PANDUAN HIDANGAN KANAK-KANAK

Terdapat panduan yang dapat digunakan bagi merancang hidangan harian untuk kanak-kanak.
Sarapan pagi
Pada waktu pagi, disarankan agar mengambil makanan yang berkhasiat. Sebaik-baiknya dimulakan dengan buah-buahan segar atau jus buah-buahan. Ini dapat pembuka selera kanak-kanak untuk makan dan juga pembekal serat. Buah-buahan sesuai diambil sebelum makan makanan berat kerana perut dapat memproses makanan dengan lebih sempurna. Sajikan makanan dengan bijirin seperti nasi, mi, roti, dan bijirin sarapan. Roti yang sesuai dan lebih berkhasiat juga adalah roti mil atau gandum penuh. Hidangkan makanan ini dengan daging tanpa lemak, ikan dan telur. Susuli dengan minuman yang berasaskan susu.
Makanan tengahari
Sebaik-baiknya hidangkan makanan yang ringkas. Pelbagaikan pilihan setiap hari agar kanak-kanak tidak bosan. Dapatkan menu makanan yang enak dan berkhasiat serta sihat. Pilihlah makanan yang terdiri daripada kesemua kumpulan makanan mengikut Piramid makanan.
Makan malam
Makan malam adalah masa yang paling sesuai untuk melelangkapkan makanan dalam sehari. Ini bermakna ia mengisi kekurangan nutrian yang tidak diambil pada waktu makan pagi dan tengahari. Sediakan dua hidangan sayuran. Sebaik-baiknya sayuran hijau. Elakkan makan terlalu banyak dan hamper dengan waktu tidur. Makanlah sekurang-kurangnya 2 jam sebelum tidur.
Snek
Jika perlu makanlah dengan sedikit. Snek di sini bukanlah snek yang terdiri daripada makanan ringan yang tidak berkhasiat, tetapi pilihlah makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kacang rebus dan jagung rebus serta biskut.

No comments:

Post a Comment