ulangkaji pra 3107-sesi 3

 SPOT PRA3107 SET 1
BAHAGIAN A (20 markah)
JAWAPAN SET 1
1.C                               11. B
2.B                               12. C
3.D                              13. A
4.D                              14. B
5.C                               15. D
6.B                               16. C
7.D                              17. B
8.C                               18. A
9.D                              19. D
10.D                             20. A

Jawab semua soalan dalam bahagian ini

1. Apakah definisi sosioemosi?
(A) Sosioemosi boleh dilahirkan melalui tingkahlaku.
(B) Sosioemosi ialah pergerakan tingkah laku kanak-kanak.
(C) Sosioemosi merupakan kombinasi perasaan dan mood yang melibatkan reaksi psikologi yang sukar   dikesan dan ditunjukkan dengan ciri-ciri yang tertentu.
(D) Sosioemosi ialah perasaan emosi yang dilahirkan melalui tingkahlaku
emosi yang berubah mengikut tindak balas emosi untuk menarik perhatian penjaga atau rakan-rakan.

2. Menurut Erikson (1963), kanak-kanak pada peringkat inisiative vs guilt sudah mengenal atau tahu tentang peraturan kelakuan. Pada peringkat ini guru prasekolah perlu mengambil tindakan
(A) memberi tugasan yang bersifat penyelesaian masalah.
(B) memberi kepercayaan dan keyakinan kepada kanak-kanak.
(C) memupuk perasaan selamat, disayangi dan diberi perhatian.
(D) memberi kelonggaran kepada kanak-kanak untuk menyemaikan sikap bersaing dalam kalangan kanak-kanak.

3. Bandura (1986) mengatakan bahawa peniruan berlaku secara langsung dan secara tidak langsung.   Pilih unsur-unsur yang menyebabkan peniruan.
I. penyimpanan (retention)
II. tumpuan / pemerhatian (attention)
III. mengawal orang lain (domineering)
IV. mengingat / mengeluarkan (reproduction)
V. motivasi dan peneguhan (motivation and reinforcement)
(A) I, II dan III sahaja
(B) I, II, IV dan V sahaja
(C) I, III, IV dan V sahaja
(D) II, III, IV dan V sahaja

4. Kanak-kanak mempunyai pelbagai kebolehan dalam sesuatu kumpulan yang dibentuk, akan bekerjasama dalam kumpulan kecil ke arah pencapaian matlamat pengajaran yang sama. Kemahiran manakah yang perlu diberikan penekanan oleh guru di prasekolah?
(A) Kemahiran kolaboratif dan kemahiran social
(B) Kemahiran interaksi dan kemahiran individu
(C) Kemahiran penilaian dan kemahiran pengetahuan
(D) Kemahiran interpersonal dan kemahiran intrapersonal

5. Manakah antara berikut berkaitan dengan teori peniruan kanak-kanak Bandura ?
( A ) Persekitaran mewujudkan peniruan kanak-kanak.
( B ) Peniruan akan meningkatkan Kemahiran motor halus.
( C ) Kanak-kanak belajar melalui pemerhatian mereka terhadap persekitaran.
( D ) Melalui proses peniruan, kanak-kanak akan membentuk pemikiran matang
6. Berikut merupakan susunan yang tepat tentang proses peniruan secara langsung dan tidak langsung
I. Reproduction (mengingat/mengeluarkan )
II. Motivation and Reinforcement ( Peneguhan )
III. Attention ( Tumpuan/pemerhatian
IV. Retention (penyimpanan)
( A ) I , II,III dan IV
( B ) III, II, I dan IV
( C ) II, I, IV dan III
( D ) IV, III, I dan IV

7. Prinsip-prinsip utama tingkah laku prososial adalah untuk membolehkan kanak-kanak mempunyai sifat
I konflik – mengatasi perselisihan faham
II empati – memahami perasaan orang lain
III murah hati – boleh berkongsi alat mainan
IV bantu orang – membantu menyiapkan tugasan
V bekerjasama – tidak merungut jika bertukar-tukar kumpulan
(A) I, II dan IV sahaja
(B) I, II, III dan V sahaja
(C) I, III, IV dan V sahaja
(D) II, III, IV dan V sahaja

8. Cook dan Stingle (1974) mendapati kanak-kanak dari kelas sosial rendah di luar bandar mempunyai sikap lebih bekerjasama berbanding dengan kanak-kanak kelas sosial pertengahan di bandar. Tingkah laku prososial ini lebih merujuk kepada faktor
(B) etnik
(C) jantina
(D) budaya
(E) keluarga


9.Kemahiran sosial di atas merujuk kepada
(A) berbual dengan orang lain dengan bahasa mudah dan bertatasusila.
(B) mempunyai budi pekerti yang baik ketika berada bersama masyarakat
(C) mempunyai rasa empati terhadap orang lain dan berusaha membantu mereka
(D) hubungan interpersonal dan proses interaksi sesama manusia yang positif dan harus membawa manfaat kepada semua pihak

10. Main peranan dan stimulasi merupakan salah satu kaedah atau teknik yang dapat digunakan semasa melaksanakan aktiviti di kelas prasekolah. Apakah kepentingan aktiviti tersebut terhadap perkembangan sosial kanak-kanak prasekolah ?
(A) Menambahkan perbendaharaan kata.
(B) Meniru tingkah laku rakan untuk berlakon.
(C) Menerima pujian dan ganjaran daripada guru.
(D) Memahami perasaan dan pandangan orang lain.

11. Emosi seseorang berkembang
(A) sebelum lahir.
(B) sepanjang hayat.
(C) bereringkat-peringkat.
(D) sejak lahir hingga alam remaja.

12. Emosi kanak-kanak prasekolah biasanya berubah-ubah dalam jangka masa yang singkat. Keadaan ini disebabkan oleh kanak-kanak selalu
I mempunyai tumpuan perhatian yang singkat
II melepaskan perasaannya mengikut fikiran sendiri
III memendamkan rasa serta perasaan suka dan duka
IV melindungi sifat kelemahan yang ada pada diri sendiri
V menunjukkan reaksi berlainan pada persekitaran yang berbeza
(A) I, III dan V sahaja
(B) I, II, IV dan V sahaja
(C) I, II, III dan IV sahaja
(D) II, III, IV dan V sahaja

13.Adalah baik jika dapat memberi maklum balas positif secara kerap kepada anak-anak serta memberikan perhatian yang sewajarnya kepada mereka. Ini dapat membantu mereka mempelajari tentang kelakuan yang elok, sekaligus membimbing mereka ke jalan kejayaan dan kemajuan. Manakah antara berikut ialah contoh aktiviti yang sesuai untuk memupuk perkembangan kemahiran emosi
(A) Membuat sandwich untuk dimakan dalam kumpulan
(B) Permainan luar yang melibatkan motor halus dan motor kasar
(C) Membaca petikan secara individu daripada bahan dengan bimbingan guru
(D) Mengukur ketinggian murid-murid prasekolah bagi tempoh sebulan sekali



14. Aktiviti yang paling berkesan bagi guru membantu meningkatkan perkembangan emosi kanak-kanak prasekolah ialah
(A) menonton cerita teladan
(B) melihat kad imbasan jenis-jenis emosi
(C) menggunakan boneka untuk mendemostrasikan jenis-jenis emosi
(D) mewarna jenis-jenis emosi yang ingin dikenal pasti menggunakan lembaran kerja

15. Yang berikut adalah perkara penting dalam perkembangan sosioemosi kanak-kanak kecuali
(A) pandangan kendiri
(B) kehendak masyarakat
(C) pengawalan perasaannya
(D) perhubungan antara kanak-kanak itu sendiri

16. Kanak-kanak prasekolah mempunyai inisiatif tinggi dalam melaksanakan satu-satu tugasan.Sekiranya tidak diberikan sokongan dan galakan yang secukupnya boleh mewujudkan rasa bersalah apabila mereka tidak dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan. Sebagai seorang guru prasekolah, apakah yang anda boleh lakukan semasa pengajaran dan pembelajaran untuk menggalakkan inisiatif kanak-kanak?
(A) Membenarkan kanak-kanak melakukan apa sahaja yang disukainya.
(B) Mendenda kanak-kanak apabila tidak menyiapkan sesuatu aktiviti yang telah dimulakannya.
(C) Memberi galakan kepada kanak-kanak untuk menyiapkan aktiviti yang sedang tekun dilakukan.
(D) Memuji secara berterusan dan memberi fokus sepenuhnya semasa kanak-kanak membuat sesuatu aktiviti.

17. Beberapa orang kanak-kanak prasekolah didapati mempunyai konsep kendiri negatif, kurang berkomunikasi dengan kawan semasa aktiviti kumpulan dan sentiasa mengasingkan diri. Tindakan yang boleh dilakukan oleh seorang guru untuk membantu meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam kalangan kanak-kanak tersebut ialah
I mewujudkan interaksi positif dalam kalangan kumpulan kecil kanak-kanak
II membimbing dan memberi motivasi yang wajar dengan membetulkan tingkah laku mereka
III memberikan layanan dan perhatian yang lebih bagi meningkatkan keyakinan diri
IV memberi peluang kanak-kanak mengambil watak yang penting dalam aktiviti lakonan
V menggalakkan kanak-kanak berkawan dan bergaul dengan rakan sebaya yang tertentu sahaja
(A) I, II dan III sahaja
(B) II, III dan IV sahaja
(C) I, II, IV dan V sahaja
(D) I, III, IV dan V sahaja

18. Guru prasekolah mestilah mempunyai ciri-ciri guru penyayang kerana
(A) fizikal dan emosi kanak-kanak mudah terusik.
(B) kerja di prasekolah adalah banyak dan rencam.
(C) emosi guru mudah terganggu kerana kerenah kanak-kanak.
(D) kanak-kanak di prasekolah ramai dan mempunyai pelbagai kebolehan.


19. Sebagai seorang guru anda ingin mengintegrasikan kemahiran sosioemosi dalam pengajaran dan pembelajaran anda. Cara yang paling sesuai digunakan ialah
(A) memasukkan unsur kecindan.
(B) mengungkapkan perasaan sendiri.
(C) menggunakan lagu-lagu beremosi.
(D) mengolah perasaan kanak-kanak semasa dan selepas menghasilkan sesuatu projek atau aktiviti.

20.Apakah tindakan yang boleh digunakan oleh seorang guru prasekolah untuk mengatasi masalah kanak-kanak seperti Azean ini?
(A) Memeluk dan mententeramkan kanak-kanak.
(B) Merujuk perkara tersebut kepada guru cemerlang.
(C) Membiarkan kanak-kanak menangis sepuasnya dan kemudian dipujuk.
(D) Membenarkan kanak-kanak mengikuti ibunya sehingga dia selesa untuk ke sekolah keesokkannya.




















STRUKTUR
1 a) 3 kriteria kanak2 berumur 4-5 tahun (inisiatif vs bersalah)



   b) 2 implikasi teori erikson kpd knk2 prasekolah




2 a) 2 tingkah laku positif dlm mengelakkan tingkah laku prososial.




   b) 2 tingkah laku negatif tersebut




3 a) 5 prinsip assertive disipline yg perlu diikuti




   b) 5 cara perlaksanaan disiplin asertif




4 a) nyatakan 3 bentuk mesej (cara ibu bapa berkomunikasi dgn kanak2) – verbal n none verbal





   b) 2 kaedah utk kita berkomunikasi atau mengatasi masalah ragam dan tingkah laku murid dengan lebih berkesan




ESEI
1a) 4 unsur utama dlm peniruan ( teori peniruan)







b) berdasarkan exp bobo doll oleh bandura, huraikan 5 jenis peniruan beserta contoh.







2. huraikan 6 kategori bermain serta contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh guru prasekolah bagi meningkatkan perkembangan emosi knk2.












3. 5 faktor yang perlu dipertimbangkan oleh guru semasa memilih kaedah dan teknik pengajaran prasekolah



jangan lupa komen.tq

No comments:

Post a Comment