Keperluan Kanak-kanak




Keperluan asas
Setiap hari kanak-kanak perlu diberi makan dan minum yang mencukupi. Keperluan asas dianggap satu keperluan yang kuat bagi seseorang kanak-kanak. Kanak-kanak dikatakan tidak akan belajar dengan baik sekiranya mereka belum mendapat sarapan pagi. Oleh itu, perkhidmatan-perkhidmatan prasekolah yang ada masa kini perlulah menitikberatkan mengenai kebajikan kanak-kanak ini. Makanan yang berkhasiat perlu disediakan untuk kanak-kanak prasekolah. Makanan yang berkhasiat bermaksud makanan yang mempunyai kandungan nutrien makanan yang seimbang misalnya seperti makanan yang mempunyai karbohidrat, protein, vitamin dan garam mineral yang lain. Melalui pemakanan yang sihat dan seimbang, kanak-kanak akan menjadi lebih cergas dan bertenaga dalam melakukan sebarang aktiviti harian mereka samada dalam aktiviti yang melibatkan fizikal, mental, emosi dan sebagainya. Waktu makan yang tepat dan sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak menjadikan mereka aktif dalam melakukan sesuatu, tidak kira sama ada dalam melakukan aktiviti lasak mahupun penerimaan perkara-perkara dan maklumat yang disampaikan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran ketika di dalam bilik darjah. Kita memerlukan makanan yang seimbang dan air yang mencukupi supaya seseorang individu itu mengalami pertumbuhan dan perkembangan yang optimum. Kanak-kanak juga memerlukan tidur yang secukupnya kerana ia merupakan keperluan yang penting kerana tidur dapat menghilangkan kepenatan seseorang. Kanak-kanak yang selalu penat tidak dapat menumpukan perhatian yang secukupnya ketika di dalam bilik darjah. Pakaian dan tempat tinggal juga menjadi kepentingan utama bagi menjamin kualiti perkhidmatan prasekolah. Keadaan kawasan prasekolah mestilah sentiasa berada dalam keadaan baik dan terurus. Premis prasekolah yang kondusif merupakan faktor utama dan pendorong perkembangan kanak-kanak secara bersepadu dan seimbang.Premis haruslah selesa dan selamat, riang serta penuh kasih sayang.Persekitaran premis seharusnya mencabar dan boleh mengayakan pengalaman mereka.

Keperluan kasih sayang dan ketegasan
Seseorang individu memerlukan kasih sayang daripada ibu bapa, kawan dan juga penerimaan dari masyarakat. Setiap orang perlu dikasihi dan mengasihi orang lain. Jika keperluan ini dipenuhi, seorang individu akan berasa bahagia dan dapat meningkat ke satu lagi peringkat yang lebih tinggi. Jika keperluan ini tidak dipenuhi, seseorang itu akan menunjukkan ciri-ciri emosi yang tidak stabil seperti bimbang, tidak bahagia dan kecewa. Dalam konteks persekolahan, guru mesti menunjukkan kepada pelajarnya bahawa dia menyayangi mereka. Perkhidmatan prasekolah yang akan dibentuk perlulah menekankan aspek ini. Tenaga pengajarnya, iaitu orang yang terdekat dengan pelajar perlu memberikan perhatian dan kasih sayang selaras dengan usia kanak-kanak prasekolah.

Keperluan penghargaan atau pujian
Apabila seseorang itu berasa selamat da dikasihi, dia akan mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi. Terdapat dua jenis penghargaan, iaitu penghargaan kendiri dan juga penghargaan dari orang lain.Penghargaan kendiri merupakan tanggapan atau persepsi seseorang yang positif terhadap diri sendiri. Biasanya, orang yang berjaya akan mempunyai penghargaan kendiri yang positif kerana dia memiliki ciri-ciri seperti keyakinan diri yang tinggi dan sifat berdikari yang baik. Dalam aspek ini, seseoarng individu juga sering memerlukan pengiktirafan dan penghormatan daripada orang lain. Jika sesorang individu tidak menerima peniktirafan ini, dia kan menjadi seorang yang kecewa dan keyakinan dirinya akan menjadi sangat rendah. Dalam aspek di sekolah, guru mesti memastikan bahawa dia selalu membina konsep kendiri yang positif di kalangan pelajarnya dengan memberi pujian dan mengiktiraf kekuatan dan kebaikan mereka. Tugasan dan kerja yang diberi pada pelajar mestilah sejajar dengan kebolehan supaya mereka berasa berkeyakinan dan berkebolehan.

Keperluan keselamatan
Ini merujuk kepada keperluan kedamaian, ketenteraman dan perasaan yang bebas daripada segala jenis ancaman dan ketakutan bagi kanak-kanak. Jika kehendak seseorang kanak-kanak selalu dilayani, dia akan berasa selamat dan akan menjadi seseorang yang mempunyai emosi yang stabil. Dalam konteks persekolahan, guru mesti mengelakkan diri daripada menghina pelajar dan mewujudkan satu suasana yang selamat dan harmonis dalam bilik darjah. Perkhidmatan prasekolah yang akan dijalankan perlu memenuhi ciri-ciri keselamatan yang sepatutnya dan bersesuaian dengana keadaan sekelilingsupaya pelajar dan juga tenaga pengajar berada dalam keadaan baik sepanjang masa.

Keperluan bimbingan dan pendidikan
Dari segi psikologi, kanak-kanak memang mengharapkan sangat tunjuk ajar dan bimbingan. Kanak-kanak akan merasa yakin terhadap kebolehan mereka sekirannya ibu bapa dan guru selalu membantu dan menggerakkan mereka untuk belajar. Guru dan ibu bapa sanggup mengorbankan masa bersama-sama dengan anak-anak untuk tujuan bimbingan pendidikan. Dengan cara itulah kanak-kanak akan menjadi murid yang pandai, berakhlak mulia dan berdaya saing dalam pelbagai bidang. Guru mestilah tahu bahawa titik permulaan pembelajaran kanak-kanak adalah mengikut apa yang mereka tahu dan apa yang mereka boleh buat. Guru hendaklah merancang aktiviti yang bertujuan dan bermakna untuk memberi peluang kepada pengajaran dan pembelajaran di luar dan di dalam bilik darjah.Guru yang berkemahiran juga perlu merancang dan melaksanakan aktiviti prasekolah yang menggalakkan pemupukan kemahiran sosial dan tingkah laku disiplin selain perlu mempunyai pengetahuan tentang psikologi kanak-kanak.Guru perlu mempunyai pengetahuan psikologi kanak-kanak, serta prihatin kepada perbezaan kanak-kanak dari segi keupayaan,minat dan latar belakang serta peka terhadap perubahan dan revolusi dunia pendidikan masa kini. Untuk perkhidmatan prasekolah yang akan dijalankan pihak pengurusan prasekolah perlu mementingkan pendidikan dari segala aspek.

Keperluan permainan
Tubuh badan yang sihat memerlukan makanan dan aktiviti pergerakan yang dapat membantu pertumbuhan kanak-kanak. Aktiviti fizikal pada peringkat prasekolah perlu dirancang dengan menyesuaikan tahap umur dan keupayaan kanak-kanak. Aktiviti perkembangan fizikal perlu meliputi pergerakan motor halus dan motor kasar. Bermain sangat pentin bagi perkembangan mental emosi dan sosial kanak-kanak. Semua kanak-kanak suka kepada permainan. Kanak-kanak yang berumur lima tahun dan ke atas, permainan kanak-kanak bertukar kepada bentuk permainan luar yang banyak melibatkan aktiviti perkumpulan rakan sebaya.

Ruang pembelajaran
Pengurusan runag penting dalam pengajaran dan pembelajara di mana ia terbahagi kepada dua iaitu ruang dalam kelas dan juga ruang di luar kelas. Ruang pembelajaran di dalam kelas terbahagi kepada beberapa bahagian seperti ruang pembelajaran bagi kognitif, manipulatif, dramatika dan bahasa.Untuk luar kelas pula ialah disediakan bagi aktiviti pembelajaran murid secara tidak langsung. Persekitaran luar kelas sebaik-baiknya dapat mendorong murid-murid bebas melakukan pergerakan fizikal. Guru bertindak sebagai pembimbing semasa menjalankan aktivit luar kelas. Peralatan luar kelas seperti buaian, papan gelongsor, temapat main air dan pasir serta tempat bercucuk tanam dapat mendorong aktiviti fizikal di samping meningkatkan daya kognitif murid. Guru mempelbagaikan aktiviti kepada beberapa kumpulan dan disesuaikan dengan minat murid.

No comments:

Post a Comment