lagu 50an sehingga 90an

 4.0. Lagu-lagu 50-an sehingga 90-an

Pengenalan

Lagu-lagu atau muzik era 50-an sehingga 90-an adalah muzik yang dicipta dan dimainkan pada sekitar tahun 1950 sehingga 1990. Lagu –lagu pada setiap era ini mempunyai fungsi yang lebih kurang sama. Di samping sebagai hiburan pada masa itu ia juga banyak menyelitkan unsur-unsur nasihat. Namun peranan muzik dan genre muzik berubah mengikut era. Genre muzik yang mengikut perkembangan zaman mempengaruhi melodi dan genre muzik tersebut. Lagu-lagu 50-an umpamanya dimainkan pada awal tahun 1950  sehingga awal 1960. Dan kemudian beralih kepada era 60-an pada sekitar awal tahun 1960-an. Dan seterusnya begitu juga dengan lagu 70-an yang dimainkan pada tahun awal 1970 sehingga akhir 1970. Kemudian disambung kepada muzik 80-an yang bermula pada tahun 1980 dan berakhir pada awal 1990. Manakala tahun 1990 bermula satu genre pop 90-an yang memuatkan pelbagai genre muzik seperti rock, pop dan r&b.

Secara umumnya, muzik era 50-an sehingga 90-an masih mempunyai lirik yang bermakna seperti pantun, nasihat, cerita pendek. Jika muzik tradisional dan lagu rakyat mempunyai bait-bait lirik yang menyelitkan pantun, jenaka dan nasihat lain pula cirinya dengan muzik 50-an sehingga 90-an. Liriknya bagaikan satu cerita yang pendek, ringkas, padat dan bermakna meskipun korusnya yang diulang-ulang. Selain menyampaikan mesej, ia juga adalah satu luahan perasaan penulis lirik dan ada di antaranya adalah kisah pengalaman sebenar milik penulis. Penulisan lirik pada lagu-lagu era ini tidak terbatas dari aspek penggunaan kosa kata, makna dan diksi. Apa yang penting adalah ketetapan elemen-elemen muzik yang terkandung dalam sesebuah lagu itu.

4.1. Lagu era 50-an
Antara lagu 50-an yang sangat terkenal pada masa itu adalah “Tanggal 31” yang pernah dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman. Sebenarnya lagu ini dicipta oleh Ahmad CB atau nama sebenarnya Ahmad Chass Barra dan pernah menyanyikan lagu ini pada rakaman pertama. Beliau telah merakamkan lagu ini pada tahun 1957 sempena kemerdekaan Tabah Melayu kali pertama. Tetapi nama pencipta dan penyanyi asal ini hampir dilupakan kerana kuatnya populariti Sudirman pada era 80-an . Lagu ini lebih kepada unsure patriotisme  yang pada masa itu Malaysia menyambut kemerdekaan pertama. Semangat dan kegembiraan rakyat TM pada masa itu membuak-buak sehingga mencetuskan lagu-lagu bercorak patriotik ini. Sehingga sekarang lagu ini masih bermain di keroncong radio. Lagu-lagu lain yang terbit pada masa ini adalah seperti  :

Ø  Ala canggung nyanyian Rosiah Chik
Ø  Belo-belo-nyanyian Saloma dan Ahmad CB.
Ø  Bertepu ramai-Nona Asiah dan Jasni
Ø  Mata keranjang-Raja Azmi
Ø  Lagak berani-Aziz Satar dan Momo Latiff
Ø  Anakku Sazali, Malam bulan dipagar bintang, yang mana satu, perwira- Pabila larut malam-karya P.Ramlee
Ø  Sua sue kemuning-P.Ramlee(soundtrack Do Re Mi)

ramlee_biola.gif
Lagu 50-an masih dipengaruhi unsur-unsur klasik yang kuat. Kalau kita dengar lagu-lagunya di radio, terdapat satu melodi klasik yang sukar digambarkan. Penggunaan alat muzik seperti saxophone dan violin banyak digunakan dalam muzik era 50-an. Tambahan pula pada masa itu karya P.Ramlee banyak gunakan saxophone dan viola.

Lagu P.Ramlee paling saya gemar adalah Sua Sue Kemuning dan Malam bulan dipagar bintang. Kedua-dua lagu ini sememangnya mempunyai melodi yang indah. Lagu sua sue kemuning banyak menyelitkan jenaka sesuai dengan babak cerita Do Re Mi. Manakala lagu Malam bulan dipagar bintang mempunyai lirik yang sangat indah. Bait-bait liriknya cukup bermakna. Meskipun lagu ini pendek, namun alunan melodinya mampu membuaikan fikiran. Lagu ini banyak menggunakan piano, akordian, gitar, ukulele, biola dan tamborin. Pengaruh muzik pada era ini banyak mempamerkan rentak Melayu Asli, langgam, joget, inang, zapin, masri dan keroncong.


4.2. Lagu/muzik 60-an

Masuk era 60-an pada tahun 1960, muzik telah bertukar corak. Muzik pop yeah yeah dan gaya retro mendapat perhatian pada masa ini. Ianya menjadi hiburan kepada muda-mudi pada masa itu dan lagu-lagunya masih menjadi siulan pada masa kini.
Lagu-lagu yang popular pada era 60-an pula adalah seperti:
Ø  Kembali padaku-Jeffry Din
Ø  Ku kembali-A.Halim
Ø  Waspada-Aziz dan Salomakau ilhamku-P.Ramlee
Ø  Sumpah setia-Ahmad Daud dan Saloma
Ø  Oh Fatimah-A.Ramlee
Ø  Selamat tinggal pujaan –S.Jibeng
Ø  Dara pujaan-L.Ramlee
Ø  Suzana(1964)- M.Osman

elvis-costume-431x300.jpgMuzik pada era ini banyak dipengaruhi unsur pop. Mungkin ianya pengaruh daripada luar Negara seperti Elvis Presley yang sangat popular di Barat yang banyak mencetuskan irama pop ini. Selain itu kumpulan The Beetles yang menjadi kegilaan di Amerika telah mencetuskan fenomena pop yeah yeah di Malaysia. Pakaian yang lebih kurang sama iaitu berseluar besar menjadi konsep gaya retro pada masa itu. Ada juga rentak rock and roll pada masa ini. Blues melayu juga telah wujud pada masa ini yang mempunyai rentak unik. Lagu Suzana nyanyian M.Osman dipercayai lagu pertama yang mempunyai pengaruh pop yeah yeah di Malaysia.

Peranan lagu lebih kepada hiburan muda-mudi pada masa itu. Lagunya lebih rancak iaitu pop dan banyak menggunakan alat muzik seperti gitar dan drum. Lagunya banyak rentak kugiran juga seperti lagu Oh Fatimah. Irama twist juga banyak menguasai kebanyakkan lagu pada era itu. Lagu P.Ramlee “bunyi gitar” banyak mencetuskan fenomena era pop ini dan ianya terus berkembang sekitar awal 80-an.  Pembikinan lirik juga sangat bermakna dan indah. Nyanyian lagu juga jelas dan sedap didengar. Penggunaan lirik lagu yang meleret sukar didengar pada masa ini. Ia juga banyak lirik tentang cinta umumnya dan menggunakan nama perempuan.

           
4.3. Lagu/muzik era 70-an

Pada era70-an, muzik lebih kepada genre rock dan irama pop masih jelas kedengaran. Namun peranan muzik dan lirik masih sama dengan era-era sebelumnya. Alat muziknya banyak menggunakan gitar dan drum. Konsep rock yang berunsurkan irama keras dan berat kerana gabungan bunyi gitar dan drum dikombinasikan dengan suara yang lantang. Kebanyakkan muzik rock melibatkan pitching yang tinggi. Lagu rock sangat dominan dengan artis kumpulan seperti Amy Search dan Wings pada masa itu di Malaysia. Manakala di Barat, deep blue, Roxxete dan kiss sangat popular. Ada nama-nama lain lagi yang lebih popular yang berkonsepkan rock.  Lagu-lagu yang popular pada era 70-an pula adalah seperti:

Ø  Yang mana satu-Fauziah Ahmad Daud
Ø  Untuk peminatku-D.J.Dave
Ø  Jatuhnya lelaki-Anita Sarawak
Ø  Kasih yang takkan berakhir-Addie Ahmad
Ø  Kau sumber ilhamku-Sharifah Aini
2506023241_76953003fb_o.gif


Kumpulan kiss dari USA







4.5. Muzik 80-an
Lagu-lagu yang popular pada era 80-an pula adalah seperti:

Muzik pada era 80-an sangat diminati sehingga sekarang. Genre rock terus berkembang pada masa ini dan ditambah lagi dengan rentak blues. Rentak blues yang berasal dari benua Afrika terus berkembang pada era ini. Bait-bait lirik yang banyak menyelitkan tentang perasaan dan cinta menguasai lagu era ini. Alat muzik banyak menggunakan gitar, kibod, drum dan chimes yang banyak digunakan pada muzik era ini. Lagu jiwang mula popular pada masa ini dan kurang unsur nasihat. Ianya menjadi hiburan semata-mata dan banyak dikeudarakan di keroncong radio dan televisyen.

Ø  Istilah cintaku-Bumiptera Rockers
Ø  Belaian jiwa-Carefree
Ø  Menaruh harapan-Zaiton Sameon
Ø  Kerna terpaksa-Francisca Peter

4.6. Lagu 90-an.
kru.JPG








                                                    Kumpulan KRU

Lagu era 90-an lebih kepada irama balada dan perlahan. Ianya juga banyak kepada penulisan lirik mengenai kisah cinta. Semuanya tentang cinta, rindu dan kasih sayang. Lirik lagu yang meleret dan kurang bermakna semakin banyak. Pada masa ini artis-artis baru banyak menceburkan diri dalam dunia muzik. Alat muzik kibod banyak digunakan. Alat muzik seperti biola dan trompet sukar kedengaran. Irama rap dan R&B banyak mempengaruhi muzik era ini. Kemudiannya muzik memulakan genre elekronika yang rancak hasil bunyi kibod. Antara artis yang mencetuskan fenomena yang jelas pada masa ini adalah KRU dan 4U2C. selepas itu banyak kumpulan yang meniru genre rap dan R&B ini sehingga sekarang.
 Lagu-lagu yang popular pada era 90-an pula adalah seperti:
Ø  Puncak kasih- Ziana Zain
Ø  Pasrah-Erra Fazira
Ø  Cindai-Siti Nurhaliza
Ø  Awas-KRU
Ø  Angin bayu-Feminin
























Refleksi

Saya menerima tugas ini pada sebulan yang lepas. Walaupun pensyarah telah memberi masa yang banyak tetapi saya masih tidak sempat menyiapkannya dengan sempurna. Saya membuat tajuk lagu-lagu 50-an sehingga 90-an. Tajuk ini agak susah dan saya terpaksa mencari pelbagai sumber. Ironinya bahan yang dicari tiada dan saya terpaksa mengolah isi-isi yang diberi secara kritikal. Inilah penyelesaian yang saya lakukan.

Saya juga pening kepala kerana soalan tugasan yang bertukar-tukar. Ini mebuatkan saya hilang arah dan kurang memberi tumpuan kepada tugasan muzik. Tambahan pula, tiada taklimat yang diberi selepaas kami menerima kertas tugasan KKBI. Soalan sangat mengelirukan menyebabkan kami sekelas tidak memahami tugasan spesifik. Setelah mencari bahan untuk konsep muzik, saya mendapat tahu tugasan pertama yang diberi beberapa bulan lepas mahu dihantar pada esok hari. Alangkah terkejutnya saya. Namun begitu saya berusaha mencari bahan di internet. Banyak bahan-bahan yang memberi pengetahuan baru kepada saya. Saya akui sedikit sebanyak pengetahuan yang kurang relevan dengan tugasan dapat digunakan pada masa yang lain.

Walaupun tugas ini agak mencabar jika dibandingkan dengan individu lain, saya merasakan satu kepuasan dalam diri saya dalam melaksanakan tugasan. Saya juga telah menemui pensyarah untuk bertanyakan tentang soalan ini. Respon beliau baik meskipun bimbingan yang diberikan sekejap sahaja. Saya terus faham dan balik ke rumah untuk menyiapkannya. Alhamdulillah kolaborasi yang yang baik bersama rakan-rakan dan pensyarah membantu saya menyiapkan tugasan ini. Kerjasama kumpulan sangat baik dan mudah untuk bekerjasama.


jangan lupa komen.tq

No comments:

Post a Comment