ulangkaji pra 3107

 BAHAGIAN B
(40 markah)

1. (a) Kanak-kanak membuat peniruan secara langsung dan secara tidaklangsung. Bandura (1986) mengemukakan empat tahap penting iaitu,

(i) tahap perhatian/tumpuan/pemerhatian
(ii) tahap penahanan/penyimpanan
(iii) tahap penghasilan motor/mengingat/mengeluarkan
(iv) tahap peneguhan dan galakan                                                         (4 markah)


(b) Tiga cara / teknik membolehkan guru dijadikan sebagai role model

(i) Guru mesti memberi motivasi dan membimbing mereka. Semua perkara mesti diajar, memberi ganjaran dan hukuman serta menyediakan model-model yang sesuai.
(ii) Guru mesti melihat dari perspektif pembelajaran sosial. Guru mesti mengkaji cara masyarakat, melalui pengajaran secara terus dan model-model yang sedia ada dan bagaimana pengetahuan dan kemahiran diperturunkan kepada mereka.
(iii) Guru perlu menguasai kemahiran secara berurutan. Ini kerana secara logiknya manusia menyelesaikan masalah mereka bermula dari yang mudah kepada yang lebih sukar.               (6 markah)


2.a) Empat aktiviti yang boleh mewujudkan suasana kerjasama yang menggembirakan
i. Bermain bongkah
ii.Main peranan
iii. Lakonan
iv. Bercerita
v. Main pasir
vi. Main air
vii.Lain-lain jawapan yang munasabah                                                                          (4 markah)


b) Enam ciri kanak-kanak yang gembira
i. Wajah yang ceria
ii.Sentiasa tersenyum
iii. Periang
iv. Suka bermain
v. Tidak takut
vi. Menyatakan perasaan
vii.Lain-lain jawapan yang munasabah                                                                          (6 markah)






3. Tingkah laku bermasalh timbul disebabkan kekurangan keupayaan individu kanak-kanak dalam proses adaptasi atau pun akomodasi. Akibatnya ia menggangu emosi dalam aktiviti kehidupan individu dan seterusnya dalam proses interaksi.

(a) Berdasarkan kenyataan di atas, cadangkan lima faktor yang boleh menimbulkan keadaan pergantungan berlebihan.
1. Ibu bapa yang mengamalkan perlindungan melampau (over – protection)
2. Pelajar yang kurang berkeyakinan
3.Konsep kendiri pelajar yang lemah
4.Pendekatan pengajaran yang lebih berpusat kepada guru
5.Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang terlalu sukar untuk dijalani oleh para pelajar.Murid banyak bergantung kepada guru
6.Ibu bapa yang bersikap autokratik di mana tidak memberi peluang kepada anak untuk membuat keputusan
7. Lain-lain jawapan yang munasabah                                                                           (5 markah)


(b) Huraikan lima pendekatan yang digunakan oleh Lee Canter (1976) berdasarkan Assertive Discipline Model (Model disiplin asertif) bagi mengatasi tingkah laku bermasalah dalam kalangan kanak-kanak prasekolah.

1. Guru menegaskan perlakuan bertanggungjawab.
2. kawalan tegas yang berpatutan menjamin kebebasan individu .
3. Guru menentukan persekitaran optima untuk pembelajaran
4. guru membantu perkembangan kanak-kanak , dalam masa yang sama mengurangkan tingkah laku kendiri yang bermasalah
5. Sokongan daripada guru bagi kanak-kanak untuk menunjukkan tingkah laku yang bersesuaian.
6. Guru Menyediakan rancangan disiplin yang jelas menerangkan tentang harapan dan kesan.
7. Suasana penyayang dan menyokong adalah sesuai untuk
meningkatkan pembelajaran.                                                                                       (5 markah)


4.Pendekatan Belajar Melalui Bermain merupakan salah satu pendekatan yang diutamakan dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.Melalui bermain, kanak-kanak dapat mempertingkatkan perkembangan kognitif dan seterusnya membina keupayaan penyelesaian masalah.

(a) Berdasarkan kenyataan di atas, berikan contoh main yang dapat menyokong bahawa bermain dapat membina keupayaan menyelesaikan masalah dalam aspek emosi kanak-kanak.

(i) Main peranan – kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dengan membawa watak orang lain.
(ii) Main pondok-pondok – kanak-kanak dapat mewujudkan situasi yang diingini semasa bemain.
(iii) Main pasir / air – kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi yang tertekan.
(iv) Main anak patung – kanak-kanak dapat berkomunikasi dan meluahkan perasaan.
(v) Main bongkah – kanak-kanak dapat membina sesuatu yang diingini.                          (5 markah)





(b) Lima aspek perkembangan emosi yang dapat dibina melalui aktiviti bermain.

(i) Mengenal emosi sendiri
(ii) Menyedari kekuatan dan kelemahan diri
(iii) Berani memberi pendapat
(iv) Berkebolehan membuat keputusan
(v) Berfikiran waras dan berfokus
(vi) Bertindak mengikut peraturan
(vii) Membina keyakinan diri
(viii) Peka kepada orang lain
(ix) Menghormati orang lain
(x) Membina kemesraan dengan orang lain                                            (5 markah)


Bahagian C                   (40 markah )

Jawab dua soalan.

1. (a) Seorang kanak-kanak mempunyai masalah suka mengasingkan diri dan tidak mahu libat dalam aktiviti kelas dan kumpulan. Huraikan dengan contoh-contoh yang sesuai lima teknik bimbingan yang boleh di gunakan oleh guru di kelas prasekolah.

1. Guru menjadi model – tingkah laku guru menjadi ikutan kanak-kanak.
2. memilih aktiviti yang sesuai dengan kebolehan dan keupayaan
3. Membentulkan tingkah laku murid yang salah dengan menunjukkan
tingkah laku yang betul.
4. Menyediakan peraturan bilik darjah yang sistemetik.
5. Token ekonomi – beri hadiah
6. Jawapan-jawapan lain yang munasabah                                 (10 markah)


(b) Kesedaran dan pemahaman tentang ras dan budaya perlu dipupuk sejak kanak-kanak berada di prasekolah lagi.
Berdasarkan kenyataan di atas, huraikan dengan contoh yang sesuai bagaimana seorang guru prasekolah dapat mengintregrasikan pengajaran dan pembelajaran tentang ras dan budaya dalam Komponen Sosio-emosi.

1. berhati-hati terhadap sikap, kelakuan dan pernyataan guru mengenai bangsa supaya tidak menyinggung perasaan sesuatu kaum.
2. elakkan prejudis semasa memilih bahan-bahan pengajaran
3. gambar-gambar yang didapati di dalam kelas mestilah menggambarkan perpaduan kaum.
4. gunakan bahan-bahan bercetak, filem, video sebagai bahan tambahanbuku teks untuk merangsang perpaduan
5. gunakan teknik pembelajaran koperatif dan kumpulan untuk menggalakkan perrpaduan
6. Jawapan-jawapan lain yang munasabah                                                                    (10 markah)





2.Kajian yang telah dijalankan oleh Anna Christina (1999) menunjukkan bahawa ramai guru tadika berpendapat bahawa kanak-kanak prasekolah sejak kebelakangan ini semakin kurang berkebolehan sosial. Kanak-kanak ini menunjukkan peningkatan tingkah laku anti-sosial

(a) Bincangkan 5 jenis tingkahlaku anti-sosial
i mencederakan rakan
ii keganasan
iii mengawal orang lain
iv tidak mahu berkongsi
v pendiam                                                        (10 Markah)


(b). Huraikan 5 peranan guru prasekolah bagi membendung tingkahlaku anti-sosial
i menyediakan aktiviti yang menarik
ii menyediakan persekitaran yang kondusif
iii menyerapkan nilai-nilai murni merentas kurikulum
iv menyebarkan maklumat perkembangan sosioemosi kepada ibubapa
v memantau dan mengambil tindakan dari masa kesemasa perkembangan sosioemosi kanak-kanak
(10 Markah)


3. Pengurusan penyayang dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan prasekolah merupakan asas kepada perkembangan sosioemosi.

(a) Bincangkan 5 peranan guru prasekolah terhadap pengurusan penyayang dalam Pengajaran dan Pembelajaran.
i Merancang pelan tindakan pengurusan penyayang
ii Menjalankan aktiviti yang dirancang
iii Memastikan aktiviti yang dijalankan berkesan
iv Bekerjasama dengan ibubapa bagi pelksanaan program penyayang
v Bekerjasama dengan semua warga sekolah bagi pelaksanaan program penyayang     (10 Markah)


(b) Huraikan 5 aktiviti program penyayang yang boleh membina perkembangan sosioemosi kanak-kanak
I sukaneka
Ii sambutan harijadi
Iii majlis konvokesyen
Iv Lawatan
v perkelahan

jangan lupa komen.tq

No comments:

Post a Comment