APLIKASI TEORI PSIKOANALISIS DALAM BILIK DARJAH

Teori psikoanalisis ini sangat mempengaruhi keadaan bilik darjah secara tidak langsung. Daripada keseluruhan perbincangan mengenai teori psikoanalisis peringkat umur yang lebih diketengahkan adalah umur dalam lingkungan persekolahan. Oleh itu para pendidik harus memahami teori psikoanalisis untuk mengatahui perwatakan anak murid.

Beberapa cadangan yang harus dipertimbangkan oleh setiap pendidik berdasarkan hujah dan teori psikoanalisis ini. Anataranya para pendidik harus mengubah suai keadaan pengajaran dan pembelajaran supaya ianya dapat mengambil kira sikap, persepsi, dan tingkah laku pelajar secara keseluruhannya. Maksudnya pengajaran dan pembelajaran hendaklah mampu mengimbangi sikap,persepsi dan tingkah laku pelajar.

Selain itu, para pendidik harus peka kepada keadaan pelajar-pelajar yang bermasalah. Ini kerana pelajar-pelajar yang bermasalah ini selalunya mengalami kecaleruan dalam memotivasikan diri mereka sendiri. Oleh itu, para pendidik hendaklah mendekati pelajar-pelajar ini secara diplomasi dan berikan mereka motivasi yang sepatutnya mereka terima.

Keupayaan atau kemampuan seseorang pelajar itu dipengaruhi umur. Semakin meningkat umurnya maka pengetahuannya juga bertambah. Oleh itu, para pendidik harus peka dan tahu akan potensi atau setakat mana keupayaan pelajarnya. Ini adalah penting untuk mentukan tugasan atau latihan yang sesuai yang sesuai kepada mereka. Jika tugasan dan latihan yang diberikan oleh para pendidik itu sesuai untuk mereka, kepuasan boleh dicapai dalam diri mereka.

Selain itu, pelajar-pelajar pada umumnya belajar daripada nilai yang mereka pelajari. Penerapan nilai yang baik dalam pengajaran dan pembelajaran ini adalah amat penting. Ini kerana penerapan nilai agama dan moral yang baik ini yang mepengaruhi keseluruhan sahsiah dan perwatakan pelajar seterusnya. Keseluruhannya teori psikoanalisis ini banyak mempengaruhi keadaan manusia baik dalam pengajaran dan pembelajaran mahupun dalam kehidupan seharian.

IMPLIKASI TEHADAP P&P
 Manusia dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam diri sejak kecil lagi.
 Tercetus rasa ingin maju dalam pelajaran apabila melihat kejayaan orang lain.
 Jika sesorang mentaati arahan guru dan berkelakuan baik, perasaan bangga akan dirasai.
 Personaliti memenuhi keperluan hidup termasuk pelajaran yang sempurna.
 Seseorang akan berusaha mencapai kepuasan.melalui personaliti, guru dapat mengesan golongan pelajar yang bermasalah. Di sini guru dapat menyelesaikan masalah P&P mereka melalui pendekatan psikologi.

APLIKASI TEORI PSIKOANALISIS DALAM BILIK DARJAH

Teori psikoanalisis ini sangat mempengaruhi keadaan bilik darjah secara tidak langsung. Daripada keseluruhan perbincangan mengenai teori psikoanalisis peringkat umur yang lebih diketengahkan adalah umur dalam lingkungan persekolahan. Oleh itu para pendidik harus memahami teori psikoanalisis untuk mengatahui perwatakan anak murid.

Beberapa cadangan yang harus dipertimbangkan oleh setiap pendidik berdasarkan hujah dan teori psikoanalisis ini. Anataranya para pendidik harus mengubah suai keadaan pengajaran dan pembelajaran supaya ianya dapat mengambil kira sikap, persepsi, dan tingkah laku pelajar secara keseluruhannya. Maksudnya pengajaran dan pembelajaran hendaklah mampu mengimbangi sikap,persepsi dan tingkah laku pelajar.

Selain itu, para pendidik harus peka kepada keadaan pelajar-pelajar yang bermasalah. Ini kerana pelajar-pelajar yang bermasalah ini selalunya mengalami kecaleruan dalam memotivasikan diri mereka sendiri. Oleh itu, para pendidik hendaklah mendekati pelajar-pelajar ini secara diplomasi dan berikan mereka motivasi yang sepatutnya mereka terima.

Keupayaan atau kemampuan seseorang pelajar itu dipengaruhi umur. Semakin meningkat umurnya maka pengetahuannya juga bertambah. Oleh itu, para pendidik harus peka dan tahu akan potensi atau setakat mana keupayaan pelajarnya. Ini adalah penting untuk mentukan tugasan atau latihan yang sesuai yang sesuai kepada mereka. Jika tugasan dan latihan yang diberikan oleh para pendidik itu sesuai untuk mereka, kepuasan boleh dicapai dalam diri mereka.

Selain itu, pelajar-pelajar pada umumnya belajar daripada nilai yang mereka pelajari. Penerapan nilai yang baik dalam pengajaran dan pembelajaran ini adalah amat penting. Ini kerana penerapan nilai agama dan moral yang baik ini yang mepengaruhi keseluruhan sahsiah dan perwatakan pelajar seterusnya. Keseluruhannya teori psikoanalisis ini banyak mempengaruhi keadaan manusia baik dalam pengajaran dan pembelajaran mahupun dalam kehidupan seharian.

IMPLIKASI TEHADAP P&P
 Manusia dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam diri sejak kecil lagi.
 Tercetus rasa ingin maju dalam pelajaran apabila melihat kejayaan orang lain.
 Jika sesorang mentaati arahan guru dan berkelakuan baik, perasaan bangga akan dirasai.
 Personaliti memenuhi keperluan hidup termasuk pelajaran yang sempurna.
 Seseorang akan berusaha mencapai kepuasan.melalui personaliti, guru dapat mengesan golongan pelajar yang bermasalah. Di sini guru dapat menyelesaikan masalah P&P mereka melalui pendekatan psikologi.

konsep personaliti

Secara umumnya, diri manusia mengandungi dua aspek iaitu, kemampuan dan personaliti. Aspek kemampuan meliputi pencapaian dalam pembelajaran, kecerdasan dan bakat seseorang. Manakala personaliti meliputi watak, sifat, penyesuaian diri, minat, emosi, sikap dan motivasi. Dari segi istilah, personaliti berasal daripada bahasa inggeris yang diterjemahkan daripada perkataan Latin, iaitu ‘persona’ yang bermaksud topeng yang dipakai oleh pelakon pentas. Oleh itu, personaliti bermaksud sahsiah, keperibadian, atau perwatakan seseorang.
Menurut Alder(1948), personaliti merupakan gaya hidup seseorang individu. Manakala mengikut Allport(1961) pula menghuraikan personaliti sebagai organisasi sistem psikologikal yang dinamik di dalam jiwa individu tersebut. Sistem ini akan menentukan ciri-ciri tingkah laku dan penyesuaiannya dengan alam sekitar. Berdasar kenyataan Mischel(1981), personaliti dihuraikan sebagai susunan pola-pola tingkah laku manusia yang diaplikasikan dalam situasi kehidupan.
Selain itu, menurut Crow dan Crow(1983) berpendapat bahawa personaliti seseorang adalah perwatakan fizikal, corak pertuturan daya penarik yang dimilikinya. Gagne dan Berliner(1984) pula menyatakan bahawa personaliti merangkumi segala aspek tingkah laku manusia kerana ia merupakan intergrasi trai-trait, keupayaan, motif, sikap, pendapat, kepercayaan, pemikiran kognitif, emosi dan ciri-ciri seseorang. Tambahan, Menninger(1936) mendefinisikan personaliti sebagai apa-apa yang sebenarnya yang menghuraikan tentang seseorang dan manakala menurut Imam al-Ghazali(1979) pula personaliti merujuk kepada sifat, yang terpuji. Contohnya taubat, tawakal, zuhud, sabar, syukur dan redha.
Selain itu, menurut Hans Eysenck (1981), personaliti ialah organisasi watak, perangai, intelek, bentuk badan yang agak stabil dan yang menentukan penyesuaiannya yang unik terhadap persekitarannya. Manakala Kagen,J & Segal,J (1988) mentakrifkan personaliti sebagai corak kesuluruhan seseorang individu yang merangkumi pelbagai aspek termasuk cara dia berfikir, berasa, bertingkah laku dan cara berhubung dengan alam sekitarnya dan Watson (1919) pula berpendapat bahawa personaliti merupakan teori tingkah laku seseorang dan behaviorisme.
Kesimpulannya, personaliti dirumuskan sebagai ciri-ciri keseluruhan tingkah laku yang tetap pada seseorang individu, tetapi berlainan dengan orang lain. Ia mewakili perwatakan seseorang individu dan dapat dilihat dan dinilai melalui tingkah lakunya di dalam sesuatu situasi.

Perbezaan antara personaliti, watak dan trait
Watak dan personaliti merupakan dua istilah yang dapat dibezakan. Personaliti merujuk kepada organisasi watak, perangai, intelek, bentuk badan, cara pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang individu. Daripada huraian tadi jelas diketahui bahawa watak itu hanya merupakan sebahagian daripada personaliti.

Watak biasanya merupakan satu bentuk penilaian yang dilakukan oleh ahli-ahli masyarakat dan adalah berdasarkan nilaitara-nilaitara budaya masyarakat. Watak biasanya merangkumi trait-trait seperti kejujuran, toleransi, belas kasihan, hormat-menghormati dan sebagainya. Kesemua ini adalah berdasarkan nilaitara-nilaitara yang ditentukan oleh sesuatu masyarakat.
Trait ialah ciri personaliti yang agak kekal. Selain daripada trait-trait yang dinyatakan, trait-trait lain termasuk kerjasama, agresif, pasif, tenang, cemas, tanggungjawab, terbuka, mudah mesra dan sebagainya.
Ciri-ciri personaliti tersebut digunakan untuk menilai personaliti seseorang. Personaliti merangkumi unsur-unsur individu yang diwarisi seperti kecerdasan, saiz badan dan juga unsur-unsur yang ditentukan oleh alam sekitar termasuk perangai, cara dia bertingkah laku, bercakap dan bertindak balas. Sebaliknya watak lebih merupakan suatu penilaian seseorang individu yang ditentukan oleh anggota-anggota masyarakat atau alam sekitar.

Klasifikasi personaliti
Personaliti manusia dikelaskan kepada tiga, iaitu introvert, ekstrovert dan ambevert. Seseorang yang dikatakan introvert ialah orang yang sentiasa menyimpan perasaan dan emosinya dalam situasi yang nyata. Manakala orang yang bersifat ekstrovert pula lebih suka kepada dunia luar daripada dunia dalam. Contohnya dibawah menunjukkan sifat-sifat orang introvert dan ekstrovert;


Orang yang mempunyai kedua-dua sifat introvert dan ekstrovert dikatakan mempunyai sifat yang ambivert. Orang ini biasanya aktif tetapi sensitive, suka berkawan tetapi memilih bekerja sendirian atau berseorangan , bertutur lancer tetapi berfikir sebelum member sesuatu pendapat.


Klasifikasi personaliti
Menurut Carl Jung (1875 – 1961), personaliti individu boleh diklasifikasikan kepada tiga kumpulan yang besar seperti berikut :
 Ekstrovert
 Introvert
 Ambivert

Ekstrovert
Individu yang digolongkan ke dalam kumpulan ini biasanya menonjolkan ciri-ciri seperti relaks, gemar kepada keseronokan, suka bercampur gaul, aktif, inovatif atau gemar kepada perubahan, gemar akan aktiviti-aktiviti luar, mudah bercakap, cepat bertindak balas, tidak mudah bimbang dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan.
Introvert
Individu yang disifatkan sebagai introvert pula menonjolkan ciri-ciri seperti pasif, gemar berseorangan, pemalu, sensitif, cermat reflektif atau sentiasa berfikir terlebih dahulu sebelum menjalankan sesuatu, boleh dipercayai, tenang, tingkah laku yang terkawal, dan kurang bersedia untuk menanggung risiko.
Ambibert
Bagi individu-individu yang mempunyai trait-trait personaliti yang sukar digolongkan sebagai introvert atau ekstrovert, maka mereka boleh disifatkan sebagai ambivert. Ambivert mempunyai trait-trait seorang ekstrovert dan introvert.

Pendapat ahli psikologi lain mengenai klasifikasi personaliti
Block (1971), dalam satu kajiannya yang melibatkan 100 orang lelaki dan perempuan masing-masing selama 25 tahun telah merumuskan bahawa ciri-ciri individu seperti kawalan emosi, minat, kesabaran, dan kebolehpercayaan tidak banyak berubah.
Conley (1984), menegaskan bahawa dengan berlalunya masa, kita tidak banyak berubah dari segi gaya, emosi dan cara kita berinteraksi dengan orang lain.
Mishel (1984), pula menyatakan bahawa kita tidak selalu bertingkah laku secara tekal dalam situasi yang amat berbeza. Contohnya, tingkah laku seseorang semasa melawat sebuah keluarga yang kehilangan seorang yang tersayang adalah amat berbeza dengan tingkal laku seseorang itu ketika berada dalam satu majlis perkahwinan atau hari jadi.
Epstein (1983), pula menyatakan bahawa ciri-ciri seorang individu adalah agak stabil serta boleh diramal.

Cara-cara guru menolong seorang Introvert
Terdapat bebrapa cadangan atau tip-tip yang dikemukakan oleh pakar-pakar psikologi bertujuan supaya para pendidik atau guru-guru dapat manggunakannya ketika proses pembelajaran berlaku bagi menolong seorang introvert.
Yang pertama libatkan pelajar tersebut di dalam aktiviti yang mudah dimana dia akan menikmati perasaan kejayaan. Bagi seorang pelajar introvert seorang guru harus menanamkan sifat yakin kepada diri sendiri dan sanggup mengambil risiko. Dengan ini guru haruslah memulakan aktiviti pembelajaran dan pengajaran dengan yang mudah agar pelajar ytersebut berasa yakin pada diri sendiri dan dengan ini pelajar ytersebut akan bersedia untuk aktiviti yang lebih sukar pada masa ke masa.
Yang kedua, guru hendaklah memastikan isi pelajaran dan latihan yang disediakan untuk pelajar yang bersifat introvert adalah setimpal dengan kebolehannya. Dengan ini ia akan menjadikan pelajar itu lebih berkeyakinan dan mempunyai dan melahirkan semangat yang baru untuk terus belajar dan berusaha sengan lebih gigih lagi.
Seterusnya adalah dengan menghentikan segala ejekan seperti ‘bodoh’ , ‘si gemuk’ atau lain-lain perkataan yang menyinggung perasaan pelajar tersebut yang pernah digunakan untuknya. Yang keempat adalah dengan melibatkan pelajar introvert di dalam aktiviti berkumpulan. Di mana di dalam kumpulan tersebut pelajar berkenaan akan menjadi ketua kumpulan di mana dia terpaksa berinteraksi dengan ahli-ahli lain di dalam kumpulannya dan belajar untuk mengawal keadaan di dalam kumpulan tersebut. Ini dapat menjauhkan ciri-ciri yang terdapat pada seorang yang bersifat introvert iaitu suka bersendirian. Sifat ini harus dikikiskan daripada seorang pelajar dari awal lagi agar pelajar tersebut dapat berinteraksi dan bergaul dengan orang lain tanpa perasaan malu.
Cara-cara lain adalah dengan mengadakan sesi kaunseling untuk mengenal pasti punca yang menyebabkan seorang pelajar tersebut bersifat introvert. Selain daripada itu guru haruslah mengadakan latihan-latihan tegas diri untuk palajar introvert agar dia dapat berfungsi sebagai seorang individu yang lebih berkesan. Pada masa yang sama guru perlu menggalakkan pelajar berkenaan menyertai aktiviti kelab sukan, permainan dan badan beruniform di mana pelajar berkenaan mempunyai peluang untuk berinteraksi dengan individu-individu yang lain.
Cara yang terakhir adalah dengan berusaha untuk membantu pelajar tersebut meningkatkan konsep kendirinya. Konsep kendiri yang positif tetap akan membantu seorang introvert menjadi lebih bersifat sosial dan optimistik dalam pandangan hidupnya.

PRINSIP AKTA KANAK-KANAK 2001




Ia antara lain untuk menyatukan dan meminda undang-undang yang berhubungan dengan pemeliharaan, perlindungan dan pemulihan kanak-kanak dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan di atas prinsip-prinsip tertentu . Di antara prinsip-prinsip tersebut disebutkan dalam preamble akta 611 ialah :

Mengiktiraf bahawa wawasan negara sebagai negara maju sepenuhnya ialah suatu negara di mana keadilan sosial dan pembangunan moral , etika dan rohani sama pentingnya dengan kemajuan Malaysia madani yang bersatu padu, progresif, damai, penyayang, adil dan berperikemanusiaan:
Mengiktiraf bahawa seseorang kanak-kanak bukan sahaja merupakan suatu bahagian penting masyarakat sedemikian tetapi juga merupakan kunci kehidupan, pembangunan dan kemakmuran masyarakat itu :
Mengakui bahawa seseorang kanak-kanak itu , oleh sebab ketidakmatangannya dari segi fizikal dan emosinya, memerlukan perlindungan, pemeliharaan dan bantuan khas, selepas kelahiran, untuk membolehkannya turut serta dalam dan menyumbang secara positif ke arah membentuk suatu masyarakat Malaysia madani yang unggul:
Mengiktiraf bahawa tiap kanak-kanak berhak untuk mendapatkan perlindungan dan bantuan dalam segala hal keadaan tanpa mengira apa-apa jenis perbezaan seperti warna kulit ,ras, jantina, bahasa dan agama, asal usul atau kecacatan fizikal ,mental atau emosi atau apa-apa status lain :
MENGAKUI bahawa keluarga merupakan kumpulan asas dalam masyarakat yang menyedialkan suasana semula jadi bagi pembesaran , penyaraan dan kebajikan semua anggotanya, khususnya kanak- kanak , supaya mereka boleh membesar dalam suasana aman , bahagia , kasih sayang dan persefahaman untuk memperoleh keyakinan penuh , maruah dan nilai diri seorang manusia :
MENGIKTIRAF peranan dan tanggungjawab keluarga dalam masyarakat , supaya mereka diberi bantuan yang perlu untuk membolehkan mereka menunaikan tanggungjawab mereka sepenuhnya sebagai sumber pemeliharaan ,penyaraan, pemulihan dan perkembangan kanak-kanak dalam masyarakat:

RESOLUSI PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU ( PBB )

Malaysia telah menandatangani Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ( PBB ) dan di antara lain resolusi tersebut ialah :

“ Menurut Perkara 40 (1) Konvensyen Mengenai Kanak-Kanak “Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak tiap-tiap kanak-kanak yang dikatakan sebagai, dituduh atau diiktirafkan sebagai melanggar undang-undang penal hendaklah dilayan mengikut cara yang selaras dengan penggalakkan kefahaman kanak-kanak itu mengenai kemuliaan dan harga diri, yang menguatkuasakan rasa hormat kanak-kanak itu kepada hak asasi manusia dan kebebasan asasi orang lain yang mengambil kira umur kanak-kanak itu dan kanak-kanak itu memegang peranan yang membina dalam masyarakat “ .

“ Perkara 40 (2) (b) pula menegaskan bahawa setiap kanak-kanak yang dikatakan sebagai atau dituduh telah melanggar undang-undang penal memiliki paling kurang jaminan yang berikut:

• Untuk dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah mengikut undang-undang;
• Untuk dimaklumkan dengan segera dan terus pertuduhan-pertuduhan terhadapnya, dan, jika wajar melalui ibu bapanya atau penjaga di sisi undang-undang dan diberi bantuan guaman atau bantuan sewajarnya yang lain dalam penyediaan dan pembentangan pembelaannya;
• Menjadikan perkara itu itu diputuskan tanpa kelengahan oleh pihak berkuasa yang berwibawa, bebas dan saksama atau badan kehakiman dalam sesuatu perbicaraan adil mengikut undang-undang.....”

Seterusnya , Perkara 40 (4) menegaskan bahawa :

“ Berbagai peruntukan seperti perintah jagaan, bimbingan dan penyeliaan; kaunseling; cubaan akhlak; jagaan keluarga angkat; program latihan pendidikan dan program latihan vokasional dan alternatif lain kepada jagaan institusi hendaklah didapati untuk memastikan bahawa kanak-kanak itu diuruskan kesejahte-raan mereka mengikut cara yang sewajarnya dan berpandangan dengan kedua-dua hal keadaan dan kesalahan itu “ .

Di dalam konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak yang diluluskan oleh PBB pada 20 Nov 1989 ia mengandungi 54 perkara dipecahkan 3 bahagian yang menyentuh pelbagai isu. Di antara is kandungan konvensyen tersebut ialah :

Bahagian 1

• Tarkrif kanak-kanak
Seseorang kanak-kanak diiktirafkan sebagai seorang yang dibawah umur 18 tahun, melainkan jika undang-undang negaranya mengiktirafkan umur dewasanya sebelum itu.

• Tiada Diskriminasi
Semua hak terpakai bagi kanak-kanak tanpa kecualian. Adalah menjadi obligasi negara untuk melindungi kanak-kanak daripada apa-apa bentuk diskrimanasi dan untuk mengambil tindakan yang positif untuk memajukan hak mereka.

• Kepentingan terbaik kanak-kanak
Segala tindakan berkenaan dengan kanak-kanak hendaklah mengambil kira sepenuhnya kepentingan terbaik kanak-kanak itu. Negara hendaklah memberikan kanak-kanak itu jagaan yang mencukupi apabila ibu bapa atau orang lain yang dipertanggungjawabkan dengan tanggungjawab itu, gagal untuk berbuat demikian.

• Pelaksanaan hak-hak
Negara mestilah melakukan segala yang boleh dilakukannya untuk melaksanakan hak-hak yang terkandung dalam Konvensyen

• Bimbingan ibu bapa dan keupayaan berkembang kanak-kanak
Negara mestilah menghormati hak dan tanggungjawab ibu bapa dan keluarga luas untuk memberikan bimbingan kepada kanak-kanak yang sesuai dengan keupayaan berkembangnya.

• Kewujudan dan perkembangan
Tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak sedia ada untuk hidup, dan negara mempunyai obligasi untuk memastikan kewujudan dan perkembangankanak-kanak itu.

• Nama dan kerakyatan
Kanak-kanak mempunyai hak terhadap nama sejak dilahirkan. Kenak-kanak juga mempunyai hak untuk mempunyai hak untuk memperolehi kerakyatan dan. Seboleh-bolehnya, untuk mengetahui ibu bapanya dan dijaga oleh mereka.

• Memelihara identiti
Negara mempunyai obligasi untuk melindungi, dan jika perlu, memantapkan semula aspek-aspek asas identiti kanak-kanak itu. Ini termasuklah nama, kerakyatan dan pertalian keluarga.

• Pemisahan daripada ibu bapa
Kanak-kanak mempunyai hak untuk tinggal bersama ibu bapanya melainakn jika ini disifatkan tidaksecocok dengan kepentingan terbaik kanak-kanak itu. Kanak-kanak itu juga mempunyai hak untuk mengekalkan hubungan dengan kedua-dua ibu bapa jika dipisahkan daripada salah seorang atau kedua-duanya.

• Penyatuan semula keluarga
Kanak-kanak dan ibu bapa mereka mempunyai hak untuk meninggalkan mana-mana negara dan untuk memasuki negara mereka sendiri bagi maksud penyatuan semula atau bagi mengekalkan perhubungananak-anak.

• Pemindahan haram dan ketabolehpulangan
Negara mempunyai obligasi untuk mencegah dan meremedikan penculikan atau penahan kanak-kanak di luar negeri oleh seorang ibu atau bapa atau pihak ketiga.

• Pendapat kanak-kanak
Kenak-kanak mempunyai hak untuk menyatakan pendapat mereka secara bebas dan menjadikan pandangan itu diambil kira dalam apa-apa perkara atau tatacara yang menyentuh kanak-kanak.

• Kebebasan bersuara
Kanak-kanak mempunyai hak untuk menyatakan pandangannya, menerima maklumat, memberitahu idea atau meklumat, tanpa mengira sempadan.

• Kebebasan berfikir, rasa hati dan beragama
Negara hendaklah menghormati hak kanak-kanak kepada kebebasan berfikir, rasa hati dan beragama, tertakluk kepada bimbingan ibu bapa yang sewajarnya.

• Kebebasan berpersatuan
Kanak-kanak mempunyai hak untuk berjumpa dengan yang lain, dan untuk menjadi ahli persatuan atau membentuk persatuan.

• Perlindungan privasi
Kenak-kanak mempunyai hak kepada perlindungan daripada gangguan ke atas privasi, keluarga, tempat tinggal dan surat-menyuratnya dan daripada libel atau slander.

• Akses kepada maklumat yang sewajarnya
Negara hendaklah memastikan kanak-kanak diberi akses kepada maklumat dan bahan daripada pelbagai sumber, dan negara itu hendaklah menggalakkan media massa untuk menyebarkan maklumat yang mempunyai gaedah sosial dan kebudayaan kepada kanak-kanak, dan mengambil langkah untuk melindunginya daripada bahan yang memudaratkan.

• Tanggungjawab ibu bapa
Ibu bapa mempunyai tanggungajwab untuk membesarkan kanak-kanak, dan negara hendaklah menyokong mereka dalam hal ini. negara hendaklah memberikan bantuan yang sewajarnya kepada ibu bapa dalam pembesaran anak.

• Perlindungan daripada penyalahgunaan dan pengabaian
Negara hendaklah melindungi kanak-kanak daripada segala bentuk penganiyaan yang dilakukan oleh ibu bapa atau orang lain yang bertanggungjawab bagi jagaan kanak-kanak itu dan mewujudkan program sosial yang sesuai bagi pencegahan penganiayaan dan rawatan mangsa.

• Perlindungan kanak-kanak tanpa keluarga
Negara diwajibkan memperuntukan perlindungan yang khas kepada seorang kanak-kanak yang dilucuthakkan persekiratan kekeluargaannya dan juga memastikan bahawa jagaan keluarga alternatif atau penempatan institusi boleh didapati dalam kes sedemikian. Usaha-usaha untuk memenuhi obligasi ini hendaklah memberi perhatian yang sewajarnya kepada latar belakang kebudayaan kanak-kanak itu.

• Pengangkatan
Dalam negara-negara di mana pengangkatan diiktiraf dan atau dibenarkan, ia hanya boleh dijalankan demi kepentingan terbaik kanak-kanak dan itu pun hanya dengan kebenaran pihak berkuasa yang berwibawa, dan perlindungan bagi kanak-kanak itu.

• kanak-kanak pelarian
Perlindungan khas hendaklah diberi kepada seorang kanak-kanak pelarian atau kepada seorang yang meminta taraf pelarian. Adalah menjadi obligasi negara untuk memberi kerjasama dengan pertubuhan yang berwibawa yang memperuntukkan perlindungan dan bantuan sedemikian.

• kanak-kanak kurang upaya
Seseorang kanak-kanak mempunyai hak kepada penjagaan, pendidikan dan latihan khas untuk membanutnya menikmati kehidupan yang sepenuhnya dan dihormati dan mencapai tahap tertinggi sikap tidak bergantung dan integrasi sosial yang boleh.

• Kesihatan dan perkhidmatan kesihatan
Kanak-kanak mempunyai hak kepada standard kesihatan yang paling tinggi dan jagaan perubatan yang boleh dicapai. Neara hendaklah meletakan penekanan khas kepada penyedian rawatan kesihatan yang utama melalui pencegahan, pendidikan kesihatan awam dan pengurangan kematian bayi. Mereka hendaklah menggalakkan kerjasama antarabangsa dalam hal ini dan berusaha untuk memastikan bahawa tiada kanak-kanak yang dilucuthakkan akses kepada perkhidmatan kesihatan yang efektif.

• Kajian semuala berkala penempatan
Seseorang kanak-kanak yang ditempatkan oleh negara bagi sebab jagaa, perlindungan atau rawatan berhak kepada penempatan itu dinilai dnegan tetap.

• Keselamtan sosial
Kanak-kanak mempunyai hak untuk mendapatkan faedah daripada keselamtan sosial termasuk insurans sosial

• Taraf hidup
Tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak kepada taraf hidup yang mencukupi bagi perkembangan fizikal, mental, kerohanian, kemoralan dan pembangunan sosial. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab utama untuk memastikan bahawa kanak-kanak mempunyai taraf hidup yang mencukupi. Kewajipan negara ialah untuk memastikan bahawa tanggungjawab ini boleh dilaksanakan dan dilaksanakan. Tanggungjawab negara boleh termasuk bantuan material kepada ibu bapa dan anak-anak mereka.

• Pendidikan
Kanak-kanak mempunyai hak terhadap pendidikan, dan kewajipan negara untuk memastikan bahawa pendidikan utama percuma dan wajib, menggalakkan pendidikan menengah dalam berbagai bentuk yang mudah diperolehi oleh setiap kanak-kanak dan untuk menjadikan pendidikan tinggi diadakan kepada semua atas dasr keupayaan. Disiplin sekolah hendaklah selaras dengan hak dan kemuliaan kanak-kanak itu. Negara hendaklah melibatkan diri dalam kerjasama antarabangsa untuk melaksanakan hak ini.

• Matlamat pendidikan
Pendidikan hendaklah mempunyai matlamat untuk mengembangkan personality, bakat dan kebolehan mental dan fizikal kanak-kanak pada tahap potensi yang paling tinggi. Pendidikan hendaklah menyediakan kanak-kanak itu untuk kehidupan dewasa yang aktif dalam suatau masyarakat yang bebas dan memupuk rasa hormat bagi ibu bapa kanak-kanak, bahasa dan nilainya sendiri, dan bagi latar belakang kebudayaan dan nilai orang lain.

• Kanak-kanak minoriti atau penduduk asli
Kanak-kanak daripada komuniti minority dan penduduk asli mempunyai hak untuk menikmati kebudayaan mereka sendiri dan mengamalkan bahasa dan agama mereka sendiri

• Aktiviti masa lapang, rekreasi dan kebudayaan
Kanak-kanak mempunyai hak kepada masa lapang, bermain dan menyertai akitiviti kebudayaan dan kesenian

• Buruh kanak-kanak
Kanak-kanak mempunyai hak untuk dilindungi daripada perkerjaan yang mengancam kesihatan, pendidikan atau perkembangannya. Negara hendaklah menetapkan umur minimum bagi perkerjaan dan mengawal selia keadaan bekerja.

• Penyalahguaan dadah
Kanak-kanak mempunyai hak kepada perlindungan daripada penggunaandadah narotik dan psikotropik, dan daripada terlibat dalam pengeluaran atau pembahagian dadah itu.

• Pengeksplotasian seks
Negara hendaklah melindungi kanak-kanak daripada pengeksplotasian dan penderaan seksual, termasuk pelacuran dan penglibatan dalam pornografi.

• Penjualan, perdagangan dan pemelarian
Adalah menjadi obligasi negara untuk berusaha mencegah penjualan, perdagangan haram dan pemelarian kanak-kanak

• Bentuk eksplotasi yang berlainan
Kakank-kanak mempunyai perlindungan hak kepada perlindungan daripada segala bentuk pengeksplotasian yang memudarkan mana-mana aspek kebajikan kanak-kanak yang tidak diliputi dalam perkara 32, 33, 34 dan 35

• Penyeksaan dan pelucuthakkan kebebasan
Tiada kanak-kanak boleh tertakluk kepada layanan atau hukuman yang zalim, kejam, tangkapan yang tidak sah, atau pelucuthakkan kebebasan. Kedua-dua hukuman matai dan pemenjaraan, seumur hidup tanpa kemungkinan dilepaskan adalah dilarang bagi kesalahan yang dilakukan oleh orang di bawah umur 18 tahun. Mana-mana kanak-kanak yang dilucuthakkan kebebasan hendaklah dipisahkan daripada orang dewasa melainkan jika ia dianggap dmei kepentingan terbaik kanak-kanak itu untuk tidak berbuat demikian. Seorang kanak-kanak yang ditahan hendaklah mempunyai bantuan guaman dan bantuan lain serta perhubungan dengan keluarga.

• Konflik bersenjata
Negara-negara pihak hendaklah mengambil segala langkah boleh laksana untuk memstikan bahawa kanak-kanak di bawah umur 15 tahun tidak mengambil bahagian secara langsung dalam pemusuhan. Tiada kanak-kanak di bawah umur 15 tahun boleh direkrut dalam tentera. Negara hendaklah juga memastikan perlindungan dan jagaan kenak-kanak yang terjejas oleh konflik bersenjata sebagaimana yang diperihalkan dalam undang-undang antarabangsa yang berkaitan.

• Jagaan pemulihan
Negara mempunyai obligasi untuk memastikan bahawa mangsa kanak-kanak dalam konflik bersenjata, penyeksaan, pengabaian, penganyiaan atau pengeksplotasian menerima rawtan yang sewajarnya bagi pemulihan mereka dan intergrasi semula sosial.

• Pentadbiran keadilan juvana
Kanak-kanak yang berkonflik dengan undagn-undang mempunyai hak kepada layanan yang menggalakkankefahaman kanak-kanak itu mengenai kemuliaan dan harga diri, yang mengambil kira umur kanak-kanak itu dan bertujuan mengitegrasikan kanak-kanak itu dalam masyarakat. Kanak-kanak berhak terhadap jaminan asas serta bantuan guaman atau bantuan lain bagi pembelaannya. Prosiding kehakiman dan penempatan institusi hendaklah dielakkan sedapat mungkin.
• Menghormati standard yang lebih tinggi
Ababila standard yang dinyatakan dalam undang-undang negara dan antarabangsa yang terpakai yang berkaitan dengan hak-hak kanak-kanak adalah lebih tinggi daripada standard dalam Konvensyen ini, standard yang lebih tinggi itu hendaklah sentiasa dipakai.

Bahagian II

Perkara 42 – 45 - Adalah bagi Pelaksanaan dan mula berkuat-kuasa konvensyen ini. Peruntukan-peruntukan perkara 42-54 terutamanya membayangkan :

• Obligasi negara untuk menjadikan hak yang terkandung dalam Konvensyen ini diketahui umum kepada kedua-dua orang dewasa dan kanak-kanak
• Penubuhan Jawatankuasa Mengenai Hak Kanak-kanak yang terdiri daripada sepuluh pakar, yang akan menimbangkan laporan yang kena dikemukakan oleh Negara-negara Pihak kepada konvensyen dua tahun selepas ratifikasi dan tiap-tiap lima tahun selepas itu. Konvensyen mula berkuatkuasa - dan Jawatankuasa akan ditubuhkan - selepas 20 negara telah meratifikasikan Konvensyen.
• Negara-negara Pihak perlu menjadikan laporan mereka boleh didapati secara meluas kepada orang awam.
• Jawatankuasa boleh mencadangkan nahawa kaian khas diakui janji mengenai isu tertentu yang hak berhubungan dengan kanak-kanak, dan boleh membuat penilaian mereka diketahui kepada setiap Negara Pihak yang berkenaan serta kepada Perhimpunan PBB.
• Untuk ‘merangsangkan pelaksanaan yang berkesan Konvensyen dan untuk menggalakkan kerjasama antarabangsa’ agensi khusus PBB – seperti Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Pangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), - dan UNICEF boleh menghadiri mesyuarat jawatankuasa Bersama dengan mana-mana badan lain yang diiktirafkan sebagai ‘berwibawa’ termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NG)) sebagai taraf perunding dengan PBB dan organisasi PBB seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), mereka boleh mengemukakan maklumat yang berkaitan kepada jawatankuasa dan diminta untuk membeirkan nasihat mengenai pelaksanaan yang optimum Konvensyen.

Bahagian III

Perkara 46 – 54 - bahagian ini menyentuh isu asas mengenai Konvensyen Menenai Hak Kanak-kanak.

RUMUSAN

Pada pendapat saya , para remaja di Malaysia terutamanya sudah cukup dan memadai denga masalah yang telah, sedang dan akan mereka hadapi. Oleh yang demikian , sesebuah negara dan kerajaan itu mistilah jangan menambahkan lagi masalah kapada mereka denga kata lain cuba untuk meningkat dan mempebaiki lagi perkara-perkara yang berkaitan dengan sistem keadilan jenayah terhadap remaja. Ia merangkumi perkara – perkara seperti berikut :

• mengenalpasti masalah-masalah berkenaan dengan hak-hak asasi banduan muda.
• mengkaji punca-punca masalah berkenaan dengan hak-hak asasi banduan muda yang telah dikenalpasti.
• mengkaji peruntukan-peruntukan perundangan Malaysia yang berkenaan dengan masalah-masalah yang telah dikenalpasti.
• mencari penyelesaian jangka pendik dan jangka panjang untuk mengatasi masalah-masalah yang akan dikenalpasti.
• mencari kaedah pemantauan bagi mengatasi masalah-masalah yang akan dikenalpasti.
• membuat resolusi berkenaan dengan pelaksanaan cadangan-cadangan penyelesaian yang dipersetujui.