Unsur seni

Asas seni reka merangkumi 2 perkara iaitu:
~Unsur seni
~Prinsip rekaan


Apa itu unsur seni?

Ada 6.....
1. garisan
2. rupa
3. bentuk
4. ruang
5. jalinan
6. warna


Garisan terjadi apabila suatu sambunganderetan titik-titik terjadi. Samada lurus dan bengkok. Terus atau ptutus2

Rupa ialah suatu permukaan rata yang nmempunyai ukuran panjang dan lebar. Ianya terjadi hasil pertemuan 2 titik yang disambungkan. Terdiri daripada bentuk rupa organik dan geometri.

Bentuk pula adalah dalam 3 dimensi(3D) yang mempunyai panjang, tinggi dan lebar atau ketebalan. Bentuk memerlukan ruang dan bersifat padu. Contohnya melukis kiub pada kertas.

Ruang pula melibatkan linkungan kawasan. Ditinjukkan oleh objek di hadapan adalah lebih besar dan jelas  berbanding objek jauh yang kabur.

Jalinan adalah kualiti permukaan suatu objek. Ianya dapat memberikan kesan rasa dan ekspresi kepada kita. Contohnya permukaan yang tajam menimbulkan kegerunan. Ia menentukan sifat objek seperti berkilat, pudar, licin dan tajam.

Warna dan ton yang betul dapat membuatkan audiens tertarik dengan suatu hasil karya. Ia memberi keceriaan pada dunia kita. Warna lebih dikenali sebagai pigmen yang berlainan hue menimbulkan kesan mood yang berbeza. Ton dalam lukisan menampakkan suatu karya lebih realistik dan berkualiti. Chiaroscuro yang diaplikasikan dalam lukisan menimbulkan kesan terang dan gelap. Inilah yang dipanggil ton warna atau chiaroscuro.

No comments:

Post a Comment