MODEL PENGAJARAN BAHASA


1.0.        Model Pengajaran

Terdapat banyak kaedah yang dapat digunakan untuk mengajar bahasa tetapi tidak ada satu pun penjelasan yang tepat mengenai jenis-jenis kaedah yang terbaik untuk pengajaran bahasa pertama dan bahasa kedua.
 Mackey (1965) dalam kajiannya telah menyenaraikan 15 kaedah yang berbeza. Sebaliknya Caroll (1966) menggolongkan kesemuanya dalam dua pendekatan iaitu pendekatan behaviurisme dengar-tutur dan pendekatan kod-kognitif.

  Kaedah Nahu Terjemahan.
Walaupun begitu, kaedah tatabahasa terjemahan merupakan kaedah yang sesuai digunakan untuk pengajaran kedua-dua bahasa ini. Kaedah Nahu Terjemahan dimulakan dengan peraturan-peraturan, perbendaharaan kata bersendirian, paradigma dan terjemahan-terjemahan perbendaharaan kata dibahagikan ke dalam senarai perkataan-perkataan untuk dihafaz. Penyebutan boleh jadi tidak diajar atau terhad kepada pengenalan-pengenalan sahaja, rumus-rumus tatabahasa dihafaz sebagai unit-unit yang biasanya mengandungi ayat-ayat.

 Kaedah Terus
Kaedah ini dipakai dengan menggunakan satu bahasa sahaja, iaitu bahasa sasaran atau bahasa yang diajarkan. Bahasa ibunda pelajar tidak digunakan. Kaedah ini menggunakan apa yang dianggap cara kanak-kanak mula belajar bahasa kandung. Mereka menganggap kanak-kanak mempelajari bahasa secara mengulang-ulang lakuan pertuturan, sehingga menjadi lakuan yang biasa.  Dalam kaedah ini, bahasa sasaran digunakan dengan serta merta dan menyeluruh, supaya pelajar akan serta merta berfikir berfikir dalam bahasa yang dipelajari tersebut.
            Oleh sebab bahasa lain tidak digunakan, pengajaran perkataan dijalankan dengan menggunakan benda-benda maujud, melalui gambar dan sebagainya atau melalui perbandingan dan persamaan bagi benda yang tidak konkrit. Nahu diajar melalui tunjukcara dengan contoh-contoh yang sesuai. Ini bermakna nahu tidak diajar secara formal sebaliknya diserapkan ke dalam bahan mengajar. Pengajaran dimulakan dengan lisan, dengan tunjukcara dan gambar-gambar atau objek yang konkrit dan pelajar menghafalnya dan cuba mengikutinya. Dalam kaedah ini latih tubi menjadi cara yang terpenting.
Kaedah ini mempunyai kelebihan berbanding dengan kaedah terjemahan. Kaedah ini akan dapat memberi penguasaan pertuturan yang baik. Dengan itu juga pengajaran tulisan menjadi mudah dipraktikkan.