatakan penglibatan ibu bapa perlu lagi digalakkan kerana memberi kesan yang mendalam terhadap perkembangan sosial dan kejayaan akademik kanak-kanak. Ini telah membuktikan bahawa penglibatan ibu bapa dalam menetukan kejayaan anak adalah besar. Satu lagi dapatan Marcon (1999) juga menyatakan bahawa penglibatan ibu bapa yang lebih tinggi dan jenis penglibatan yang lebih aktif berkaitan dengan kemahiran berbahasa kanak-kanak yang lebih baik, perkembangan sosial, motor, dan adaptif yang lebih baik. Ini sudah cukup membuktikan kepentingan penglibatan ibu bapa dalam akademik anak mereka adalah sangat penting.
           Kami menerangkan teori ini kerana kami yakin bahawa ada ibu bapa yang terdetik untuk mempersoalkan peranan guru sebagai pendidik. Kami bersedia untuk mendengar soalan seperti ini
“Apa guru lakukan di sekolah? Padahal kami menghantar anak kami ke sekolah untuk belajar membaca. Tetapi mengapa kami perlu terlibat sama?”
            Ini adalah soalan yang saya jangkakan akan ada. Jangkaan meleset apabila mendapati para ibu tidak bertanyakan sebarang soalan. Kami menganggap mereka telah faham tentang apa yang telah disampaikan.
           Dalam penerangan ini juga diterangkan konsep prasekolah seperti apa itu prasekolah, pendekatan yang digunakan, penempatan murid mengikut umur dan tunjang-tunjang yang diajar di prasekolah. Ini penting bagi memberi pendedahan kepada ibu bapa tentang kepentingan prasekolah. Selain itu ibu bapa difahamkan tentang kepentingan bermain, berlakon, menyanyi dan melukis. Ibu bapa khususnya masyarakat kampung perlu mengetahui bahawa proses pembelajaran kanak-kanak  adalah selaras dengan KSPK iaitu Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan yang mempunyai enam tunjang utama. Dan tunjang-tunjang inilah yang diserapkan kepada kanak-kanak prasekolah melalui pendekatan bermain, projek, inkuiri dan lain-lain. Perkara yang lebih menarik lagi, kanak-kanak prasekolah telah diminta menyanyi lagu “di sini senang,di sana senang” beramai-ramai. Walaupun mungkin ibu bapa mengaggap ‘menyanyi’ adalah perkara yang kecil dalam pendidikan, namun kami menekankan bahawa menyanyi adalah sebahagian cara kanak-kanak belajar.
*      Penerangan buku Klinik Cepat Membaca Anakku

P0844[01]_11-08-11-tile.jpg Ibu bapa diedarkan sebuah buku modul. Tunjuk cara penggunaan buku modul juga diterangkan secara berperingkat. Kami menekankan kaedah membaca konvensional iaitu kaedah abjad yang telah digunakan sekian lama. Para ibu juga diingatkan agar tidak melangkau bahan bacaan ini melainkan telah menguasai kemahiran sebelumnya. Kaedah masteri digunakan dalam modul kami agar kanak-kanak belajar daripada mudah ke sukar. Selain itu dapat mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan yang baharu. Sebagai contoh aktiviti membunyikan suku kata tertutup. Murid perlu menguasai suku kata terbuka dahulu barulah mempelajari suku kata tertutup. Seperti ba ( suku kata terbuka),bas(suku kata tertutup).
             Dalam buku modul ini juga terdapat gambar kartun dan dialog yang memberi kata-kata semangat seperti Tahniah,anda telah menguasai ABC. Ini dapat memotivasikan anak mereka di samping memberi peringatan kepada ibu bapa agar tidak kedekut memuji anak mereka. Saya juga menggunakan nama murid yang sudah pandai membaca sebagai bahan bacaan buku ini.  Sebanyak 10 kekerapan bacaan yang perlu ditanda dalam buku ini. Ibu bapa hendaklah menanda (X) pada ruangan 10 kali baca. Ini bermaksud kanak-kanak hendaklah mengulang sesuatu bahan bacaan sebanyak 10 kali berturut-turut. Pembelajaran dikira berjaya setelah anak dapat membaca dan mengulangi benda yang sama sebanyak 10 kali. Idea ini telah diberikan oleh Tuan Guru Besar yang baik hati dan tidak lokek berkongsi idea. Ibu bapa juga diterangkan bahawa mereka perlu perlu menyerahkan buku tersebut kepada Guru Prasekolah setiap hari Khamis untuk semakan dan komen.
          Selepas sesi taklimat tamat, sesi soal jawab dibuka kepada ibu bapa yang ingin mengajukan soalan. Namun tiada sebarang soalan diajukan. Kami hanya menggalakkan ibu bapa tidak segan untuk mengadu dan bertanya kepada guru di sekolah jika terdapat masalah. Majlis diakhiri dengan dan penyerahan cenderahati kepada Guru Besar, Guru Prasekolah dan Ibu bapa yang sudi hadir pada hari itu. Tirai majlis ditutup dengan surah Al-Ikhlas dan sesi bergambar. Para ibu nampak senang dalam aktiviti bergambar dan sememangnya program ini dapat mengeratkan lagi hubungan guru, ibu bapa dan murid.




          Selepas
          Kami sibuk mengemas semula barang-barang yang dipinjam dan mengatur semula kelas ke keadaan asal. Perasaan penat berbaur dengan rasa gembira dan lega. Saya berasa program ini lebih bermakna daripada program Hari Jadi yang dibatalkan tempoh hari. Menjelang hari Ahad, awal persekolahan minggu depan iaitu bersamaan 14.07.2011, saya mendapati murid bernama Airil Zuprie telah dapat membatangkan suku kata terbuka dengan lancar. Hal ini membuatkan saya berpaling beberapa kali ke arahnya untuk mendapatkan kepastian. Apabila saya bertanya kepada murid ini siapa yang mengajar menyebut suku kata, dia menyebut ibu dan abangnya mengajar di rumah. Sudah pasti hubungan anak-beranak lebih bermakna jika sesuatu perkara dilakukan bersama-sama.
       Beberapa murid lain mjenunjukkan perubahan positif yang agak perlahan. Namun saya yakin jika penglibatan ibu bapa berterusan akan memberi kesan yang positif kepada anak mereka.
      Daripada tugas sebagai pembina modul berpindah kepada tugas seorang pelajar. Saya masih mengumpul bahan untuk dijadikan bahan bacaan yang membantu saya mengajar kanak-kanak lebih cepat membaca. Teknik KUMON yang berasal dari luar negara telah mula bertapak di Malaysia. KUMON yang lebih tertumpu kepada pembelajaran masteri sama seperti bahan yang telah saya rancangkan dalam modul ini.
       Usaha menyiapkan laporan kerja kursus dilakukan lebih mudah memandangkan saya hanya perlu mengingat dan merangka isi laporan. Pemprosesan maklumat dilakukan dengan kadar agak cepat memandangkan semua bahan telah ada. Namun kekangan masa tetap memaksa saya melakukannya secara cepat dan sempurna.





Keperluan program
Program ini dijalankan bertujuan mengeratkan hubungan guru, ibu bapa dan murid dalam akademik murid itu sendiri. Program ini penting memandangkan murid enam tahun bakal ke tahun satu pada tahun hadapan. Kesedaran daripada tahap kemahiran mambaca yang lemah dalam kalangan murid ini menyebabkan saya melaksanakan program ini. Saya percaya tidak ramai rakan-rakan lain yang memilih untuk melakukan projek seperti ini. Namun saya merasakan ini adalah pelaburan masa panjang. Dan sudah pasti Guru Besar serta Guru Prasekolah bersetuju dengan program yang kami jalankan ini. Tujuan utama program ini adalah menyediakan murid yang boleh membaca sebelum masuk ke Tahun Satu. Penglibatan ibu bapa juga adalah satu penyelesaian yang difikirkan sesuai dengan matlamat program ini. Sekurang-kurangnya ibu bapa mereka tahu tentang kelemahan anak mereka dalam membaca. Dan mungkin ada yang dapat menyelami perasaan guru yang mengajar membaca dan berfikir ‘bukan mudah mengajar membaca kepada anak’. Di samping melayan drama Melayu di kaca televisyen, ibu boleh mengajar anak mereka membaca. Walaupun sekejap namun ibu bapa harus menjadikan masa keluarga itu berkualiti dan harus diisi dengan aktiviti yang berfaedah. Secara tidak langsung dapat memupuk budaya membaca dalam komuniti keluarga.










Kelebihan program
Banyak kelebihan yang diperolehi daripada program ini. Saya dapat mengenali para ibu murid dengan lebih dekat serta membaca personaliti mereka. Program ini juga memupuk nilai kasih sayang bukan sahaja antara ibu bapa dan murid, tetapi juga warga sekolah SKPG. Program ini dapat melahirkan murid yang boleh membaca seperti Aiman dan Daniel(murid yang sudah menguasai membaca). Program ini juga dapat melibatkan hubungan ibu bapa, murid dan guru secara berpanjangan berbanding dengan Majlis Sambutan Hari Jadi atau Hari Bakat atau Kebun sains. Ini kerana tiada satu pun ibu bapa yang sanggup melihat anaknya tidak pandai membaca. Jadi ibu bapa akan berusaha mengambil masa untuk mengajar anak mereka walaupun tidak lama. Hubungan ibu dan anak yang semakin akrab akan menambah rasa harga diri. Tambahan pula jika ibu bapa memberi pujian dan ganjaran kepada anak mereka apabila berjaya menguasai sesuatu unit modul. Si anak juga lebih merasa diberi perhatian jika ibu bapa mengajar mereka dengan kasih sayang. Kekuatan program ini juga terletak kepada sesi penerangan yang dijalankan oleh Syam yang begitu menyakinkan para ibu dan murid. Boleh dikatakan semua ibu senang dengan cara beliau. Kawalan murid prasekolah juga sentiasa dipantau dari masa ke masa agar tidak menganggu majlis. Penggunaan bahan elektronik sebagai bahan persembahan dapat menarik tumpuan audiens. Mungkin ini adalah perkara baharu bagi masyarakat Pulau Gajah dan mungkin tidak. Namun animasi serta warna yang menarik dapat menarik perhatian audiens. Gambar anak-anak mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran juga dipersembahkan. Semua ibu yang hadir serta tetamu VIP dihadiahi buah tangan kurma eklusif habatus sauda yang ditaja oleh pembantu prasekolah yang dermawan. Bukti kekuatan program ini adalah ada antara ibu yang sudah berani datang ke prasekolah mendekati anaknya semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Ini menunjukkan kesedaran didalam diri ibu bapa bahawa pentingnya penglibatan ibu bapa dalam mencorakkan kejayaan anak- anak.



Kelemahan
Mungkin rupa buku ini tidak menarik kerana difotostat. Penggunaan unit juga tidak jelas iaitu saya tidak mengasingkan satu unit dengan satu unit yang lain dalam muka surat yang berasingan. Saya juga berasa agak kurang bersedia ketika menjadi pengerusi majlis dan menjadikan majlis ini santai dan bersahaja. Saya tidak menyelitkan pantun pada setiap agenda baru. Sebaliknya hanya kata alu-aluan yang biasa digunakan dalam majlis. Majlis juga dilakukan secara ringkas sahaja memandangkan audiens yang kurang 30 orang. Murid yang berada di kawasan hadapan V.I.P agak menganggu program. Kadang-kala mereka tidak dapat duduk diam dan mengusik antara satu sama lain. Ini menyebabkan mereka bising dan hilang kawalan. Saya berasa agak kecewa apabila video yang saya hasilkan tidak dapat dimainkan semula dalam format mediafile. Sepatutnya video ini akan dimainkan esok. Saya tidak dapat menukar format video ini kerana terlalu banyak kerenah teknologi yang memeningkan.

Penambahabaikan
Mungkin saya boleh meminta sponsor daripada pihak sekolah ingin mencetak buku ini berwarna bagi tujuan daya penarik. Pembantu prasekolah juga sebaik-baiknya duduk bersama murid-murid bagi memudahkan kawalan murid. Saya juga telah menggantikan video dengan gambar-gambar murid prasekolah yang diselitkan di persembahan power point. Sebagai penambahbaikan pada masa akan datang, saya akan membuat modul ini lebih sistematik dengan meletakkan nombor unit pada setiap kemahiran yang perlu dikuasai. Pada masa akan datang juga saya harus menyelitkan pantun pemanis ayat untuk menyerikan lagi sesuatu majlis. Saya juga harus lebih bersedia dan cekap mengandalikan majlis formal supaya kelihatan lebih yakin dan mengurangkan kesilapan dalam mengacarakan sesuatu majlis.




5.0.        Refleksi kendiri
                   Penerimaan tugas pada sebulan lepas menggambarkan kesibukan saya semakin bertambah. Komitmen terhadap persiapan fail dan praktikum semakin dibebankan dengan tugasan yang agak rumit apabila tugasan menghendaki saya mengadakan satu program prasekolah bersama penglibatan ibu bapa. Hati berasa lega apabila guru prasekolah ingin merancang majlis Hari Jadi di Taman Perbandaran Tengku Anis. Namun rancangan ini telah dibatalkan setelah saya menyiapkan kertas kerja yang lengkap kerana cuti mengejut pada hari program dan menghampiri bulan puasa. Setelah kecewa dengan kejadian tersebut, saya dan rakan seperjuangan, Mohd Hisyamuddin telah berbincang dan bersepakat untuk mengadakan program yang lebih baik. Nasihat dan pendapat yang diberikan oleh Pensyarah Pembimbing yang mengatakan bahawa “lakukan program yang luar daripada kebiasaan” membuatkan saya tiba-tiba berfikir mengenai program membaca. Pada semester lepas, di sekolah yang sama;saya telah menghasilkan kertas kerja mengenai program persiapan ke Tahun Satu. Dalam kertas kerja ini saya mengusulkan beberapa cadangan kepada sekolah untuk mengadakan kelas Anjung, program Buddi(Budaya Didik Diri) dan anak angkat bagi usaha mewujudkan murid prasekolah yang boleh membaca. Ini adalah tugasan yang diberikan oleh Guru PK1,Tuan Said. Hari praktikum terakhir pada semester lepas, Guru Besar dan PK1 telah membuat satu jamuan untuk semua guru. Alangkah terkejutnya saya apabila kertas kerja ini dijadikan salah satu agenda jamuan pada hari itu. Ini menunjukkan betapa besarnya penghargaan pihak pentadbiran terhadap usaha saya.
                   Saya telah mengedit semula kertas kerja yang sedia ada untuk disesuaikan dengan program baru ini. Saya sangat bersemangat dalam melaksanakan tugasan ini, namun terlalu banyak tugasan yang saya pikul baik belakang dan depan tabir. Secara jujurnya saya banyak melakukan kerja-kerja belakang tabir seperti penyediaan bahan modul, pencarian kaedah sesuai membaca, membuat diagnosis, kertas kerja yang perlu diperbaiki beberapa kali dan persembahan slide power point dan video. Saya tersepit dengan dengan tugasan Buku Rancangan Mengajar yang memerlukan komitmen yang tinggi juga. Jadi, saya terpaksa bersengkang mata sehingga lewat malam. Saya merasakan Ramadhan tahun ini menuntut banyak kesabaran. Sehinggakan saya tidak larat melakukan sunat Tarawikh pada setiap hari. Namun ada kalanya saya gagahkan diri merebut peluang Ramadhan yang datang hanya setahun sekali sahaja. Badan terasa sungguh lesu dan sakit sehinggakan terpaksa menahan diri daripada minum minuman sejuk untuk mengelakkan kemudaratan. Dengan keadaan yang sakit belakang akibat membuat RPH dan kerja-kerja menaip, saya terpaksa meneruskan juga usaha itu. Saya sudah tiada masa lagi untuk melengahkan masa. Namun saya ada sesekali keluar bersama rakan-rakan untuk menghilangkan bosan dengan tekanan kerja. Saya percaya akan lebih segar dan bertenaga setelah berehat beberapa jam tanpa mengusik kerja. Dan kemudian meneruskan semula kerja-kerja tertangguh. Kesannya saya lebih banyak idea untuk menulis dan memperbaiki kelemahan tugasan. Di sini saya dapat mengurus tekanan dengan lebih baik dan positif. Begitu juga dalam dunia guru yang sebenar, pasti lebih banyak rintangan yang perlu diharungi. Saya perlu lebih bijak dalam menjadikan suatu cabaran dan masalah menjadi peluang dan idea.
                   Pencarian bahan pada awal-awal mendapat tugasan boleh dikatakan sukar. Tetapi saya tidak berputus asa mencarinya pada hari-hari berikutnya. Alhamdulillah, saya memperolehi bahan yang saya cari. Namun tidak semua bahan dapat membantu sepenuhnya. Saya perlu bijak mengambil serba sedikit ‘point’ dan ‘mix’ kesemua bahan ini. Banyak bahan yang diperolehi dalam Bahasa Inggeris termasuk buku rujukan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Saya hanya menterjemah keseluruhan ayat bagi memudahkan kerja dan tidak terlalu terikat dengan ayat yang skema. Saya akui kerja mengalih bahasa bukan satu perkara yang digemari oleh guru pelatih seperti saya. Namun, bahan bacaan dalam Bahasa Melayu sangat terhad. Ini memaksa saya lebih proaktif dan menjadikan masalah ini sebagai satu peluang untuk saya lebih jinak dengan bahasa asing. Tambahan pula, Bahasa Inggeris sangat penting selepas Bahasa Kebangsaan dan perlu dikuasai oleh setiap pelajar. Saya  memasang cita-cita untuk melanjutkan pengajian ke tahap lebih tinggi. Dan saya percaya bahawa saya akan menghadapi masalah pada masa akan datang jika tidak membiasakan diri dengan Bahasa Inggeris dari sekarang.
                                                              
                   Dua hari sebelum pelaksanaan program, pemantauan prasekolah berbitang telah dilakukan oleh JU QIT Pengakalan Chepa. Pn.Norsiah masih mengenali wajah saya walaupun hanya berjumpa sekali di sekolah beliau pada Program Bina Insan Guru Semester ini. Saya menggunakan peluang ini untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama beliau serta rakannya, Pn.Siti Mariam. Keadaan menjadi kecoh dengan kemesraan dan sikap bersahaja yang dirujukkan oleh mereka. Saya begitu senang dengan cara kerja dan idea yang diberikan oleh mereka. Kertas kerja kami mendapat pujian daripada mereka. Beliau juga mencadangkan agar kami memilih tajuk ini sebagai tajuk tesis pada masa akan datang. Sebenarnya saya sudah merancang dari awal lagi untuk menjadikan tajuk tugasan sebagai kajian lanjutan untuk pada masa akan datang. Oleh itu,ini adalah tapak permulaan saya bagi meneruskan langkah seterusnya. Ini juga adalah satu eksperimen untuk saya melihat keberkesanan program ini kepada kanak-kanak yang belum mengenali huruf dan membatangkan suku kata. Saya juga merancang ingin melakukan program ini di prasekolah yang bakal saya praktikum pada tahun hadapan.
           Pada hari saya mempengerusikan majlis, saya tidak merasakan penggunaan teks pengacaraan majlis itu sangat penting. Saya hanya mencatat senarai pemberi ucapan dan tentatif program yang penting sahaja di kertas kecil. Walaupun pada hakikatnya saya gementar dan takut melakukan kesilapan. Saya hanya berfikir bahawa “audiens hanya ingin mendengar saya bercakap dan bukannya mencari kesalahan saya”. Itulah kata-kata En.Aminuddin (jabatan Bahasa Melayu) sewaktu sesi kuliah di semester 2 tahun persediaan yang masih tersemat segar di ingatan. Mungkin saya boleh memperbaiki kemahiran berucap dengan menyelitkan pantun sebagai pemanis kata pada masa yang lain.
        Masalah teknikal juga berlaku pada awal-awal pagi di saat saya sedang menyambungkan peralatan di laptop. Masalah berlaku apabila imej yang dipancarkan di papan layar tiada ‘item button’. Guru IT yang berusaha mulai temui jalan buntu,manakala saya bertekad untuk tidak menggunakan persembahan slide sebagai tanda kecewa. Namun beberapa saat kemudian, keadaan menjadi baik. Saya telah melakukan setting pada ‘control pannel’ dan mencuba semua butang fungsi. Dengan bangganya saya berjaya melakukan perkara yang tidak diketahui oleh Guru IT. Adakalanya kita tidak boleh berdiam diri walaupun sesukar manapun masalah itu. Ini mengajar saya untuk melakukan sedaya upaya usaha menyelesaikan masalah. Hati saya mulai lega dan fokus terhadap perjalanan program seterusnya.
           Dalam usaha menyiapkan kerja kurusus ini pula, saya dikejutkan dengan berita pecah rumah yang terletak selang sebuah rumah saya. Saya sebenarnya sudah merasakan sesuatu pada malam itu. Saya berusaha tidak mahu tidur kerana risau dengan keselamatan saya dan harta saya. Tambahan pula,saya keseorangan di rumah. Rakan serumah saya semuanya junior semester 4 dan telah pulang ke kampung minggu lepas kerana tugasan SBE. Alhamdulillah,saya dalam keadaan baik dan saya percaya Allah ada untuk melindungi saya. Saya buang semua masalah itu untuk fokus kepada tugasan tetapi masih ada sisa-sisa kebimbangan itu. Saya mengambil keputusan untuk bermalam di rumah Wani yang terletak agak jauh. Mungkin ada hikmah semua ini. Mungkin dengan cara ini, saya akan dapat berkongsi idea dan bahan dengan mereka semua dalam melaksanakan tugasan. Serba sedikit dapat mengurangkan rasa bimbang terhadap keselamatan saya. Saya membawa barang-barang berharga di dalam kereta juga sebagai langkah persediaan. Fikiran saya agak terganggu dengan keadaan yang terjadi. Namun saya hanya berusaha dan bertawakal kepada Allah. Mungkin inilah perkara yang saya perlu hadapi pada masa akan datang. Bukan ini yang saya minta,tetapi maklumlah ramai guru yang dihantar ke kampung-kampung pedalaman dan duduk seorang diri. Tambahan pula, ada yang anak dara menambah rasa risau dalam diri keluarga dan tuan diri. Saya perlu bersedia dengan keadaan ini semua jika takdir tertulis begitu.
          Banyak perkara yang saya pelajari daripada pelaksanaan tugasan ini. Kerjasama dengan ramai orang sangat baik. Proses percambahan minda hasil kolaborasi daripada pihak-pihak yang berpengalaman semestinya menjadikan saya sebagai seorang yang matang. Saya juga banyak bekerjasama dengan rakan seperjuangan saya, Mohd Hisyamuddin. Saya akui banyak percanggahan pendapat dan selisih faham antara kami berlaku. Tetapi kami selalu berbincang dan meluahkan perasaan tidak puas hati antara satu sama lain. Kami cuba mencari jalan penyelesaian terbaik. Kami mempunyai kelebihan masing-masing. Alhamdulillah,kami dapat bersatu dengan saling melengkapi kekurangan masing-masing. Dalam kerja kumpulan, persamaan bukanlah perkara terpenting dalam menjayakan sebuah tugas. Tetapi apa yang penting bagi saya bagaimana proses penyerapan dan penambahbaikan itu berlaku sehingga menghasilkan  tugasan terbaik. Saya banyak belajar mengawal perasaan tertekan dan kecewa sejak kebelakangan ini. Saya sedari bahawa perasaan marah hanya akan membawa masalah lain yang lebih buruk. Jadi, saya akan bertenang dan berfikir secara relevan.
         Setelah melaksanakan tugasan ini,kepercayaan saya kepada kelebihan penglibatan ibu bapa dalam menghasilkan anak yang berpotensi lebih mendalam. Baru sahaja 3 hari melaksanakan tugasan ini, Airil Zupri yang sebelum ini belum menguasai kemahiran huruf, telah dapat membaca suku kata seperti ‘ca’,’ci’,’co’,’cu’ dan ‘ce’. Inilah bukti bahawa penglibatan ibu bapa dalam perkembangan anak sangat penting. Saya merasakan program ini telah berjaya kesan daripada kebolehan membaca ini. Perasaan gembira dan terharu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Inilah perasaan seorang guru yang mula bercambah dalam jiwa saya. Saya yakin banyak lagi peluang untuk saya curahkan idea dan tenaga kepada anak didik pada masa akan datang. Saya berharap saya akan terus bersemangat menghadapi dunia guru pada masa akan datang.




 jangan lupa komen.tq