konsep personaliti

Secara umumnya, diri manusia mengandungi dua aspek iaitu, kemampuan dan personaliti. Aspek kemampuan meliputi pencapaian dalam pembelajaran, kecerdasan dan bakat seseorang. Manakala personaliti meliputi watak, sifat, penyesuaian diri, minat, emosi, sikap dan motivasi. Dari segi istilah, personaliti berasal daripada bahasa inggeris yang diterjemahkan daripada perkataan Latin, iaitu ‘persona’ yang bermaksud topeng yang dipakai oleh pelakon pentas. Oleh itu, personaliti bermaksud sahsiah, keperibadian, atau perwatakan seseorang.
Menurut Alder(1948), personaliti merupakan gaya hidup seseorang individu. Manakala mengikut Allport(1961) pula menghuraikan personaliti sebagai organisasi sistem psikologikal yang dinamik di dalam jiwa individu tersebut. Sistem ini akan menentukan ciri-ciri tingkah laku dan penyesuaiannya dengan alam sekitar. Berdasar kenyataan Mischel(1981), personaliti dihuraikan sebagai susunan pola-pola tingkah laku manusia yang diaplikasikan dalam situasi kehidupan.
Selain itu, menurut Crow dan Crow(1983) berpendapat bahawa personaliti seseorang adalah perwatakan fizikal, corak pertuturan daya penarik yang dimilikinya. Gagne dan Berliner(1984) pula menyatakan bahawa personaliti merangkumi segala aspek tingkah laku manusia kerana ia merupakan intergrasi trai-trait, keupayaan, motif, sikap, pendapat, kepercayaan, pemikiran kognitif, emosi dan ciri-ciri seseorang. Tambahan, Menninger(1936) mendefinisikan personaliti sebagai apa-apa yang sebenarnya yang menghuraikan tentang seseorang dan manakala menurut Imam al-Ghazali(1979) pula personaliti merujuk kepada sifat, yang terpuji. Contohnya taubat, tawakal, zuhud, sabar, syukur dan redha.
Selain itu, menurut Hans Eysenck (1981), personaliti ialah organisasi watak, perangai, intelek, bentuk badan yang agak stabil dan yang menentukan penyesuaiannya yang unik terhadap persekitarannya. Manakala Kagen,J & Segal,J (1988) mentakrifkan personaliti sebagai corak kesuluruhan seseorang individu yang merangkumi pelbagai aspek termasuk cara dia berfikir, berasa, bertingkah laku dan cara berhubung dengan alam sekitarnya dan Watson (1919) pula berpendapat bahawa personaliti merupakan teori tingkah laku seseorang dan behaviorisme.
Kesimpulannya, personaliti dirumuskan sebagai ciri-ciri keseluruhan tingkah laku yang tetap pada seseorang individu, tetapi berlainan dengan orang lain. Ia mewakili perwatakan seseorang individu dan dapat dilihat dan dinilai melalui tingkah lakunya di dalam sesuatu situasi.

Perbezaan antara personaliti, watak dan trait
Watak dan personaliti merupakan dua istilah yang dapat dibezakan. Personaliti merujuk kepada organisasi watak, perangai, intelek, bentuk badan, cara pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang individu. Daripada huraian tadi jelas diketahui bahawa watak itu hanya merupakan sebahagian daripada personaliti.

Watak biasanya merupakan satu bentuk penilaian yang dilakukan oleh ahli-ahli masyarakat dan adalah berdasarkan nilaitara-nilaitara budaya masyarakat. Watak biasanya merangkumi trait-trait seperti kejujuran, toleransi, belas kasihan, hormat-menghormati dan sebagainya. Kesemua ini adalah berdasarkan nilaitara-nilaitara yang ditentukan oleh sesuatu masyarakat.
Trait ialah ciri personaliti yang agak kekal. Selain daripada trait-trait yang dinyatakan, trait-trait lain termasuk kerjasama, agresif, pasif, tenang, cemas, tanggungjawab, terbuka, mudah mesra dan sebagainya.
Ciri-ciri personaliti tersebut digunakan untuk menilai personaliti seseorang. Personaliti merangkumi unsur-unsur individu yang diwarisi seperti kecerdasan, saiz badan dan juga unsur-unsur yang ditentukan oleh alam sekitar termasuk perangai, cara dia bertingkah laku, bercakap dan bertindak balas. Sebaliknya watak lebih merupakan suatu penilaian seseorang individu yang ditentukan oleh anggota-anggota masyarakat atau alam sekitar.

Klasifikasi personaliti
Personaliti manusia dikelaskan kepada tiga, iaitu introvert, ekstrovert dan ambevert. Seseorang yang dikatakan introvert ialah orang yang sentiasa menyimpan perasaan dan emosinya dalam situasi yang nyata. Manakala orang yang bersifat ekstrovert pula lebih suka kepada dunia luar daripada dunia dalam. Contohnya dibawah menunjukkan sifat-sifat orang introvert dan ekstrovert;


Orang yang mempunyai kedua-dua sifat introvert dan ekstrovert dikatakan mempunyai sifat yang ambivert. Orang ini biasanya aktif tetapi sensitive, suka berkawan tetapi memilih bekerja sendirian atau berseorangan , bertutur lancer tetapi berfikir sebelum member sesuatu pendapat.


Klasifikasi personaliti
Menurut Carl Jung (1875 – 1961), personaliti individu boleh diklasifikasikan kepada tiga kumpulan yang besar seperti berikut :
 Ekstrovert
 Introvert
 Ambivert

Ekstrovert
Individu yang digolongkan ke dalam kumpulan ini biasanya menonjolkan ciri-ciri seperti relaks, gemar kepada keseronokan, suka bercampur gaul, aktif, inovatif atau gemar kepada perubahan, gemar akan aktiviti-aktiviti luar, mudah bercakap, cepat bertindak balas, tidak mudah bimbang dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan.
Introvert
Individu yang disifatkan sebagai introvert pula menonjolkan ciri-ciri seperti pasif, gemar berseorangan, pemalu, sensitif, cermat reflektif atau sentiasa berfikir terlebih dahulu sebelum menjalankan sesuatu, boleh dipercayai, tenang, tingkah laku yang terkawal, dan kurang bersedia untuk menanggung risiko.
Ambibert
Bagi individu-individu yang mempunyai trait-trait personaliti yang sukar digolongkan sebagai introvert atau ekstrovert, maka mereka boleh disifatkan sebagai ambivert. Ambivert mempunyai trait-trait seorang ekstrovert dan introvert.

Pendapat ahli psikologi lain mengenai klasifikasi personaliti
Block (1971), dalam satu kajiannya yang melibatkan 100 orang lelaki dan perempuan masing-masing selama 25 tahun telah merumuskan bahawa ciri-ciri individu seperti kawalan emosi, minat, kesabaran, dan kebolehpercayaan tidak banyak berubah.
Conley (1984), menegaskan bahawa dengan berlalunya masa, kita tidak banyak berubah dari segi gaya, emosi dan cara kita berinteraksi dengan orang lain.
Mishel (1984), pula menyatakan bahawa kita tidak selalu bertingkah laku secara tekal dalam situasi yang amat berbeza. Contohnya, tingkah laku seseorang semasa melawat sebuah keluarga yang kehilangan seorang yang tersayang adalah amat berbeza dengan tingkal laku seseorang itu ketika berada dalam satu majlis perkahwinan atau hari jadi.
Epstein (1983), pula menyatakan bahawa ciri-ciri seorang individu adalah agak stabil serta boleh diramal.

Cara-cara guru menolong seorang Introvert
Terdapat bebrapa cadangan atau tip-tip yang dikemukakan oleh pakar-pakar psikologi bertujuan supaya para pendidik atau guru-guru dapat manggunakannya ketika proses pembelajaran berlaku bagi menolong seorang introvert.
Yang pertama libatkan pelajar tersebut di dalam aktiviti yang mudah dimana dia akan menikmati perasaan kejayaan. Bagi seorang pelajar introvert seorang guru harus menanamkan sifat yakin kepada diri sendiri dan sanggup mengambil risiko. Dengan ini guru haruslah memulakan aktiviti pembelajaran dan pengajaran dengan yang mudah agar pelajar ytersebut berasa yakin pada diri sendiri dan dengan ini pelajar ytersebut akan bersedia untuk aktiviti yang lebih sukar pada masa ke masa.
Yang kedua, guru hendaklah memastikan isi pelajaran dan latihan yang disediakan untuk pelajar yang bersifat introvert adalah setimpal dengan kebolehannya. Dengan ini ia akan menjadikan pelajar itu lebih berkeyakinan dan mempunyai dan melahirkan semangat yang baru untuk terus belajar dan berusaha sengan lebih gigih lagi.
Seterusnya adalah dengan menghentikan segala ejekan seperti ‘bodoh’ , ‘si gemuk’ atau lain-lain perkataan yang menyinggung perasaan pelajar tersebut yang pernah digunakan untuknya. Yang keempat adalah dengan melibatkan pelajar introvert di dalam aktiviti berkumpulan. Di mana di dalam kumpulan tersebut pelajar berkenaan akan menjadi ketua kumpulan di mana dia terpaksa berinteraksi dengan ahli-ahli lain di dalam kumpulannya dan belajar untuk mengawal keadaan di dalam kumpulan tersebut. Ini dapat menjauhkan ciri-ciri yang terdapat pada seorang yang bersifat introvert iaitu suka bersendirian. Sifat ini harus dikikiskan daripada seorang pelajar dari awal lagi agar pelajar tersebut dapat berinteraksi dan bergaul dengan orang lain tanpa perasaan malu.
Cara-cara lain adalah dengan mengadakan sesi kaunseling untuk mengenal pasti punca yang menyebabkan seorang pelajar tersebut bersifat introvert. Selain daripada itu guru haruslah mengadakan latihan-latihan tegas diri untuk palajar introvert agar dia dapat berfungsi sebagai seorang individu yang lebih berkesan. Pada masa yang sama guru perlu menggalakkan pelajar berkenaan menyertai aktiviti kelab sukan, permainan dan badan beruniform di mana pelajar berkenaan mempunyai peluang untuk berinteraksi dengan individu-individu yang lain.
Cara yang terakhir adalah dengan berusaha untuk membantu pelajar tersebut meningkatkan konsep kendirinya. Konsep kendiri yang positif tetap akan membantu seorang introvert menjadi lebih bersifat sosial dan optimistik dalam pandangan hidupnya.

1 comment: