pra 3107-perkembangan emosi kanak-kanak


Kawan-kawan ni contoh borang senarai semak murid prasekolah. Ni nak nilai tingkah laku kanak-kanak tu lah/Boleh guna tau...

BORANG SENARAI SEMAK
Tandakan (/) pada ruang yang berkenaan.
Bil
Tingkah laku

Ya
Tidak
1.     
Suka bertanya

/

2.     
Berkawan dengan rakan rapat sahaja

/

3.     
Malu/sensitif


/
4.     
Menipu


/
5.     
Sukar mengawal diri


/
6.     
Cemburu

/

7.     
Takut


/
8.     
Obes

/

9.     
Apeatatik(tidak mempedulikan)


/
10.  
Suka menyendiri


/
11.  
Bimbang


/
12.  
Mencuri


/
13.  
Bersemangat

/

14.  
Petah bercakap


/
15.  
Bertolak ansur

/

16.  
Berkongsi barang

/

17.  
Suka menolong

/

18.  
Cepat belajar

/

19.  
Mempunyai gang di sekolah


/
20.  
Kuat ketawa

/

21.  
Nakal



/
22.  
Hiperaktif


/
23.  
Meludah


/
24.  
Vandalisme


/
25.  
Bising


/
26.  
Tidak membawa buku dan peralatan ke sekolah

/

27.  
Agresif

/

28.  
Merayau-rayau

/

29.  
Meiminta izin

/



Tandatangan penilai:
--------------------------------
(PUTRI BALKISH BT MOHD YUSOFF)


Pengenalan tingkah laku dan emosi kanak-kanak

Tingkahlaku dan emosi kanak-kanak adalah suatu perkara yang berlainan namun saling berkaitan antara satu sama lain. Kanak-kanak adalah insan yang jujur dan tidak bijak menyembunyikan perasaannya. Sebab itulah kanak-kanak  bersifat telus sehingga ia boleh menjadi saksi kejadian dalam prosiding mahkamah.
           
Carl Rogers (1999) menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan. Sekiranya individu itu mempunyai konsep diri yang positif maka berupaya berinteraksi dan bertindak dengan lebih yakin.

Menurut Garry Martin & Joseph Pear(2003), tingkah laku juga merangkumi aktiviti, aksi, prestasi, bertindakbalas, tindakan, dan reaksi. Dari segi teknik pula , tingkah laku adalah aktiviti yang melibatkan otot-otot, kelenjar (glandular) dan aktiviti elektrik oleh setiap organ. Pada dasarnya t/laku adalah apa sahaja yang diperkatakan atau dilakukan oleh individu.

Menurut Lewis M.Beaker(2001) tingkah laku adalah  sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu.
           
Menurut Al-Ghazali tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan. Tingkah laku manusia mempunyai ciri-ciri iaitu setiap tingkah laku manusia adalah berasaskan dorongan serta tujuan. Dorongan atau motivasi itu berasal dari dalam diri manusia itu sendiri. Ianya didorong oleh keperluan fisiologi atau emosi seperti rasa lapar atau cinta kepada Allah.
           
Emosi pula adalah suatu ekspresi perasaan atau naluri yang kuat seperti gembira, sedih, marah, sayang, cemburu dan lain-lain. Perasaan ini pula selalunya akan diluahkan melalui tingkah laku sama ada tingkah laku positif mahu pun negatif.



1.0.        MODEL PENGURUSAN TINGKAH LAKU

1.1.        Model Asertif Center (1976)
Model Asertif Lee Center (1976) menekankan peraturan dalam bilik darjah sebagai satu langkah mengurus tingkah laku murid. Peranan guru adalah memastikan semua murid dapat mengikuti segala peraturan agar sesi pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar. Dengan cara ini, guru dapat mengajar tanpa sebarang gangguan manakala murid dapat belajar dengan selesa.

Guru yang asertif adalah tidak pasif dan juga tidak agresif. Tetapi guru asertif adalah guru yang konsisten dan tegar dalam mengambil tindakan yang sesuai ke atas tingkah laku murid berpandukan peraturan yang telah digariskan. Model ini lebih kepada menghukum murid jika melangggar peraturan. Sebagai contoh, guru mencatat nama murid yang suka mengganggu guru ketika sedang mengajar dan kemudiannya memangggil penjaga murid datang ke sekolah untuk berjumpa guru. Mungkin cara ini berkesan hanya untuk seketika dan bersifat luaran. Kebanyakkan murid prasekolah keliru jika model pengurusan Center ini dijalankan di sekolah. Ini kerana mereka tidak jelas mengenai kesalahan sebenar yang mereka lakukan. Tambahan pula, disiplin yang ditekankan hanyalah berkesan jika ia berada di sekolah kerana takut dihukum. Mereka tiada kesedaran dalaman dan tidak membantu murid bertanggungjawab terhadap sesuatu perkara.

1.2.        Model Terapi Glasser

Model ini adalah suatu pendekatan motivasi dalaman yang membimbing kanak-kanak ke jalan yang dipilih. Pembimbing akan memberi pilihan uuntuk murid memilih dan memberitahu risiko dan akibat pilihan tersebut. William Glasser percaya bahawa sekiranya keperluan kanak-kanak dipenuhi, kanak-kanak tidak akan melanggar peraturan. Ini bermakna jika sekolah dan keluarga memenuhi keperluan kanak-kanak, mereka akan berasa dihargai dan selamat. Keperluan yang dimaksudkan oleh Glasser adalah kuasa, kebebasan dan berjenaka atau keseronokan.

Sekolah harus melibatkan murid dalam memilih sesuatu perkara. Contohnya guru harus bertanyakan mengenai bahan bantu mengajar yang akan digunakan pada esok hari. Murid akan berbincang secara bimbingan guru sama ada menggunakan aktiviti permainan, LCD, kad imbasan dan sebagainya. Mereka akan mempunyai perasaan memiliki( sense of belonging) dan seterusnya seronok dalam pembelajaran. Begitu juga dengan peraturan dalam kelas, kanak-kanak harus dilibatkan dengan penggubalan peraturan kelas serta membuat perjanjian kelas akan menuruti segala peraturan yang dibuat. Peraturan yang dibuat bersama akan membuatkan murid berasa bertanggungjawab kerana mereka telah menggubal sendiri peraturan tersebut. Tanamkan semangat cintakan kelas melalui pelbagai aktiviti seperti menghias kelas. Cara ini dapat mewujudkan rasa memiliki dan murid akan sayang kepada kelas. Kesan posotif daripada itu, guru akan kurang mengenakan hukuman manakala murid akan seronok ke sekolah setiap hari.
1.3.        Model Ginott

Ginott percaya bahawa pengelolaan iklim mempengaruhi tingkah laku. Beliau memperkenalkan 6 konsep dalam model ini iaitu berkomunikasi dengan murid, menggalakkan disiplin kendiri, tidak melabel murid, tidak menilai murid terlalu awal, menyebut nama murid dan menggalakkan penglibatan murid.
           
Menurut Ginott, guru perlu menggunakan bahasa atau arahan yang jelas serta bersopan. Komunikasi adalah kunci kepada hubungan guru dan murid. Murid akan berasa selesa dan dihargai meskipun mereka telah membuat salah. Murid akan berusaha untuk belajar daripada kesilapan jika guru memahami situasi murid. Ginott juga berpendapat, guru harus mengelakkan hukuman terhadap murid sebaliknya bercakap dengan murid yang bersalah. Guru juga dinasihatkan agar tidak menggunakan kata-kata kesat apabila murid melakukan kesalahan kerana ini akan menimbulkan dendam terhadap guru. Murid harus dibimbing daripada dikritik atau dipersalahkan. Ini kerana mereka masih keliru dengan perkaran yang dilakukan sama ada ianya betul atau salah. Murid juga akan berasa gembira dan dihargai apabila guru memangggil namanya dan bukannya dengan panggilan “kamu”,”awak” atau “kau”. Elakkan melabel murid contohnya “Tina, mana buku latihan awak?Awak ni pemalas la!”. Kata-kata ini akan menyebabkan murid merendah diri dan menganggap kata-kata guru itu benar. Kesannya, esok dan seterusnya murid itu tidak melakukan kerja rumah dan enggan ke sekolah kerana percaya bahawa dirinya malas. Selain itu, beliau percaya disiplin adalah proses berterusan yang perlu dilalui sepanjang hayat.

1.4.        Model Bandura

Bandura percaya bahawa manusia belajar daripada pemerhatikan dan peniruan perlakuan orang lain. Pemerhatian model penting dalam pembelajaran. Peneguhan dalam pemodelan dapat mendorong pembelajaran. Dalam uji kaji anak patung Bobo, jelas menggambarkan bahawa kanak-kanak adalah insan yang suka meniru. Jika kanak-kanak sering melihat tingkah laku agresif, kemungkinan besar kanak-kanak itu juga agresif. Begitu juga sebaliknya. Dalam uji kaji tersebut kanak-kanak yang melihat seorang dewasa memukul anak patung tersebut akan memukul 2 kali ganda kuat dan kasar daripada model tersebut. Sebaliknya, kanak-kanak yang tidak mempunyai model hanya berdiam diri sahaja tanpa mengapa-apakan patung tersebut. jelaslah bahawa guru dan orang dewasa harus menjadi contoh yang baik dalam mengacu tingkah laku positif kanak-kanak. Jika ibu bapa seorang yang santun dan berbudi bahasa, maka anak mereka juga akan meniru kesantunan ibu bapanya.

Saya juga membuat pemerhatian ke atas jiran dan sepupu saya untuk membuktikan bahawa teori Bandura ini adalah benar. Jiran saya mempunyai ibu yang sangat garang, suka menjerit, mencari kesalahan anak sendiri dan menghamburkan kata-kata tidak enak kepada anak-anaknya jika melakukan kesalahan. Kesannya kesemua anaknya suka menjerit dan menangis. Sebaliknya sepupu saya yang mempunyai lima orang anak sungguh sabar dengan kelakuan anaknya. Sepupu saya bercakap dengan nada yang rendah serta berbudi bahasa dengan anak-anaknya. Jika anaknya melakukan kesalahan, si ibu akan bercakap dengan nada yang tegas tetapi dengan bahasa yang santun. Alhamdulillah anak-anaknya juga santun dan beradab serta menutup aurat meskipun masih kecil.